You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Jika kita
melihat kepada negara-negara yang terdapat di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan
sebuah negara yang boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain terutamanya dari aspek
perpaduan antara kaum. Kita umum mengetahui bahawa di Malaysia terdapat tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, negara kita juga terdapat pelbagai etnik terutamanya etnik
di Sabah dan Sarawak seperti Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kadazan Dusun dan sebagainya. Jika
kita mengimbas kembali kepada sejarah tanah air, kaum Cina dan India adalah dibawa oleh pihak
penjajah iaitu pihak British untuk tujuan aktiviti perlombongan dan perusahaan ladang getah.
Keadaan kaum di negara kita ketika itu dikenali sebagai pluralistik.

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), pluraliti di Tanah Melayu merupakan hasil
pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang
istimewa di Alam Melayu secara semula jadi. Manakala pluralistik pula bermaksud sesebuah
masyarakat yang berbilang kaum hasil daripada pemaksaan dan bukannya secara semula jadi.
Pada suatu ketika dahulu, di negara kita wujud kedua-dua keadaan iaitu pluraliti dan pluralistik
dan akhirnya telah membentuk Malaysia pada hari ini yang gilang gemilang.

1
2.0 HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN KEPELBAGAIAN
AGAMA

Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Keadaan negara kita
yang berbilang kaum semestinya ditunjangi oleh beberapa aspek. Antaranya ialah ekonomi,
politik dan kepelbagaian agama. Negara kita pada suatu ketika dahulu sememangnya sangat
aman sehinggalah wujudnya tragedi pahit iaitu tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan rusuhan
kaum terbesar di negara kita sehingga menyebabkan negara kita diisytiharkan darurat. Selepas
peristiwa darurat tersebut, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak telah
mengambil suatu pendekatan untuk menyepadukan hubungan antara kaum iaitu melalui ekonomi.
Oleh kerana hal yang demikian. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan sepenuhnya
melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971. DEB dirangka bagi
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai lapangan
ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan
golongan yang tidak berada (Mohamad Asrol, Ishak Saat & Khairi Ariffin, 2003). Namun, agenda
utama DEB dilancarkan adalah untuk membina semangat perpaduan antara kaum di negara ini
supaya semua kaum boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk memajukan ekonomi.

Untuk memastikan perpaduan etnik berlaku bukan semata-mata begantung kepada


aspek ekonomi sahaja, malah aspek politik juga perlu dititikberatkan. Semasa zaman sebelum
merdeka, politik di negara kita adalah bersifat pecah dan perintah. Kemudiannya, apabila Tanah
Melayu dibahagikan kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu barulah negeri-negeri di Tanah Melayu ditadbir oleh Sultan dan dinasihati oleh residen
yang terdiri daripada pegawai British. Pada ketika ini, keadaan kaum di Tanah Melayu adalah
tidak bersatu padu kerana pihak penjajah bimbang sekiranya kesemua kaum bersatu mereka
akan memberontak penjajahan British. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saat negara kita
memperolehi kemerdekaan dan menjadikan negara kita sebuah negara Demokrasi Raja
Berpelembagaan. Buktinya, dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan elemen penting
dan memberikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan parti atau pemimpin yang akan
memegang kuasa untuk mentadbir negara (Mujibu Abd Muis, Zaliha Hussin & Badrul Azmier
Mohamed, n.d). Sepanjang 60 tahun Malaysia merdeka, pilihan raya umum telah dijalankan
secara tetap dan konsisten dalam sistem pemerintahannya supaya semua kaum adil untuk
memilih pemimpin yang mereka rasakan bertanggungjawab agar tidak wujudnya perasaan tidak
puas hati antara kaum.

2
Selain daripada aspek politik, kepelbagaian kaum di negara kita masih kukuh sehingga
ke hari ini adalah disebabkan oleh kesanggupan untuk menerima kepelbagaian agama. Jika kita
lihat kepada di negara Barat suatu ketika dahulu, isu kulit putih dan kulit hitam merupakan suatu
isu perkauman yang sangat serius kerana mereka memandang orang kulit putih adalah golongan
profesional dan orang kulit hitam adalah kelas bawahan. Tetapi di Malaysia, terdapat lebih
daripada 40 etnik termasuk etnik Sabah dan Sarawak tetapi masih boleh hidup aman di bawah
satu bumbung. Apakah rahsia perpaduan tersebut? Tidak lain tidak bukan adalah disebabkan
oleh Perlembagaan Malaysia yang jitu. Buktinya, menurut Jabatan Kehakiman Negara (2018),
Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang perkara kebebasan
beragama telah menjelaskan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan
Perkara 3 yang menjelaskan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Melalui
Perlembagaan Persekutuanlah secara tidak langsung telah membantu dalam menyepadukan
kaum-kaum di negara kita.

