You are on page 1of 8

SPSK 07/03

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROPICANA


MINIT MESYUARAT GURU
BIL.8 / 2019

Tarikh : 07 OGOS 2019


Masa : 1.45 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:
BIL NAMA JAWATAN

1. NORLIZA BINTI MUSTAFA PENGERUSI/PENGETUA


2. PN. ZURANI BT MOHD ZAIN PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
3. CIK NOOR AZLIYAH BT RAZALLI PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM

4. PN. BOEY SIEW INN GKMP BAHASA


5. PN. SALMANJA BT SALATON GKMP TEKNIK DAN
VOKASIONAL
6. PN. ANIDA BT MAESIN GKMP KEMANUSIAAN

7. PN. TAN SUE ERN KAUNSELOR


8. PN. SITI NORAISHAH BT ISMAIL KAUNSELOR
9. PN. KHOR PUAY PUAY GURU DATA
10. PN. FAUZANA BT MOHD ROHMATULLAH GURU MEDIA

11. CIK ANITA MARY A/P RAJAN GURU


12. CIK NUR HAZIRAH BT MAZLAN GURU
13. CIK NUR SHAHILA BT NORDIN GURU
14. CIK NURULIZZATI BT ABDUL GHAFFAR GURU
15. CIK SATHYA BAMA A/P KRISHNAN GURU
16. EN. MD ARIL BT SAWADI GURU
17. EN. MOHD FIRDAUS BIN AB HALIM GURU
18. EN. MOHD RAFSHANJANI BT AB HAMID GURU
19. EN. MOHD SABHI BIN MOHD YUNOS GURU
20. EN. MOHD SYAHIR BIN SULAIMAN GURU
21. EN. MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABU JOHAN GURU
22. EN. NIK MOHD IZZANI BIN NIK MOHD AMIM GURU
23. PN. AMNI BT MOHD ZARAWI GURU
24. PN. ANIS AIMUNI BT AZMI GURU
25. PN. ASLINA BT ADNAN GURU
26. PN. ASMA’ BT ALIAS GURU
27. PN. AZIMAH BT AZMI GURU
28. PN. EZANEE BT ESA GURU
29. PN. IRYANI BINTI KAMAL GURU
30. PN. LAIN CHAI GIN GURU
31. PN. LIM CHENG NEO GURU
SPSK 07/03

32. PN. LOW MOI KNEAR GURU


33. PN. NADHRAH BT KADZRI GURU
34. PN. NGIAW WAI FUN GURU
35. PN. NOOR HAJAH SANITA BT MOHD SATAR GURU
36. PN. NOR SHAKIRIN BT ABD WAHID GURU
37. PN. NORAZEAN BT SHAFIE GURU
38. PN. NORIZA BT MOHD PAUZI GURU
39. PN. NORSAADAH BT HASSAN GURU
40. PN. NUR ADILA BT MAT ISA GURU
41. PN. NURUL FARHANA BT AHMAD SYUKRI GURU
42. PN. NURUL ILYANI BT ISHAHAR GURU
43. PN. SABARIAH BT MAT SALLEH GURU
44. PN. SER SIOW HUANG GURU
45. PN. SITI ARAFAH BT AMIRDIN GURU
46. PN. SITI SAADAH BT MOHAMED SHARIF GURU
47. PN. SITI SARINI BT YUNUS GURU
48. PN. TIE SUK ING GURU
49. PN. WAN NUR IZZATI BT WAN ZAHARI GURU
50. PN. WAN ZURIANTI BT WAN ABDULLAH GURU
51. PN. YOGENTHINI A/P ANANDA GURU
52. PN. ZAINAB BT ABDULLAH GURU

HADIR BERSAMA

1. CIK KONG KUI FENG


2. CIK SENG SIU LEE
3. EN. MUHAMMAD SABIRIN BIN ABD RAHMAN
4. CIK LAN SHIN WEI
5. EN. NOOR MOHD ASHRAF AFFENDY BIN IBRAHIM

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN :

