You are on page 1of 7

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

FALSAFAH ILMU
(USK 1042)
SEMESTER 4/2014
TITLE:
LAPORAN TENTANG PERANAN FALSAFAH DALAM PEMBANGUNAN
TAMADUN MANUSIA
NAMA:
ZAZLIN ISMAWANI BADARIAH BINTI MOHD ZAKI
NO KAD MATRIK:
C12A467
KUMPULAN:
FTKW 3
TARIKH:
27-03-2014
PENSYARAH:
ENCIK MARWAN BIN ISMAIL

Laporan Tentang Peranan Falsafah Dalam Pembangunan Tamadun Manusia

Pada 22 Mac 2014, Hari Sabtu, Universiti Malaysia Kelantan kampus Bachok
telah mengadakan satu program syarahan yang telah diadakan di Kampus Bachok
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Syarahan ini dibawah skop bidang Falsafah
Ilmu. Program syarahan ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Kemanusiaan, (JSK),
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI) Universiti Malaysia
Kelantan. Program syarahan ini bermula seawal 9.15 pagi dengan pendaftaran oleh
pelajar-pelajar warisan. Sebaik sahaja semua pelajar membuat pendaftaran, semua
pelajar diminta duduk di tempat yang disediakan. Program syarahan ini dijalankan di
Laman Monsun yang kaya dengan keunikan ukiran kayunya. Program ini dijangka
berakhir jam 12.30 tengah hari.
Program itu wajib dihadir oleh pelajar tahun satu yang mengambil subjek
Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan juga pelajar tahun dua bagi subjek
Falsafah Ilmu.Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan bahawa
tamadun Islam dan Cina dapat memainkan dalam pembangunan tamadun
manusia.Pelajar-pelajar harus dengar ceramah yang ingin disampaikan dan harus
mengambil nota-nota penting unuk menulis sebuah laporan tentang program ini
sebagai kerja kursus mereka. Tajuk syarahan pada hari tersebut ialah Peranan
Falsafah Dalam Pembangunan Tamadun. Tetamu yang dijemput hadir merupakan
orang penting yeng memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan
falsafah ilmu. Tetamu yang dimaksudkan ialah Encik Cheong Wai Chee. Beliau
merupakan Pengetua Persatuan Pendidikan Nilai-nilai Murni dan Tradisi Cina.
Tetamu kedua ialah Prof Madya Dr. Arif bin Kasma. Beliau merupakan Profesor
Madya di Pusat Pengajian Umum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Selepas kehadiran pensyarah-pensyarah tertentu, Professor Dr.Hisham memberi
ucapan permulaan. Kata alu-aluan yang diberikan oleh beliau bukan sekadar
bercakap kosong. Beliau menerangkan kepada kami tentang erti sebenar perjalanan
hidup kita ini sebagai seorang manusia yang ingin berjaya di dunia dan di akhirat.
Beliau menjelaskan bahawa kita semua sebagai manusia dan sebagai seorang
pelajar, sebenarnya berada dalam dua buah Universiti yang berbeza tetapi ada
sesetengah bahagian memerlukan usaha yang sama banyak. Sebagai pelajar UMK
semestinya berada di UMK dan sebuah universiti lagi adalah Universiti kehidupan.