2.0 MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU, SABAH DAN SARAWAK,


KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN PENJAJAHAN BRITISH SERTA SELEPAS
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Masyarakat pluralistik di Malaysia telah wujud sejak zaman penjajahan British. Hal ini
demikian kerana, semasa zaman penjajahan British, buruh kasar daripada India dan China telah
dibawa masuk ke Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, perkembangan perlombongan timah
dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan British
mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran. Disebabkan
masyarakat Melayu pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan ladang-
ladang dan lebih berminat untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan
perkampungan maka kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi
mengusahakan kawasan lombong bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang
getah (Uqbah, Nordin & Ahmad, 2015). Buruh-buruh daripada China dan India terpaksa datang
ke Tanah Melayu secara bersendirian tanpa ditemani keluarga demi menyara kehidupan keluarga
mereka di kampung.

3
Manakala di Sabah dan Sarawak pula juga wujud masyarakat pluralistik sebelum merdeka.
Pada ketika itu, Sabah dan Sarawak amat terkenal dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih
besi dan sebagainya. Kedudukan Sabah dan Sarawak yang strategik serta kaya dengan hasil
bumi telah menarik perhatian pihak Inggeris iaitu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB)
di Sabah dan Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak pada kurun ke-19. Oleh hal yang
demikian SBUB di Sabah telah membawa masuk buruh ke negeri Sabah untuk bekerja dalam
bidang perlombongan. Buktinya, menurut Lee, S. L & Aleeya Atiqah (2006), SBUB telah
membawa masuk buruh kasar daripada China dan Jawa untuk mengerjakan aktiviti
perlombongan, pembinaan landasan kereta api dan sebagainya. Akhirnya, masyarakat Cina yang
dibawa oleh SBUB telah menetap di Sabah sehingga mendapat kerakyatan semasa merdeka.
Manakala di Sarawak pula, pelombong-pelombong Cina dibawa masuk ke Sarawak terutamanya
di Bahagian Bau, Sarawak untuk melombong antimoni, bauksit, emas dan sebagainya (Lee, S.L
& Aleeya Atiqah, 2006). Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan masyarakat pluralistik di
Sarawak kerana mereka telah hidup bersama-sama golongan peribumi iaitu masyarakat Iban,
Melayu Sarawak dan sebagainya.

Manakala pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, masyarakat pluralistik wujud
apabila Parameswara dari Srivijaya membunuh pemimpin Temasek iaitu Temagi dan
menyebabkan Raja Siam murka dan mengarah tenteranya untuk membunuh Parameswara. Hal
ini menyebabkan Parameswara melarikan diri ke Muar dan seterusnya membuka sebuah kota
bersejarah iaitu Melaka (Nazaruddin Mohd Jali., Ma’rof Redzuan., Asnarulkhadi Abu Samah., &
Ismail Mohd Rashid, 2003). Masyarakat pluralistik wujud kerana Parameswara bukan penduduk
asal Tanah Melayu kerana baginda merupakan Putera Raja Majapahit dan baginda telah hidup
bersama-sama penduduk asal Tanah Melayu.

Akhir sekali, masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia wujud apabila buruh-
buruh asing dibawa masuk oleh kerajaan untuk memenuhi tenaga kerja yang diperlukan. Menurut
laporan Astro Awani (2016), Bangladesh dan Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU)
untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun. Hal ini
menyebabkan warga Bangladesh dibawa masuk ke negara Malaysia secara paksaan oleh
kerajaan negara kita kerana negara kita memerlukan tenaga buruh dan mereka perlu hidup
bersama-sama rakyat Malaysia dan hal inilah yang menjadikan masyarakat kita pada hari ini
adalah sebuah masyarakat pluralisitik.

4
4.0 KONSEP PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN JATI DIRI DAN NEGARA
BANGSA