BIL NAMA KENYATAAN JAWATAN


1 CIK NURULIZZATI BT ABDUL GHAFAR TAKLIMAT GURU
2 CIK SITI NURHANIS BT MD SHAMSULL BAHRI BENGKEL GURU
3 EN. MOHAMAD AMIRUL HAKIMI BIN RAZALI MSSD BS GURU
4 EN. MOHD HISHAM BIN YAHYA @ ZAKARIA MSSD BS GURU
5 EN. MOHD RAZIHAN BIN CHE HUSIN MSSD BS GURU
6 PN. FADILAH BT YUNUS CK GURU
7 PN. FAUZIAH BT MOHAMMAD CB GURU
8 PN. NORIZA BT MOHD PAUZI CK GURU
9 PN. SABARIAH BT MAT SALLEH MC GURU
10 PN. SITI SA’ADAH BT MOHAMED SHAFIR MC GURU
11 PN. WAN ZURIANTI BT WAN ABDULLAH CRK GURU
12 PN. ZULIE AZRA BT ALIAS TUGAS GURU
SPSK 07/03

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang
ditunjukkan. Pengerusi memaklumkan bahawa SKM Tropicana menduduki
tangga ke tujuh dalam peperiksaan pertengahan tahun. Oleh itu semua guru
perlu mengutamakan PdPC supaya keputusan SPM, PT3 dan peperiksaan akhir
tahun terus meningkat.Pengerusi juga menekankan kepentingan sahsiah diri dan
kokurikulum dalam kalangan guru.
makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn Amni Binti Mohd Zarawi mencadangkan minit mesyuarat Bil 7/ 2019 disahkan
dan disokong oleh Pn Zainab Binti Abdullah.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Program Guru Penyayang
Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru penyayang bertugas dengan baik.
Menepati waktu yang ditetapkan iaitu 7.00 pagi guru penyayang perlu berada di
pintu pagar sekolah.
Tindakan : Makluman
3.2 Guru keluar bertugas
Semua guru yang keluar bertugas perlu meninggalkan kerja kepada pelajar dan
setelah guru tersebut hadir ke sekolah, guru tersebut perlu semak kerja yang
telah diberikan.
Tindakan : Semua guru
3.3 Penyemakan RPH
Semua guru hendaklah menghantar RPH kepada Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP) maing-masing pada minggu pertama setiap bulan. Semua guru
hendaklah mematuhi kaedah penulisan RPH yang betul dan GKMP diminta
menyemak dengan baik. Bagi ruangan catatan, guru hendaklah mengisinya
sekiranya PdPc tidak dapat dijalankan. Ruangan refleksi PdPc hanyalah ditulis
apabila PdPc telah berjalan sahaja.
Tindakan : Semua guru
3.4 PBPP
Semua guru mestilah berjumpa dengan Pegawai Penilai pertama (PP1) untuk
mendapatkan maklumbalas tentang skor yang telah diperolehi. Guru boleh
SPSK 07/03

mendapatkan maklum balas tentang pencapaian guru setakat ini. Semua guru
harus menandatangani borang PBPPP tersebut.
Tindakan : Semua guru
4.0 PERKARA BERBANGKIT
4.1 Guru subjek waktu pertama
Pengerusi menjelaskan bahawa guru subjek waktu pertama PdPC perlu
mengiringi pelajar dari tapak perhimpunan masuk ke kelas.
Tindakan : Semua guru
4.2 Waktu bertugas guru
Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru perlu sampai di sekolah sebelum
pukul 7.20 pagi bagi menjalankan tugas. Setakat ini seramai 21 orang guru tidak
pernah lewat hadir ke sekolah. Seramai 28 orang guru lewat antara 1-9 hari, 6
orang guru lewat 10-19 hari, 3 orang guru lewat antara 20-29 hari dan 2 orang
guru lewat 40 hari ke atas. Pengerusi juga menegaskan kepada semua guru
agar menjaga imej dan profesionalisme guru serta menjaga masa. Hal ini kerana
PdPC bermula 7.25 pagi.
Tindakan : Semua guru
4.3 PdPC
Pengerusi menasihati semua guru agar masuk ke kelas melalui pintu belakang
untuk memastikan kebersihan kelas terjaga. Guru juga perlu menulis objektif dan
kriteria kejayaan di papan putih.
Tindakan : Semua guru
4.4 KBAT dalam pembelajaran
Semasa PcPC guru, mesti ada unsur KBAT atau menggunakan aras tinggi dan
mesti bertanya soalan kepada pelajar bagi menggalakkan pelajar berfikir.
Pembelajaran KBAT ini juga perlu mesti dilakukan dalam aktiviti kokurikulum dan
HEM juga.
Tindakan : Semua guru
4.5 Cuti guru
Sekiranya guru ingin memohon cuti sama ada CRK, cuti rehat, cuti kuarintin, cuti
bersalin atau cuti tanpa rekod, guru perlulah memohon terlebih dahulu sebelum
sebelum bercuti. Bagi cuti tanpa rekod cuti bermula dari tarikh isteri bersalin.
Bagi cuti rehat khas, cuti tidak boleh digunakan untuk menyambung cuti
melainkan ada hal kecemasan. Bagi cuti luar negara perlu memohon sekurang-
SPSK 07/03

