You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PIASAU, KOTA BELUD

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN KWAPM MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6,


2019 BIL 1 /TAHUN 2019

Tarikh : 06 MAC 2019


Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SK. Piasau
Pengerusi : Encik Rusdi Suin (Guru Besar)
Kehadiran (Bilangan) : 6 Orang
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir
(Seperti lampiran Kehadiran Mesyuarat)

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat


adalah untuk memutuskan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang layak
menerima KWAPM bagi sesi 2019.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, jemputan
ketua Kampung Piasau dan wakil ketua Kampung Dundau yang dapat hadir
dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

2 LAPORAN KWAPM 2018

Seramai orang murid layak menerima bantuan KWAPM pada tahun 2018.

4.1. Kesemua pembayaran KWAPM 2018 telah diedarkan kepada murid yang
layak tahun 2 hingga 6.
4.2. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2019 pada bulan
Oktober 2018.
4.3. Bilangan murid yang memohon bantuan KWAPM pada 2018 adalah seramai
168 orang.
4.4. Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan KWAPM berdasarkan gaji kasar bulanan dan perkapita pendapatan.
4.5. Guru kelas akan menyemak semula bilangan murid yang layak menerima
bantuan KWAPM dengan mengasingkan borang murid yang layak dan tidak
layak dan mengisi data mengemaskini data APDM secara online sekiranya
terdapat murid yang memohon dan layak menerima bantuan KWAPM.
4.6. Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:

Tahun 1 : Pn. Ardiatiwarni & Pn. Zahariah Mastar


Tahun 2 : Pn. Rostinah Goih & Pn. Jaitah Sulaiman
Tahun 3 : Pn. Valerie Damin & En. Samrie Lantukan
Tahun 4 : Pn. Animah & En. Mesi Siun
Tahun 5 : En. Osman Joh & Pn. Faizah Ahmad
Tahun 6 : En. Paul Tee & Pn. Jakiyah

Tindakan: Untuk Guru KWAPM dan Guru Kelas

5 KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2019

5.1. Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 183 orang murid dari


tahun 1 hingga tahun 6 diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAPM
tahun 2019
5.2. Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan
KWAPM kepada murid dibuat dalam bentuk wang tunai dan diedarkan kepada
ibu bapa/penjaga murid.

Tindakan: Untuk Makluman Guru KWAPM dan Guru Kelas

6 HAL-HAL LAIN

6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.


6.2. Cik Siti Nurhafiza menyatakan bahawa ibu/bapa mengambil
ringan tentang pengisian borang bantuan KWAPM dan ini akan menyebabkan
guru sukar untuk mendapatkan semula borang tersebut daripada murid-
murid. Ini boleh menyebabkan murid tercicir dalam menerima bantuan yang
sepatutnya.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

7 PENUTUP

7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………........................................ ……………………...............................……….
( SITI NURHAFIZA TIM ) (TAILUN MALIASAN )
Guru KWAPM Penolong Kanan HEM
SK Piasau, KB SK Piasau, KB

Tarikh: 06/3/2019 Tarikh: 06/03/2019

You might also like