Jelas beliau dalam kat alu-aluannya itu. Amat mendalam maksud yang diberikan
sebagai penegas dalam memulakan program syarahan pada hari tersebut.
Beliau juga ada membincangkan tajuk syarahan yang akan diperdebatkan tidak
lama lagi oleh dua orang tetamu jemputan. Beliau yakin bahawa pada hari
tersebut,semua pelajar yang mendengar syarahan akan memperoleh sesuatu yang
amat berharga. Dia juga memberitahu bukti yang menunjukkan bahawa program
syarahan yang berjaya dapat dilihat dari sudut berlakunya soal jawab secara aktif di
antara tetamu dengan audiens pada akhir program itu nanti.
Seterusnya,Professor Madya Dr. Arif bin Kasma bermula untuk memberi
ucapannya.Buat kali pertama beliau mengatakan bahawa subjek falsafah ilmu ini
adalah salah satu subjek yang sangat membosankan.Beliau hanya mempunyai
pelajar seramai 10 orang sahaja dalam subjek Falsafah Sains dan Falsafah
Pembangunan di UKM Dalam ucapannya,beliau mengatakan bahawa beliau
mengajar subjek Falsafah Sains dan Falsafah Pembangunan di UKM.Falsafah
merupakan sebuah ilmu asas bagi setiap manusia.Falsafah membawa maksud
philoyang bermakna cinta dan suka manakala sophykebijaksanaan.Orang yang
paling suka pada ilmu merupakan orang yang mengambil falsafah ilmu. Sebenarnya
Falsafah telah pun muncul pada Zaman Greek lagi. Pada zaman mulanya,zaman
Greek masyarakat menganggap bahawa jikalau berlaku gempa bumi maka,Tuhan
bumi telah marah pada manusia di permukaan bumi.Logik dikemukakan oleh
Aristotle.Sebelum menggunakan teori falsafah masyarakat teori metodologi
digunakan oleh masyarakat untuk menghuraikan sesuatu perkara mengenai alam.
Pada zaman Socrates(bapa falsafah di Greek),mereka menggunakan minda dan
akal.Ilmu Greek pula dipindahkan ke tamadun Islam.Dari Arisostle,sarjana-sarjana
Islam membina falsafah ilmu.Logik ada kaitan dengan teori sains. Orang Islam telah
disuruhkan oleh Allah untuk berfikir.Dalam tamadun Islam berkembanglah ilmu
sains.Beberapa ahli falsafah,mengatakan bahawa segala benda tidak boleh jadi
disebabkan oleh teori logik.Kaedah saintifik dibina oleh masyarakat atau orang
Islam.Proses saintifik diketengahkan oeh sarjana-sarjan Islam.Apabila falsafah ilmu
dalam tamadun Islam telah berkurangan atau pupus,orang Eropah telah ambil lalu
kaji dan jemaah dalam bahasa Eropah.Mereka menukar kepada
humanism.Humanism membawa maksud hanya akal adalah tempat pergantungan
dan penting dan tidak perlu gantung pada Tuhan lagi.Apabila humanism berkembang

dalam negara Eropah maka,sains pun telah berkembang pesat.Padahal,agama telah


merosot dalam kalangan masyarakat Eropah.Sebagai contohnya,agama Kristian
tidak lagi dianutinya. Pada Zaman Sokrek, guna keupayaan akal akhirnya mucul AlKindi. Ianya mempunyai logik yang berkaitan dengan sians. Benda tidak logik
dianggap tidak sains. Apabila logik telah masuk ke dalam falsafah, ianya boleh
diterima kerana logik mempunyai kaitan akrab dengan sains. Tamadun Islam
mempunyai ilmu sains di dalamnya seperti roh akan musnah apabila tiada
akauntabiliti. Selain itu, gol mutasillah iaitu mementingkan akal juga amat penting
dalam pembangunan falsafah.
Liberalisme pula membawa maksud pergantungan pada masa dan keadaan
adalah penting.Nilai yang ditentukan oleh individu itu sendiri bermaksud
individualisme.Teori realitisme pula mengkaji tentang kebaikan dan
keburukkan.Akhirnya,mereka menolak agama,akhlak dan nilai sifat liberalisme.Hal ini
menyebabkan masalah kepupusan yang berlaku di negara Eropah.Seorang sarjana
Jepun telah mengarang dalam sebuah buku bahawa dalam kalangan masyarakat
mereka perkahwinan antara sama jantina adalah perkara yang halal.Sikap lalai
dalam perkahwinan juga merupakan salah satu penyebab.Mereka menganggap
perkhawinan adalah sebagai recreationbukan reprocreation iaitu untuk hiburan
bukan untuk melahirkan zuriat.Sekarang,masalah kepupusan itu pula berlaku di
negara Jepun.Hal ini kerana tenaga pekerja sedang diimport dari negara Amerika
dan Asia.Terdapat tiga teori yang penting iaitu teori graviti neutron yang maksud
menarik perhatian semua orang terhadapnya,teori sosiologi pula manusia
diharmonikan oleh perasaan diri sendiri dan teori keman diri ialah tumbuh-tumbuhan
dan haiwan berlaku persaingan antara satu sama lain.Dalam sistem
kapitalisme,orang yang lemah dan tidak baik akan disingkirkan.Sistem kapitalis juga
muncul persaingan dan ada kepentingan diri sendiri.Perasaan belas kasihan tidak
boleh dilihat sama sekali dalam sistem ini.Terdapat formula yang baru iaitu
production and consumption oleh sarjana-sarjana.Orang yang lebih kaya sahaja
terlibat dalam aktiviti consume atau pembuangan barang yang banyak.Dalam
sistem sosialis,pula mengatakan bahawa kita semua adalah berada dalam taraf yang
sama hanya pendapatan yang merupakan perbezaan utama antara satu sama lain,ia
bercanggah dengan sekitaran dan semula jadi manusia.Free Societytelah
digunakan dari sistem sosialis yang mengandungi dua aspek yang penting iaitu

