You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tel: 07-9485978 Fax: 07-9481894
Email: nba5012@gmail.com Web/Portal: http://sklondah.blogspot.com

Ruj. Kami : 700-9/22(2)


Tarikh : 13 September 2022

Kepada,
Ketua Balai Bomba
Balai Bomba dan Penyelamat Gemas,
Taman Desa Permai,
73400 Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
(UP: Ketua Balai)

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN JENTERA DAN LATIHAN KEBAKARAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah berminat untuk mengadakan pameran jentera
dan latihan kebakaran di sekolah kami.

3. Pameran dan latihan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan
meningkatkan keyakinan diri murid dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran di sekolah.

4. Bagi mencapai objektif di atas pihak tuan dijemput untuk mengadakan pameran dan latihan
tersebut seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 20 September 2022 (Selasa)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Londah

5. Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi En Zamri bin Sulaiman (GPK HEM) di
talian 0122272092 atau En Mohd Sharifuddin bin Mohamad (Guru keselamatan sekolah) di talian
0163110549.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k. Fail Unit Keselamatan

You might also like