kurangnya sebulan sebelum bercuti. Guru tidak dibenarkan pergi bercuti tanpa
memohon cuti.
Tindakan : Semua guru
4.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Semua guru diwajibkan untuk menjalankan PBD kepada semua pelajar di dalam
kelas. Guru juga perlu merekod pentaksiran tersebut di buku rekod mengajar dan
merekod tarikh pada RPT guru. Tahap pencapaian pelajar juga perlu direkod
dalam template excel serta perlu menulis tarikh pelaksanaan.
Tindakan : Semua guru
4.7 Sumbangan PIBG
Bagi sumbangan PIBG, semua guru tingkatan perlu memainkan peranan untuk
mengutip sumbangan tersebut daripada pelajar. Hal ini kerana sekolah sangat
memerlukan wang sumbangan tersebut bagi menampung perbelanjaan sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.8 Senamrobik
Pengerusi mengingatkan semua guru agar menjaga kesihatan diri. Oleh itu
semua guru digalakkan untuk menyertai aktiviti senam robik yang telah
dijalankan pada setiap hari khamis pada pukul 2.45 petang.
Tindakan : Semua guru
4.9 Hari koperasi
Pengerusi memaklumkan bahawa hari koperasi telah berjaya dilaksanakan
dengan sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Para pelajar amat
seronok menyertai sambutan hari koperasi tersebut. Para ibu bapa pelajar juga
telah memberi sokongan penuh terhadap aktiviti tersebut. Hasil keuntungan
daripada aktiviti tersebut adalah sebanyak RM7780.00.
Makluman
4.10 Kerja dalam berpasukan
Semua guru perlu mempunyai semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Jika
membuat pinjaman perlu rekod dan selepas menggunakannya perlu dihantar
dalam keadaan baik.
Tindakan : Semua guru
4.11 PLC
SPSK 07/03

Pengerusi memaklumkan bahawa akan diadakan ladap untuk semua guru.


Pengerusi juga menyeru kepada semua guru supaya memahami maksud PLC
dan apa tugasan guru.
Tindakan : Semua guru
4.12 Tindakan guru kepada surat-surat PPD, JPN dan KPM
Pengerusi memaklumkan bahawa sekiranya guru menerima surat daripada PPD
atau JPN atau KPM untuk hadir taklimat atau mesyuarat, guru tersebut
diwajibkan untuk hadir. Sekiranya tidak dapat hadir guru tersebut perlu
memaklumkan kepada pentadbir. Bagi guru yang tidak hadir tanpa sebab
tindakan akan diambil.
Tindakan : Semua guru
4.13 Mesyuarat panitia
Puan Zurani mengingatkan kepada semua ketua panitia agar mengadakan
mesyuarat panitia kali ke 3 untuk membincangkan aspek DLP dan memperbaiki
penulisan RPH guru. Ketua panitia juga perlu mengemaskini fail panitia masing-
masing dan menyiapkan minit mesyuarat panitia kali ke 3. Penyemakan fail
panitia adalah pada 23 Ogos 2019. Ketua panitia juga perlu mengemaskini fail
bank soalan.
Tindakan : Semua guru
4.14 Peperiksaan
Puan Zurani memaklumkan bahawa peperiksaan percubaan SPM akan bermula
pada 8 Ogos 2019. Bagi pengawas yang menjaga calon peperiksaan haruslah
teliti dan cekap dalam menjalankan tugas. Kelas dan dewan peperiksaan mesti
sentiasa bersih, laci meja perlu dikosongkan dan pelajar perlu disusun mengikut
urutan nama serta guru tidak digalakkan untuk menggunakan telefon bimbit
dengan kerap. Bagi kertas peperiksaan yang menggunakan testpad, testpad
akan disediakan untuk peperiksaan percubaan SPM ini. Jika ada mana-mana
pelajar tidak hadir semasa peperiksaan, pelajar tersebut boleh mengambil ujian
tetapi sebagai latihan sahaja. Markah tidak diambil kira. Seterusnya bagi
penanda kertas peperiksaan mesti menanda kertas tersebut dan tidak boleh
memberi markah sahaja. Setelah selesai menanda perlu membuat verifikasi
kepada GKMP masing-masing. Guru juga perlu akur dengan tarikh SAPS.
SPSK 07/03

