You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


PAS KAWASAN KOTA BELUD KALI KE 34 | TAHUN 2022
PENGACARA : EN SAMSUDIH GOLDEH

PERKARA TEKS
Ketibaan Tetamu Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Tuan
Jemputan Abdul Hisham bin Othman, Timbalan Pesuruhjaya
PAS Negeri Sabah.

Aluan Pengerusi Majlis Yang Dihormati


Tuan Abdul Hisham bin Othman
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah

Yang Berusaha
Ustaz Awang Laiman bin Ikin
Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Belud

Yang Berusaha
Pn Rosnani Omar
Ketua Muslimat PAS Kawasan Kota Belud
Ustaz Mustaqim bin Aling
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Belud

En Kasan
Setiausaha Agung PAS Kawasan Kota Belud

Barisan Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Belud,


Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat
PAS Kota Belud , para perwakilan, para pemerhati
serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah Sekalian.

Kapur gambir di dalam hutan


Menggobek sirih di tepi serambi
Selamat datang hadirin dan taulan
Tambah sempurna majlis ini.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah kerana


dengan berkat kerahmatan dan keizinanNya dapat
juga kita berkumpul di persada perjuangan ini bagi
menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS
Kawasan Kota Belud kali ke 34 , tahun 2022.
Sekalung penghargaan kepada semua tetau
jemputan, ahlijawantakuasa, perwakilan ,
pemerhati dan semua hadirin yang sudi hadir dalam
majlis yang sangat signifikan ini.

Alunan Asma Ul-Husna, Hadirin sekalian


Lagu Negaraku, Lagu Hadirin dipohon untuk berdiri bagi sama-sama
Sabah Tanah Airku, dan mengalunkan Asma Ulhusna, menyanyikan Lagu
Lagu PAS Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu PAS.
…………………………
Terima kasih diucapkan, Hadirin dipersilakan
duduk.
Bacaan Doa Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini,
Dipersilakan ___________________________
Bagi memimpin lafaz doa. Dipersilakan.
…………………….
Amin Ya Rabbal Alamin, Terima kasih diucapkan
kepada _________________________ atas
pimpinan lafaz doa sebentar tadi.
Ucaptama Yang Terbang di awan burung jentayu
Dipertua PAS Kerana penat gugur ke bumi
Tampillah tuan kami merayu
Bersama amanat bekalan kami

Hadirin yang dirahmati,


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berusaha Ustaz Awang Laiman bin Ikin bagi
menyampaikan ucaptama sempena Mesyuarat
Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Belud kali ke 34,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
……………………
Demikianlah tadi ucaptama yang telah disampaikan
oleh Ustaz Awang Laiman bin Ikin, Yang Dipertua
PAS Kawasa Kota Belud. Semoga apa yang telah
disampaikan tadi dapat kita ambil iktibar
daripadanya.
Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,

Jangan tertawan alpa duniawi


Hanya indah serupa mimpi
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Dihormati Tuan Abdul Hisham bin Othman,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah bagi
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Belud
Kali ke 34 tahun 2022. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.
………………………
Majlis meramkan ucapan terima kasih di atas
ucapan perasmian tadi. Dengan ucapan tadi, maka
rasmilah sudah Mesyuarat Agung Tahunan PAS
Kawasan Kota Belud kali ke 34 ini.
Pelancaran Kempen Pas Majlis diteruskan lagi dengan Pelancaran Kempen
Pilihanku dan Jentera PAS Pilihanku dan pelancaran Jentera Pilihanraya
Pilihanraya PAS Kawasan kota Belud, Dengan itu sekali lagi
dipersilakan Yang Dihormati Tuan Abdul Hisham bin
Othman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
diiringi para tetamu jemputan bagi
menyempurnakan pelancaran. Dipersilakan.

(bg Info tentang kempen)


……………………………
Begitulah tadi pelancaran Kempen PAS Pilihanku
dan Pelancaran Jentera Pilihanraya, dengan itu
majlis mengucapkan terima kasih kepada yang
Tuan Abdul Hisham dan para jemputan di atas
kesudian menyempurnakan pelancaran sebentar
tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Awang Laiman
bagi menyampaikan Cenderahati kepada tuan
Perasmi .
Dengan itu dipersilkan Ustaz Tuan Abdul Hisham,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah bagi
menerima cenderahti daripada pihak majlis,
Dipersilakan.
………………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas
kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi dan
sekali lagi kami mengucapkan terima kasih atas
kesudian perasmi Bersama-sama kami dalam majlis
pada hari ini.

Sesi fotografi Sebelum ke agenda seterusnya, kita akan adakan


sesi fotografi. (jemput semua tetamu dan hadirin
utk sesi bergambar)

Minum Pagi Hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan


minum pagi yang telah disediakan sebelum kita
mulakan Mesyuarat agung tahunan kita pada pagi
ini. Dipersilakan.
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah,
Assalamualaikum WBT.
• Lepas minum serah dengan pengerusi tetap

You might also like