You are on page 1of 18

ASSIGNMENT / TUGASAN

________________________________________________________________________

HBMT3303_V2

TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART I/

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH BAHAGIAN I

SEPTEMBER 2015 SEMESTER/ SEMESTER SEPTEMBER 2015

________________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN

1. Illustrasi atau lukiskan satu sampel bahan ‘hand on’ yang kreatif dan boleh
digunakan di dalam sesi pengajaran anda. Sampel tersebut hendaklah sesuai
untuk menerangkan konsep penukaran unit bagi topik Jisim.
2. Anda perlu berkongsi bahan ‘hand on’ dengan guru-guru matematik sekolah
menengah yang berpengalaman. Dapatkan maklum balas dari mereka.
Kemudian gunakan bahan ‘hand on’ kepada sekumpulan pelajar menengah
rendah dan buat refleksi anda sendiri, berikan cadangan untuk
penambahbaikan.

NAMA TUTOR: KOK BOON SHIONG

NAMA E-TUTOR : CHEAH ENG JOO

NAMA : NONIE FUNG

NO. KAD MATRIK : 741228126004002

15 SEPTEMBER 2015
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


DEDIKASI i.

PENGHARGAAN ii.

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP JISIM PERINGKAT MENENGAH RENDAH 2

3.0 SAMPEL HAND-ON 3-7

4.0 MANUAL KONSEP PENUKARAN UNIT 7

4.1 NAMA SAMPEL 7

4.2 HASIL PEMBELAJARAN 7

4.3 PROSEDUR 7-8

5.0 MAKLUM BALAS DARIPADA GURU-GURU MATEMATIK 9

5.1 A. PENGGUNAAN TEKS YANG MENARIK DAN SESUAI 9

5.2 B. PENGGUNAAN ANIMASI YANG MENARIK 10 - 11

5.3 C. TEMPLATE YANG TERATUR, KONSISTEN DAN 12


MESRA

6.0 REFLEKSI 13 - 14

7.0 PENAMBAHBAIKAN 14

RUJUKAN 15
DEDIKASI

Segala puji bagi Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Buat Emak tersayang,

Yang sentiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anak mu ini

Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidup ku

Buat ahli keluarga yang dikasihi,

Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya

Buat pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan ku lupai

Buat mu insan yang sentiasa dirindui,

Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kita kongsi bersama

Untuk teman seperjuangan yang dihormati,

Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan

i
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Isa, kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laporan Sarjana
Muda ini telah dapat disempurnakan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga
kepada Tutor En. Kok Boon Shiong dan E- Tutor Sir. Cheah Eng Joo kerana telah banyak
mengorbankan masa dan tenaga membimbng dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang
saya menyempurnakan tugasan ini.

Tanpa bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya menghasilkan tugasan ini dengan
jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Tuhan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

seperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.

Wassalam.

ii
1.0 PENGENALAN

Peranan guru Matematik dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara dalam abad
yang ke-21 ini seharusnya tidak dipandang rendah. Guru Matematik yang bertanggungjawab dan
berhemah bijak mampu menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya Matematik di
dalam kelas dengan baik dan akan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik yang baik.

Teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Matematik dari guru sahaja belum dapat
menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu mengajar.
Generasi dalam era globalisasi hari ini adalah berbeza dengan generasi yang terdahulu.Oleh itu,
bentuk pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 juga harus berubah. Seiring dengan
peredaran zaman, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahamkan
konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.
Namun demikian, dalam memilih bahan bantu mengajar, guru perlu mengikut kesesuaian dan
tahap kognitif murid.

Di antara kaedah pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam pembelajaran
mengikut pendekatan teori Kognitif Jean Piaget adalah menggunakan set induksi dan hands-on
yang menarik, menggunakan pengalaman pelajar untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru,
membangkitkan naluri ingin tahu dalam diri pelajar, menggunakan soalan yang mencabar dan
menwujudkan semangat bersaing dalam kalangan murid di dalam kelas1.

Penggunaan bahan bantu mengajar adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi
sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual),
sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang
dibaca hanya 10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya
ingatan seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:

1. 20% daripada apa yang mereka baca.

1
Zamaluddin Harun & Zaidatun Nasir.2003. Asas Multimedia Dan Aplikasinya Dalam Pendidikan.Dilayari Pada 27
Oktober 2015. Daripada http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

1
2. 30% daripada apa yang mereka dengar.