Puan Zurani memaklumkan kepada semua guru bahawa majlis graduasi bagi
pelajar tingkatan lima telah dianjakkan kepada 18 Oktobr 2019 disebabkan oleh
peperiksaan SPM awal. Penyelaras bagi hari graduasi adalah Puan Wan Nur
Izzati.
Tindakan : Semua guru
4.15 Kehadiran pelajar (APDM)
Puan Zurani mengingatkan semua guru tingkatan agar mengemaskini kehadiran
pelajar dalam APDM sebelum jam 11.00 pagi setiap hari.
Tindakan : Semua guru
4.16 PT3
Puan Zurani memaklumkan ujian bertulis untuk pelajar PT3 akan diadakan pada
30 September 2019 hingga 08 Oktober 2019. Manakala bagi ujian bertutur akan
dijalankan pada 02 September 2019.
Tindakan : Semua guru
4.17 E-Operasi
Puan Zurani mengingatkan semua guru agar memastikan tarikh lantikan dalam
E-Operasi betul bagi memudahkan proses kenaikan pangkat.
Tindakan : Semua guru
4.18 Hrmis
Puan Zurani juga mengingtkan semua guru agar mengemaskini bilangan anak
dalam sistem Hrmis.
Tindakan : Semua guru
4.19 Program Kokurikulum
Cik Azliyah memaklumkan terdapat beberapa program yang akan dijalankan
sepanjang bulan September dan Oktober. Hari Kokurikulum dan Penutup Hari
Kemerdekaan akan diadakan pada 13 September 2019 ( penyelaras: Puan Zulie
Azra), Hari Sukan Negara akan diadakan pada 12 Oktober 2019 seterusnya
Pelancaran Bulan Bahasa akan diadakan pada 21 Oktober 2019.
Tindakan : Makluman
4.15 Fail unit kokurikulum
Cik Azliyah mengingatkan semua guru penasihat agar mengemaskini fail unit
kokurikulum mengikut instrument JPS sebelum diserahkan kepada pentadbir.
Fail tersebut perlu dihantar kepada pentadbir sebelum 30 Ogos 2019.
Tindakan : Semua guru
SPSK 07/03

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jamuan akhir tahun 2019 akan diadakan pada
hari rabu iaitu 23 Oktober 2019. Tema warna adalah “Black & Gold”
Tindakan : Semua guru
5.2 Pengerusi memaklumkan waktu balik guru pada hari rabu adalah 4.25.
Tindakan : Semua guru
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi menjelaskan bahawa semua warga sekolah hendaklah bekerja
bersama-sama seperti satu keluarga. Guru yang lebih lama berkhidmat diharap
agar dapat membimbing guru yang lebih muda. Semua guru haruslah menyedari
kepentingan perana setiap guru dan merasa bangga dapat menjadi seorang
guru.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,
Urus setia,
Mesyuarat Kurikulum SMK Tropicana Bil. 8/2019
Tarikh : 20 Ogos 2019

You might also like