You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT GURU-GURU

SEKOLAH KAFAI AL HIJRAH 2022.

TARIKH :20HB JUN 2022


HARI :ISNIN
MASA : 12.00 TGH
TEMPAT : 1 TABLIGH

KEDATANGAN.

1. NOR AZIZAH BT ASPAN


2 NOOR FADZLINA BT. MD. RADZI
3. NURUL SHUHADAH BT. ABU BAKAR
4. NORHALAWATI BT. ISMAIL
5. NOR SYUHADA BT. HANADIN
6. ALIA FARHANA BT MOHD EFFENDI
7. AINAA ANIS BT AZAHARI
8. KHAISAL SYAIRAH SYAZWAN BT MOHD RIDZUAN
9. SITI KHADIJAH BT. ABD. KADIR
10. BASHARAH BT ZAKARIA
11. SYAMSYATUL MARDIAH BT AKBAR ALI
12. MOHAMAD AQRAM B. ZAINUDIN
13. ROSMINAH BT MOHD ELA
14. ABDUL MUHAIMIN B AD RAHMAN
15. SITI SAFFIYAH BT ADZNAN SHAHIDI
16. SITI ZARINA BT AYEOP

BIL AGENDA MESYUARAT TINDAKAN

1. Ucapan ketua guru

1.1 Ucapan pembukaan oleh Ketua guru dan majlis dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Ust Nor Azizah
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang hadir pada mesyuarat kali
ini.

Pemantauan Bersepadu , Kurikulum Sekolah.


2
2.1 Kutipan yuran induk dan tahunan berjalan dengan lancar pada awal tahun.

2.2 Kutipan yuran akan dikenakan bagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan besar
seperti PSRA dan UPKK

2.3 Peperiksaan PSRA dan UPKK bertarikh sudah dimaklumkan tarikh bermulanya
peperiksaan peperiksaan tersebut.

2.4 Bagi murid-murid darjah 1, 2 3 dan 4 akan dinilai oleh guru masing-masing mengikut
pentaksiran dan PBD.
Info
2.5 kelas tambahan akan bermula 3hb Julai 2022
Semua guru

3. Mesyuarat Agung

3.1 Mesyuarat Agung akan diadakan pada tarikh 2hb Julai 2022 Hari Sabtu masa 8.00 pagi
sehingga 11.00 tengah hari.

3.2 Surat jemputan Mesyuarat Agung akan diedarkan kepada ibu bapa

3.3 Senarai guru-guru yang akan bertugas


Info
PENGERUSI MAJLIS : USTAZAH KHAISAL SYAIRAH SYAZWAN BT MOHD RIDZUAN Semua guru
BACAAN DOA : USTAZ ABDUL MUHAIMIN B. ABD RAHMAN
SIARAYA/SERANTA : USTAZ ABDUL MUHAIMIN B. ABD RAHMAN
: MOHAMAD AQRAM B. ZAINUDIN
PERSIAPAN TEMPAT : USTAZAH BASHARAH BT ZAKARIA
: USTAZAH SITI SAFFIYAH BT ADZNAN SHAHIDI
HADIAH/CENDERAHARI : USTAZAH NURUL SHUHADAH BT ABU BAKAR
: USTAZAH SITI ZARINA BT AYEOP
BUKU ATURCARA : USTAZAH NOOR FADZLINA BT MD RADZI
TEKS UCAPAN : USTAZAH AINAA ANIS BT AZAHARI
JAMUAN MAKAN : USTAZAH SITI KHADIJAH BT KADIR
: USTAZAH NOOR SYUHADA BT HANADIN
DISIPLIN/KEBERSIHAN/ : USTAZAH ROSMINAH BT MOHD ELA
KESELAMATAN : USTAZAH MOHAMAD AQRAM B. ZAINUDIN
PENYAMBUT TETAMU : USTAZAH SYAMSYATUL MARDIAH BT AKBAR ALI
PENCATAT MINIT : USTAZAH NORHALAWATI BT ISMAIL
: USTAZAH NURUL SHUHADAH BT ABU BAKAR

4 ETIKA GURU-GURU
Info
4.1 Ketua guru mengingatkan berkaitan dengan kehadiran guru-guru. Punch card bagi
guru-guru pagi 7.30 sehingga 12.30, manakala sesi petang bermula 1.00 petang sehingga
6.00 petang. Semua guru

4.2 Pemakaian bagi guru-guru lelaki pada hari Jumaat diwajibkan memakai satu set baju
melayu dan pada hari Khamis semua guru diwajibkan memakai baju batik.
4.3 Buku ringkasan mengajar (RPH) mesti ditulis setiap hari dan dihantar pada hari
jumaat untuk disemak dan dicop. Lengkapkan semua ruangan yang disediakan.

4.4 Ketua Guru meminta guru untuk menceriakan kelas masing masing,sediakan alat
bantu mengajar yang ditampal pada penjuru kelas.

4.5 Bagi guru yang tidak hadir atau bercuti mesti mengisi borang cuti dan guru yang
menganti perlu menulis ringkasan dalam buku sendiri. Selain itu, Ketua Guru
memaklumkan cuti yang diberi kepada guru-guru lantikan JAIS dan Sekolah.

- Annual Leave 10 hari ( mengikut sebab-sebab tertentu atas budi bicara Ketua Guru)
- cuti sakit 15 hari ( wajib kemukakann sijil cuti sakit)
- cuti bersalin 60 hari, bagi suami yang isteri bersalin diberikan cuti khas sebanyak 3 hari
- cuti kematian keluarga terdekat sebanyak 3 hari.

5 5.1 GPK HEM memaklumkan fail disiplin akan dihantar pada 28hb Julai 2022. Guru Pen. HEM
dan Guru Panitia.
5.2 Guru disipin yang dilantik bagi sesi pagi adalah Ustazah Basharah Bt Zakaria sesi
petang Ustazah Syamsyatul Mardiah Bt Akbar Ali.

5.3. ketua guru meminta fail panitia disiapkan dengan segera. Perfailan untuk panitia
perlu diperkemaskinikan dan dipenuhkan mana yang tidak lengkap.

5.4 Ketua panitia perlu bertindak untuk membahagikan kerja kepada semua guru untuk
melancarkan kerja penyusunan. Dengan adanya pembahagian ini maka kerja diharap
dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

Hal Lain-lain
6. Info
6.1- Jamuan perpisahan untuk guru- guru akan diadakan pada 2hb Julai 2022 Semua guru
sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang akan berpindah.

6.2 Ketua Guru mengingatkan kepada semua guru guru agar dapat menjalankan tugas
guru dengan sebaik mungkin,bukan hanya sekadar mengajar tetapi perlu juga mengambil
tahu hal hal berkaitan sekolah juga.

6.3- Kerjasama dari semua guru guru amat diperlukan dalam menjadikan sekolah sebagai
tempat mencari ilmu,bukan sekadar belajar semata mata,tetapi melahirkan insan yang
bertakwa , berakhlak serta bersahsiah mulia.

7 Majlis disudahi dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr

Di sediakan Oleh: Di sahkan oleh :

………………………… .. ………………………
( Noor Fadzlina Bt Md Radzi ) (NOR AZIZAH BT ASPAN)
GPK1 Ketua Guru
Kafa Integrasi Al-Hijrah Kafa Integrasi Al-Hijrah
Kota Kemuning. Kota Kemuning.

You might also like