3. 40% daripada apa yang mereka lihat.

4. 50% daripada apa yang mereka sebut.

5. 60% daripada apa yang mereka buat.

6. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak2.

2.0 KONSEP JISIM PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Konsep pengukuran ialah satu proses menentukan saiz sesuatu kuantiti merujuk kepada
unit yang ditakrifkan.

Unit ukuran adalah antara peralatan terawal yang dicipta oleh manusia.Masyarakat purba
memerlukan pengukuran bagi banyak benda seperti pembinaan tempat kediaman bagi bentuk
dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penukaran bahan makanan.Sistem yang seragam bagi
bahan dan ukuran yang terawal telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM dalam kalangan
masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus.Banyak sistem diasaskan dengan
penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur3.

Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik.Jisim
merupakan konsep tengah dari mekanik klasikal dan subjek berkaitan.Jisim sesuatu objek adalah
malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti4.

2
Peranan Multimedia Dan Alat Peraga Dalam Pembelajaran.Dilayari Pada 27 Oktober 2015. Daripada
http://edukasi.kompasiana.com/2011/05/16/peranan-multimedia-dan-alat-peraga-dalam-pembelajaran/
3
Zamaluddin Harun & Zaidatun Nasir.2003. Asas Multimedia Dan Aplikasinya Dalam Pendidikan.Dilayari Pada 27
Oktober 2015. Daripada http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf
4
Hasan Haris et al. 1993. Masalah Pengajaran Dalam Perlaksanaan Kurikulum Sejarah Dalam KBSM. Dlm. Jurnal
Pendidikan.18.3-15. Universiti Kebangsaan Malaysia.

2
3.0 SAMPEL HANDS-ON

3
4
5
6
4.0 MANUAL KONSEP PENUKARAN UNIT

4.1 NAMA SAMPEL : KONSEP PENUKARAN UNIT

4.2 HASIL PEMBELAJARAN :

Berikut adalah di antara hasil pembelajaran:

 Murid memahami konsep jisim.


 Murid mampu mengukur jisim objek.
 Murid mampu menukar unit metrik jisim (mg, kg, g).
 Murid mampu menggunakan operasi asas aritmetik yang melibatkan jisim.

4.3 PROSEDUR:

1. Guru mengedarkan hands-on Power Point yang telah dicetak kepada setiap murid di dalam
kelas.

7
2. Guru menayangkan slide Power Point dan menerangkan topik berkaitan jisim berpandukan
slide Power Point.
3. Guru bersoal jawab dengan murid melalui hands-in Power Point yang diberikan. Murid
memberi respon kepada jawapan guru.

4. Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan dalam hands-on yang ditunjukkan?

a. Unit timbangan dan berat melibatkan kilogram dan gram

b. 1 kilogram (kg) bersamaan 1000 gram (g)

5. Guru memberikan respon kepada jawapan murid.

6. Guru melakukan aktiviti belajar sambil bermain di dalam kelas.

7. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

8. Setiap kumpulan diberikan sebuah alat penimbang.

9. Setiap kumpulan diminta memilih dan menyenaraikan sepuluh barang yang ada pada setiap
ahli kumpulan dalam tempoh 10 minit.

Bil. Senarai item Jisim


1. Cth: buku latihan

8
JUMLAH KESELURUHAN

10. Kumpulan yang mempunyai jumlah jisim terkumpul yang paling banyak dikira sebagai
pemenang.

11. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid,

5.0 MAKLUM BALAS DARIPADA GURU-GURU MATEMATIK

Saya telah berkongsi hands-on dengan guru-guru Matematik yang lain. Berikut adalah di
antara maklum balas daripada guru-guru Matematik berkaitan dengan hands-on yang bertajuk
jisim:

A. Penggunaan Teks Yang Menarik Dan Sesuai

Perisian Power Point merupakan medium berasaskan TMK yang membolehkan integrasi
dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Bagi bidang pendidikan proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan multimedia seperti Power Point berasaskan komputer
merupakan pengalaman yang menyeronokkan disamping membantu memudahkan pemahaman
sesuatu konsep jisim dengan mudah dan cepat. Kaedah ini membolehkan pelajar
mengaplikasikan sokongan audio dan visual yang biasanya digunakan dalam persembahan grafik
dan animasi teks bagi menyesuaikan buah fikiran mengikut apa yang sedang dikaji oleh pelajar
tersebut.

