You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN,

KAMPONG TENGAH,
24000 KEMAMAN, TERENGGANU

Kod Sekolah : TBA 2045

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN

MINIT MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH BIL 2/2019

Tarikh : 21 Mac 2019 (KHAMIS)

Masa : 12.45 tengahari hingga 2.00 petang

Tempat : Kelas Prasekolah Ibnu Sina

Kehadiran : 1. Puan Julaina bt Ahmad – Guru Prasekolah


2. Puan Nor Sabarina bt Mat Salleh – Guru Prasekolah
3. – Pengerusi Pewaris
4. – AJK
5. – AJK
6. – AJK
7. Puan Ainul Khairiah bt Abdul Aziz – PPM
8. Puan

1 Ucapan Penyelaras Prasekolah

1.1 Puan Julaina bt Ahmad mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa


Pewaris sesi 2019. Beliau mulai mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Puan Julaina bt Ahmad memaklumkan bahawa mesyuarat pada hari ini adalah
bertujuan untuk membincangkan berkenaan kejohanan futsal dan bola jaring
prasekolah yang akan diadakan pada bulan April ini di peringkat daerah.

Tindakan : Makluman

2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Encik Yusri bin Mohamad mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang
pindaan. Encik Mohd Fairul bin Hashim menyokong minit mesyuarat yang disahkan.

Tindakan: Ahli mesyuarat

3 Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Prasekolah

3.1 Kejohanan futsal dan bola jaring prasekolah ini dijangka akan diadakan pada bulan
April ini. Oleh itu, mesyuarat hari ini akan membincangkan tentang penyertaan
sekolah ini di dalam kejohanan ini.

3.2 Menurut Puan Julaina bt Ahmad, pada tahun ini prasekolah S3K akan menghantar
2 pasukan iaitu 1 pasukan untuk futsal dan 1 pasukan untuk bola jaring.
.
3.3 Untuk permulaan latihan, di harap pihak Pewaris yang mempunyai kemahiran dapat
turut sama melatih murid prasekolah bersama guru-guru pada waktu petang di
gelanggang futsal di hadapan sekolah manakala bagi bola jaring di padang sekolah.

Tindakan: Ahli Jawatankuasa Pewaris

4 Aktiviti Prasekolah 2019

4.1 Kejohanan Futsal dan Bola Jaring


4.2 Sukaneka (Sukan Sekolah)
4.3 Sambutan Hari Lahir
4.4 Lawatan
4.5 Konvokesyen

Tindakan: Makluman

5 Hal-Hal Lain

5.1 Puan Julaina bt Ahmad memaklumkan pada AJK Pewaris tentang ibubapa yang ingin
memberikan sumbangan untuk membina sinki tempat mengosok gigi dan membasuh
tangan diluar prasekolah. Di harap kerjasama semua AJK agar dapat mencari sedikit
lagi sumbangan bagi menampung jumlah kos keseluruhan.

Tindakan: Ahli mesyuarat


6 PENUTUP

6.1 Puan Julaina bt Ahmad berharap agar kejohanan futsal dan bola jaring yang akan
diadakan ini,mendapat kerjasama daripada semua ibubapa prasekolah. Kerjasama
daripada pihak Pewaris didahului dengan jutaan terima kasih.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.00 petang dengan bacaan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................ ............................................
(NOR SABARINA BT MAT SALLEH) (JULAINA BT AHMAD)
Setiausaha PEWARIS Prasekolah Penyelaras Prasekolah
Prasekolah SK Kuala Kemaman. SK Kuala Kemaman.

Disahkan oleh,

................................................
(ABDUL RAHIM BIN SALLEH)
Guru Besar
SK Kuala Kemaman

You might also like