perdagangan dan ekonomi bebas.Formulanya,orang yang malas tidak boleh bantu


sama sekali.
Apabila Prof. Madya mengakhiri syarahan beliau yang sarat dengan ilmu itu,
Dr.Cheong pula memberi penjelasan dalam tamadun Cina. Beliau mengatakan
bahawa falsafah merupakan kita sebagai manusia dan mencari kebenaran dari
kebenaran untuk kebenaran. Aspek kebenaran yang dimaksudkan di sini ialah dalam
dunia,ahli-ahli di China terutama Analek Konfusius terkenal dan diiktiraf sejak 551
hingga 479 s.m. Dalam karya klasik Konfusius Analysis of Konfusiusterdapat
sebanyak 20 bab dan kira-kira 500 ayat-ayat ajaran. Dalam tamadun Cina,hanya
satu perkataan yang memainkan peranan iaitu REN. Ren bermaksud kasih
sayang dan manusia.Sebagai seorang manusia,kita haruslah mempunyai sikap atau
perasaan kasih sayang.Bahagian kiri perkataan ren dalam perkataan Cina
bermaksud manusia manakala bahagian kanan pula er=dua.Manusia sebenarnya
terdiri daripada dua orang iaitu diri sendiri dan orang lain juga. Kita tidak boleh
penting diri kita sendiri malah perlu timbang dan beri kasih sayang kepada orang lain
juga.Manusia adalah multicultural.Terma fungsui juga dijelaskan dalam program
itu. Fungadalah angin manakala suiialah air.Hal ini boleh dikaitkan dengan
suasana atau persekitaran yang baik.Jikalau mempunyai hati yang jasa atau baik
dan buatkan kebaikan kepada orang lain menjadi faktor untuk menimbulkan suasana
yang baik.Musuh utama atau tentangan pada seseorang manusia ialah sikap
mementingkan diri sendiri.Apa yang kita tidak sanggup untuk berbuat,jangan paksa
orang lain untuk buat juga.Manusia sentiasa mencari jalan pintas dan berhasrat
untuk mencapai sesuatu dalam masa yang singkat dengan cara jalan pintas
merupakan salah satu fikiran yang berbahaya.Perbezaan antara ilmu dengan
kebijaksanaan juga dijelaskan dengan cara yang baik.Ilmu merupakan apa yang kita
diperolehi di sekolah atau institusi-institusi atau pun dari pembacaan manakala
kebijaksaan pula diperolehi oleh tingkah laku dan teladan dari orang lain. Seorang
murid yang bernama Zai Wo bertanya kepada cikgu Konfusius:Kalau ada orang
terdengar bahawa ada orang terjatuh ke dalam perigi.Adakah kita terjun sekali untuk
membantu dia atau pun tidak?Jawapan yang diberi oleh cikgu kepada Zai Wo
ialah:Tidak patut. Seseorang yang berbudiman dan berkasih sayang harus pergi teliti
dengan persekitaraan terlebih dahulu,sebabnya seseorang yang berkasih sayang

