You are on page 1of 17

1

LANGKAH 1 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)

1. Sila muat turun fail dari laman sesawang bpk.moe.gov.my di bawah menu MUAT TURUN DOKUMEN
(sub menu Pentaksiran Kompetensi Literasi) Fail PKLSMB2017.zip.
2. Fail PKLSMB2017.zip ini akan dilindungi dengan kata laluan (kata laluan akan dimaklumkan melalui
WhatsApp atau e-mel)
3. Fail PKLSMB2017.zip mengandungi 3 fail iaitu:
a) Template pentaksiran: PKLSMB2017.xltx
b) Fail panduan penskoran (format PDF) setiap literasi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains
(versi BM dan BI) dan Matematik (versi BM dan BI).
c) Fail lembaran markah utama (master sheet) untuk kegunaan Penyelaras PKLSMB sekolah bagi
tujuan memproses markah: ZSS_SEKOLAH.xlsm
2
LANGKAH 2 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)
1. Template pentaksiran PKLSMB2017.xltx perlu disalin (copy) ke desktop komputer @ netbook yang
akan digunakan oleh murid.
2. Peringatan:
Fail ini mesti dalam format asal iaitu excel template (*.xltx) supaya fail ini kekal template soalan.
Sebelum membenarkan murid masuk dan memulakan pentaksiran, guru perlu membuka
template pentaksiran PKLSMB2017.xltx pada setiap komputer murid.
Murid perlu mengklik ikon save dan mengisi ruangan file name dengan menggunakan ID murid.
ID murid dimulai dengan singkatan jantina diikuti oleh nombor kad pengenalan murid seperti
contoh di bawah. Pastikan murid klik pada butang save untuk meneruskan pentaksiran.

Contoh: L020415025651 (untuk murid lelaki)


atau P020415025652 (untuk murid perempuan)

* Klik ikon 'Save' di atas untuk simpan fail anda.

3
LANGKAH 3 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)

Paparan antaramuka MsExcel dalam


manual ini mungkin berbeza dengan
di komputer murid. Dapatkan
bantuan Guru ICT jika ada masalah
mengenai versi Ms Excel di komputer
murid.
Murid boleh memulakan pentaksiran
dengan membaca arahan pada skrin.
Klik View kemudian diikuti dengan
Full Screen untuk mendapatkan
paparan penuh.
Untuk meneruskan pentaksiran klik
butang SETERUSNYA.

4
LANGKAH 4
Pastikan murid mengisi maklumat
pada ruang maklumat murid dalam
masa yang ditetapkan (15 minit).

Guru disarankan membimbing murid


untuk mengisi maklumat diri.

Borang maklumat murid hanya di


sediakan dalam satu bahasa sahaja
(Bahasa Melayu).

Murid perlu mengisi semua


maklumat murid dan memilih pilihan
jawapan dengan mengklik pada
ruangan yang perlu untuk diisi.

Klik untuk mula.


menjawab soalan pentaksiran.

5
FORMAT UMUM SOALAN PENTAKSIRAN

Lajur Lajur
Kiri Kanan

1. Umumnya, layout soalan pentaksiran ini mempunyai dua lajur. Lajur kanan adalah stimulus
manakala lajur kiri adalah soalan.
2. Jumlah unit bagi setiap literasi adalah berbeza antara satu sama lain.

6
LANGKAH 5

Untuk soalan aneka pilihan (MCQ),


murid perlu memilih jawapan dengan
mengklik pada untuk
memilih jawapan.

Untuk soalan jawapan terbuka,


murid perlu menaip jawapan dalam
ruangan yang disediakan.

Klik pada simbol ini untuk ke soalan


seterusnya.

7
LANGKAH 6

Untuk soalan seperti ini, murid perlu


menjawab ke semua soalan dengan
mengklik ikon

untuk membuat pilihan jawapan.