9
Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad.Warna tulisan dan saiz teks juga memainkan
peranan yang penting dalam persembahan multimedia. Jika elemen multimedia yang lain boleh
digunakan bersama teks dan ia akan menjadi lebih menarik. Umpamanya unsur animasi boleh
digunakan ketika mempersembahkan teks5.Dalam merekacipta Power Point yang berkaitan
dengan tajuk Jisim, guru menggunakan teks yang jelas, warna yang ceria dan penggunaan
bahan-bahan grafik untuk menarik minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik


yang berkaitan dengan jisimdi dalam kelas dapat memudahkan murid memahami sesuatu
kemahiran yang ingin diajar oleh guru dengan mudah. Dengan adanya perisian yang mempunyai
ciri seperti penggunaan teks yang menarik dan sesuai, murid lebih mudah memahami kemahiran
yang ingin disampaikan oleh guru.

B. Penggunaan Animasi Yang Menarik

Di antara ciri perisian Power Point ialah penggunaan animasi yang menarik bagi
menunjukkan imej dan gambar-gambar yang berkaitan dengan isi-isi penting dimana ianya akan
menggalakkan pelajar melakukan visualisasi dan merangsang idea-idea murid berkaitan dengan
apa yang diajar oleh guru6.

Guru telah menyuntik elemen animasi di dalam slide Power Point untuk menarik minat
murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan aspek animasi meningkatkan
lagi keberkesanan proses pengajaran Bahasa Melayu. Ini dibuktikan melalui penelitian De Porter
mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan,
50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya
30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya 10%. Kajian di atas
didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat menangkap
sesuatu sebanyak:

5
Peranan Multimedia Dan Alat Peraga Dalam Pembelajaran.Dilayari Pada 27 Oktober 2015. Daripada
http://edukasi.kompasiana.com/2011/05/16/peranan-multimedia-dan-alat-peraga-dalam-pembelajaran/
6
Zamaluddin Harun & Zaidatun Nasir.2003. Asas Multimedia Dan Aplikasinya Dalam Pendidikan.Dilayari Pada
27Oktober 2015. Daripada http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

10
1. 20% daripada apa yang mereka baca.
2. 30% daripada apa yang mereka dengar.
3. 40% daripada apa yang mereka lihat.
4. 50% daripada apa yang mereka sebut.
5. 60% daripada apa yang mereka buat.
6. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak7.

C. Template yang teratur, konsisten dan mesra pengguna

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik yang berkaitan dengan
tajuk jisim, guru mengaplikasikan penggunaan template yang teratur dan konsisten. Perisian
yang menarik menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas dari segi reka bentuk, latar,
warna, corak serta aturan perisian ini.

Template yang teratur dan konsisten dapat menjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih
berkesan berbanding dengan cara guru melukiskannya di atas papan hitam. Proses pembelajaran
yang menarik ini akan membantu pelajar untuk memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran
yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.

Menurut Jonassen et al. (1999) pembelajaran melalui multimedia, akan membawa kepada
suasana yang menggerakkan, mencabar dan menyemarakkan suasana pembelajaran pelajar yang
akan membentuk hubungan dengan literasi komputer bukan sebagai objektif tetapi untuk
mencapai objektif yang lebih besar8. Aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan
berkesan dengan adanya perisian yang interaktif yang bercirikan template yang teratur, konsisten
dan mesra pengguna. Sebagai contoh, penerangan bagi sesuatu konsep yang disusuli dengan
animasi yang menjelaskan konsep tersebut sudah tentu dapat meningkatkan tumpuan dan
kefahaman pelajar.Ciri-ciri perisian yang mesra pengguna adalah mudah difahami seterusnya ini
menggalakkan para guru dan pelajar menggunakan perisian ini secara terus-menerus. Ianya juga
menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keseronokkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dengan menggunaan perisian interaktif.

7
Hasan Haris et al. 1993. Masalah Pengajaran Dalam Perlaksanaan Kurikulum Sejarah Dalam KBSM. Dlm. Jurnal
Pendidikan.18.3-15. Universiti Kebangsaan Malaysia.
8
Jonassen.D.H., Peck.K.L & Wilson.B.G. 1999. Learning with Technology. New Jersey, Prentice Hall.