seharusnya melakukan segalanya dengan kebijaksaan.Situasi ini menjelaskan


kepentingan kebijaksanaan.
Dalam teori Konfusius, sebagai seorang manusia kita haruslah belajar selalu tidak
kira di mana jua dan juga tidak kira usianya. Belajar sambil mengamalkannya dalm
kehidupan kita adalah penting. Jikalau, kita berbuat demikian kita akan rasa gembira
dan bahagia. Matlamat manusia seperti ternyata dalam ajaran Konfusius adalah
untuk mencapai kebahagiaan. Demi mencapai kebahagiaan,kita haruslah kena
belajar ren dan kasih sayang. Hal ini juga boleh dikait dengan matlamat untuk
menarik orang yang berada di sekililing kita terutama kawan. Kasih sayang juga
merupakan salah satu cara untuk menolong atau memberi manfaat kepada orang
lain. Peranan falsafah dalam keharmonian masyarakt ialah asas diri sendiri. Dari
individu yang akan menjadi sebagai sebuah unit keluarga,seterusnya
masyarakat,diikuti pula dengan negara dan akhirnya dunia. Bagi kemakmuran dan
kesejahteraan negara ia bermula dari unit keluarga dan diri kita sendiri. Kita harus
belajar dari budiman-budiman dan ahli falsafah yang telah mencapai kebenaran.
Soalan yang seterus ditanya pada Konfusius ialah apakah yang kita harus lakukan
pada orang kita benci?Jawapannya:Kita harus menghadapi dengan konsep
ren.Sebagai seorang penyayang kita tidak harus benci pada sesiapa jua.
Seseorang yang bersopan santun di dalam hati,ia bukanlah sopan yang benar.
Bersopan mesti berasas pada hati yang ren. Seterusnya,pensyarah itu
menunjukkan gambar seorang budak perempuan yang berusia 3 tahun sedang
memegang dan hisap merokok di China akibat terpengaruh dengan datuknya. Hal ini
dapat dijelasi oleh pensyarahnya bahawa teladan adalah amat penting dalam
pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu,orang tu harus menjadi sebagai contoh yang
baik kepada golongan muda atau kanak-kanak. Suasana juga merupakan salah satu
aspek yang penting.Sebenarnya,teladan itu sendiri datang dari diri kita sendiri bukan
dari diri orang lain. Jadi,diri sendiri kita harus mempunyai REN iaitu kasih sayang.
Selepas,kedua-dua pensyarah telah memberikan syarahan masing-masing sesi
soal jawab dari pelajar-pelajar terhadap merekan berdua telah pun dimulakan.
Soalan pertama ialah apakah peranan Konfusius dalam pembangunan tamadun
Cina? Jawapannya,pada 2000 tahun lalu,Konfusius merupakan mahaguru.Negara
Taiwan dan China meraikan tarikh lahir Konfusius iaitu pada 28/09 sebagai Hari Guru
dan Hari Am.Nilai-nilai murni yang bentuk tamadun Cina adalah pemikiran dan

konsep ren adalah penting jangan penting diri sendiri.Jikalau,memetingkan diri


sendiri terutama golongan atasan dalam sesebuah negara ke golongan bawah ia
akan membawa kesan berbahaya kepada negaranya.Soalan kedua pula,apakah
peranan kalendar Cina? Kalendar Cina digunakan untuk petani-petani dan untuk
menanam atau koreh. Jikalau,pada musim sejuk,salji turun lebat maka pada musim
yang akan datang membawa hasil yang cukup baik. Melibatkan kesihatan badan
merupakan salah satu peranan kalendar Cina.Teori alam semula jadi amat penting.
Haluan raja telah hilang dalam kalangan masyarakat di negara tersebut.
Sekarang,mereka lebih mementingkan pada sifat kebendaan dan juga pada
materialistik. Masing-masing mempunyai masalah yang terkira secara tersendiri.
Dalam pendidikan keluarga,ibu bapa memainkan peranan penting. Adakah falsafah
ilmu ini ada mempunyai kaitan dengan ilmu dan cara untuk memperolehi ilmu
merupakan soalan seterusnya. Jawapannya, ya dengan membawa maksud bahawa
falsafah ilmu ini ada kaitan dengan ilmu dan terdapat tiga cara untuk cari ilmu. Cara
pertama ialah mitodologi,agama dan kajian sifat saintifik. Soalan seterus
pula,mengapakah para Islam menerima pandangan Barat juga. Kebijaksanaan
adalah sebuah aspek yang besar dan luas. Selagi kebijaksanaan berguna, gunalah
sekiranya ia bermanfaat. Dalam agama Islam,tidak ada apa-apa syarat atau terma
untuk tidak boleh menerima pandangan sarjana Barat. Islam bersifat berbuka dan
menerima segala sesuatu yang dapat disimpulkan dan diolah menjadi sesuatu yang
boleh mendatangkan kebaikan bersama. Malahan,ia juga boleh memberi maklumat
yang lain pula.
Secara kesimpulannya,Prof.Hisham memberi ucapan penutupan program
tersebut. Beliau mengatakan bahawa setiap tamadun mempunyai aspek tersendiri
dan bermakna. Setiap elemen yang terdapat dalam semua tamadun adalah unsur
terpenting. Sebelum majlis bersurai,Prof.Hisham memberi sebuah penghargaan bagi
pihak UMK kepada Prof.Madya dan En.Cheong. Sesi pergambaran turut diadakan.
Program berakhir kira-kira pukul 11.45 tengah hari.
Laporan disediakan oleh,
(ZAZLIN ISMAWANI BADARIAH BINTI MOHD ZAKI)

26 MAC 2014

You might also like