Jati diri seseorang individu amat penting untuk mencerminkan budaya sesuatu
masyarakat dalam sesebuah negara. Namun adakah kita semua mengetahui erti jati diri tersebut?
Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman,
dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan
sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa
dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad & Ruslan Zainudin, 2010). Jika kita menilai keadaan jati diri
rakyat Malaysia pada kebelakangan ini sememangnya jati diri dalam kalangan belia semakin
luntur. Buktinya, semakin ramai belia yang melibatkan diri dalam masalah rempit, menagih dadah,
malah pada tahun 2010 kita juga dikejutkan oleh kes Namewee yang mengubah lagu Negaraku
menjadi lagu Negarakuku. Hal ini mencerminkan jati diri rakyat negara kita yang berada dalam
keadaan amat membimbangkan.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu memahami dan menghayati Perlembagaan
Persekutuan sebagai langkah pertama yang perlu diambil oleh setiap individu untuk membina jati
diri. Menurut Jabatan Kehakiman Negara (2018), Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang-undang tertinggi di negara kita dan merupakan sebuah undang-undang bertulis yang
mengandungi 183 Perkara yang perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia untuk menjamin
keharmonian negara. Maka, setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi peraturan yang termaktub
dalam Perlembagaan untuk memastikan keadaan negara menjadi aman dan harmoni. Selain itu,
pemerkasaan bahasa kebangsaan turut boleh menyumbang kepada jayanya pembentukan jati
diri dan identiti bangsa Malaysia. Di Malaysia, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan dan perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, untuk
menjamin keharmonian negara, setiap kaum perlu mempelajari Bahasa Melayu dan fasih
berbahasa Melayu supaya boleh berkomunikasi antara semua kaum sebagai bahasa utama agar
boleh mewujudkan kesepakatan dan rasa saling menghormati antara kaum.

Di samping itu, menghormati agama juga secara tidak langsung boleh membina jati diri
dalam setiap rakyat Malaysia. Pada hari ini, banyak isu rusuhan kaum telah berlaku. Isu tersebut
berlaku kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghormati agama antara satu sama lain
secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kebencian dan buruk sangka terhadap agama dan
kaum lain. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia diseru untuk menghormati kepelbagaian agama
dengan cara berkunjung ke rumah rakan yang berlainan bangsa, bercampur gaul dengan rakan
yang terdiri daripada pelbagai agama untuk membina jati diri yang utuh.

5
5.0 MENILAI USAHA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL SERTA CABARAN YANG
DIHADAPI DALAM USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN ETNIK YANG BAIK

Antara usaha yang dilakukan untuk mencapai integrasi nasional ialah melalui pendidikan.
Pendidikan pada hari ini ialah disediakan kepada semua tidak mengira kaum. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
yang dibina telah menekankan penguasaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Hal ini secara tidak langsung menyeru setiap rakyat Malaysia untuk mempelajari Bahasa Melayu
kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaaan dan secara tidak langsung boleh
menyepadukan setiap rakyat di negara ini.

Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan juga
merupakan usaha untuk mencapai integrasi nasional. Dasar ini menjadi panduan pembentukan
& pengekalan identiti rakyat Malaysia. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2018), objektif
dasar tersebut dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai
contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2012 yang
menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga
ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Di samping itu, kerajaan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga telah menganjurkan rumah
terbuka untuk setiap Perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali supaya
rakyat boleh mempelajari budaya kaum yang berlainan.

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan namun juga wujud beberapa cabaran
dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik. Antara cabarannya ialah kewujudan
sekolah vernakular. Sekolah vernakular telah wujud sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini.
Memang kita tidak menafikan bahawa negara kita telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan tetapi keadaan sekolah di negara kita yang mengikut aliran kaum akan
mencacatkan proses integrasi nasional. Hal ini akan menyebabkan murid-murid bergaul dalam
keadaan yang berpuak-puak seperti murid Cina cuma bergaul dengan murid Cina begitu juga
dengan murid Melayu dan India.

Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam pembentukan integrasi nasional ialah proses
globalisasi. Menurut Muhammed Fauzi, Mohd Koharuddin dan Mohd Azhar (2009), globalisasi
bermaksud suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Bahaya
globalisasi ke atas budaya terletak dalam fakta bahawa globalisasi ialah salah satu bentuk

6
penjajahan yang memasuki ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu pemikiran dan kesedaran
manusia. Hal ini demikian kerana, globalisasi memiliki alat-alat teknologi komunikasi yang begitu
canggih yang mampu menyampaikan berita-berita palsu sehingga boleh dijadikan fitnah untuk
menimbulkan rasa benci antara kaum dan seterusnya menyebabkan perbalahan antara kaum
dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan masa kini. Hal ini demikian kerana, pada zaman ini kita bukan lagi hidup di zaman
batu dalam keadaan bersendirian tetapi kita perlu hidup dalam suatu komuniti kerana kita perlu
saling bergantung antara satu sama untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, demi kehidupan
yang selesa untuk generasi akan datang, kita pada hari ini perlu memastikan tamadun yang kita
bina boleh kekal perpaduannya agar aspek-aspek seperti ekonomi, politik dan sosial boleh dalam
keadaan yang baik dan generasi akan datang mampu menikmati segala yang kita nikmati pada
hari ini.

You might also like