11
6.0 REFLEKSI

Tahap kefahaman murid terhadap subjek Matematik yang bertajuk jisim dapat dilihat dari
respon dan jawapan yang diberikan oleh murid sepanjang proses permainan yang dirancang oleh
guru berlangsung. Saya juga telah mengambil masa selama 10 minit untuk melakukan penilaian
dan penyoalan serta perbincangan berkaitan dengan topik jisim sebelum mengakhiri pengajaran
saya.Saya mendapati para pelajar mampu memberi jawapan yang memuaskan dan memenuhi
objektif pembelajaran pada hari tersebut.

Teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari guru sahaja belum dapat menjamin
berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu mengajar. Generasi
dalam era globalisasi hari ini adalah berbeza dengan generasi yang terdahulu.Oleh itu bentuk
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini juga harus berubah. Seiring dengan peredaran
zaman, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep
Matematik di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar
khasnya bagi murid-murid di peringkat menengah.

Kaedah utama yang telah saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik yang bertajuk jisim ialah penggunaan hands-on berasaskan TMK dan penerapan
kaedah Belajar Sambil Bermain.Melalui aktiviti yang telah dilaksanakan,sebagai guru saya dapat
melihat bahawamurid-murid dapat membezakan jisim beberapa objek yang berbeza dari segi
bentuk, saiz dan juga warna benda tersebut,

Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid ini tidak tertarik dan sering berasa bosan
dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membosankan seperti kaedah
penyampaian dan bercerita seperti di kelas biasa.Oleh itu, strategi P&P berpusatkan murid
melalui Kaedah Belajar Sambil Bermain dipilih sebagai satu kaedah mengajar Matematik yang
berkaitan dengan tajuk jisim.Berdasarkan pemerhatian guru, murid-murid kelihatan gembira dan
mengambil bahagian dalam permainan yang dilaksanakan.Melalui teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang pada proses pengajaran dan


pembelajaran saya ketika menggunakan hands-on berasaskan TMK seperti kesukaran mengawal

12
pelajar yang ramai, penggunaan perkataan-perkataan yang tidak sesuai, bahan aktiviti yang
terhad dan pembahagian masa yang kurang baik serta keadaan kelas yang yang sedikit
mempunyai masalah teknikal seperti masalah LCD sedikit sebanyak telah mencacatkan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran saya yang berkaitan dengan tajuk jisim.

7.0 PENAMBAHBAIKAN

Penggunaan Power Point sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan
alat pengukuhan oleh guru untuk menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk
mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Perisian-perisian berasaskan teknologi komputer
boleh dibangunkan dengan memasukkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio,
animasi dan video untuk menarik perhatian murid-murid supaya pembelajaran murid dapat
dipertingkatkan lagi. Selain daripada itu ia dibangunkan mengikut tahap dan keperluan-
keperluan pelajar. Memandangkan saya masih baru dalam menggunakan perisian Power Point,
terdapat banyak elemen yang masih belum saya praktikkan di dalam membina dan mereka cipta
perisian Power Point.Bagi sekolah luar bandar tempat saya mengajar, penggunaan perisian
Power Point di dalam kelas masih lagi belum meluas disebabkan faktor kekurangan alat-alat
berteknologi seperti LCD dan komputer riba.

Salah satu kelemahan yang perlu keutamaan untuk penambahbaikan adalah kelemahan
dalam pengawalan kelas ketika menggunakan perisian Power Point dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Ini kerana, sekiranya pengawalan kelas yang lemah tidak di perbaiki akan
mengakibatkan masalah-masalah yang lain seperti murid bising, terlalu seronok seterusnya
menganggu tumpuan mereka terhadap pembelajaran. Pengawalan kelas yang bagus akan
menjadikan aktiviti dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lancar.

2512 patah perkataan

13
RUJUKAN

Hasan Haris et al. 1993. Masalah Pengajaran Dalam Perlaksanaan Kurikulum Sejarah Dalam
KBSM. Dlm. Jurnal Pendidikan.18.3-15. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jonassen.D.H., Peck.K.L & Wilson.B.G. 1999. Learning with Technology. New Jersey, Prentice
Hall.

Peranan Multimedia Dan Alat Peraga Dalam Pembelajaran.Dilayari Pada 27 Oktober


2015.Daripada http://edukasi.kompasiana.com/2011/05/16/peranan-multimedia-dan-alat-
peraga-dalam-pembelajaran/

Zamaluddin Harun & Zaidatun Nasir.2003. Asas Multimedia Dan Aplikasinya Dalam
Pendidikan.Dilayari Pada 27 Oktober 2015.Daripada
http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

14

You might also like