You are on page 1of 2

Medium :

Pemilihan warna iaitu beliau amat meminati penggunaan hitam dan putih
dalam karya beliau. Warna memainkan peranan yang penting . warna hitam
yang terdapat di bahagian rambut dan badan memperlihatkan lagi wajah
wanita tersebut kelihatan nyata dan asli. Beliau mengambil gambar dengan
memfokuskan pada bahagian wanita dan bahagian cermin yang dipegang.
Beliau turut mengambil gambar dengan berlainan pandangan. Kesan yang
dapat dilihat terhadap gambar wanita tersebut adalah jelas di cermin yang
dipegang. Gambar wajah wanita itu kelihatan sangat menarik kerana
mempunyai dua wajah yang berlainan dalam satu cermin.

Denotasi :

Gambar wanita yang memegang cermin sangat jelas tetapi pencahayaan


yang gelap dan cerah mencerminkan situasi yang suram dan penuh dengan
misteri. Kawasan gelap serta pemilihan warna iaitu hitam dan putih
menyebabkan wajah wanita di cermin penuh dengan misteri yang
mempunyai makna yang tersirat.

Konotasi :

Gambar yang diambil kelihatan misteri dan mistik tetapi di sebalik gambar
tersebut terdapat makna yang tersembunyi. Wajah wanita yang cantik
kelihatan berubah di dalam cermin yang dipegang. Perbezaan wajah berubah
kemungkinan kerana faktor perubahan usia.

Gaya :

Menggunakan ekspretasi dan keadaan fizikal yang nyata. Penggunaan warna


hitam putih sudah cukup memadai untuk mengambarkan pelbagai cerita dan
kisah yang ingin dinyatakan oleh Duane Michals.

Teknik Gambar :

Gambar ini menarik kerana suasana yang tenang di dalam sebuah bilik.
Terdapat kawasan terang dan gelap kerana peranan cahaya semulajadi iaitu
cahaya matahari. Cahaya matahari di sebelah muka yang terlindung
kelihatan lebih gelap. Warna muka dicermin kelihatan lebih jelas kerana
faktor ruang.

You might also like