8
LANGKAH 7
Paparan ini memaparkan ruangan untuk
murid membuat pengesahan TELAH
SELESAI menjawab soalan unit Bahasa
Melayu dan bersedia untuk ke unit
seterusnya.
Sekiranya murid mahu menyemak jawapan
yang telah dijawab, murid perlu klik pada
butang ini.

Untuk meneruskan ke unit seterusnya klik


pada butang ini.

Pada paparan ini murid tidak dibenarkan


untuk kembali ke unit sebelumnya
sekiranya telah menekan butang MULA.

9
LANGKAH 8

Literasi Sains dan Matematik disediakan


dalam dua pilihan bahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
Murid boleh memilih sama ada ingin
menjawab soalan menggunakan versi
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

10
LANGKAH 9 (PENSKORAN GURU)

Setelah selesai menjawab semua item,


dan tiba di paparan ini, murid perlu
menekan butang ESC kembalikan dari
paparan penuh kepada paparan normal.
Seterusnya murid perlu menyimpan sekali
lagi fail. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan jawapan murid tidak
disimpan.
PERINGATAN! Pastikan fail disimpan
dengan menggunakan ID murid yang telah
diisi oleh murid di awal pentaksiran.
Sekiranya murid tidak menekan butang
SAVE apabila menutup fail pentaksiran,
kotak amaran ini akan dipaparkan untuk
memberi peringatan.
Maka, murid MESTI menekan butang Yes.

11
LANGKAH 10 (PENSKORAN GURU)

Setelah semua murid selesai menjawab


soalan pentaksiran, semua fail murid
disimpan dalam satu folder mengikut kelas
yang berkaitan.
Penskoran soalan terbuka mesti
dilaksanakan oleh guru secara manual.
Paparan ini akan muncul apabila fail
individu murid dibuka oleh guru. Tekan
Butang KEMBALI jika guru mendapat
paparan yang berbeza.
Tekan butang GURU SAHAJA untuk
mulakan penskoran.

12
LANGKAH 11 (PENSKORAN GURU)

Bagi Literasi Sains dan Matematik guru


boleh melihat tanda (bullet)

pada ruangan penskoran guru untuk


menentukan jenis bahasa yang dipilih
oleh murid semasa menjawab.

13
LANGKAH 12 (PENSKORAN GURU)
Guru hanya memberi skor pada soalan
jawapan terbuka sahaja.
Jawapan murid untuk soalan ANEKA
PILIHAN akan ditanda secara automatik ke
dalam master sheet.
Semua soalan yang perlu diskor oleh guru
akan dibuka dalam satu muka. Guru mesti
skrol ke bawah untuk melihat dan memberi
skor semua jawapan murid. Pastikan semua
jawapan murid diberi skor. Bilangan item bagi
setiap mata pelajaran ialah BM (1 item), BI
(2 item), Sains (5 item) dan Matematik
(2 item).
Guru hanya boleh mengisi ruangan markah
dan tidak boleh mengubah jawapan murid.
Guru hanya perlu klik dan pilih skor yang
sepatutnya diberi mengikut PANDUAN
PENSKORAN.

14
LANGKAH 13 (PENSKORAN GURU)

Pastikan tiada sebarang markah ditanda


oleh murid pada ruangan ini. Secara
asal, ruangan ini ditanda dengan skor 9.
Setelah selesai menanda fail murid, guru
perlu menyimpan fail murid tersebut
dengan menekan butang SAVE
menggunakan nama fail yang sama
tanpa perlu mengubah apa-apa.
Setelah selesai penskoran semua fail
yang perlu disemak, guru perlu
menyerahkan folder tersebut kepada
Penyelaras PKLSMB Sekolah untuk
tindakan yang selanjutnya.

15
LANGKAH 14 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)

Untuk memproses skor, macro perlu


diaktifkan terlebih dahulu semasa fail
ZSS_SEKOLAH.xlsm dilancarkan.
Sila rujuk panduan dalam fail
ZSS_SEKOLAH.xlsm

16
CARTA ALIR PENGURUSAN DATA PKLSMB

17

You might also like