You are on page 1of 2

 

Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi


sesebuah negara.Hal ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil
dan pulangan yang banyak kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan
negara. Daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelancongan, jumlah pelancongan ke Malaysia dari Januari hingga Disenber
2010 ialah 24.6 juta orang.Pelancongan Asia Barat menunjukkan
peningkatanpada tahun 2006 berbanding tahun 2005.Jumlah pelancong yang
melawat ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun tersebut
meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam tempoh
yang sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau yang
lembap kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan
untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.

     Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu


melakukan pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata
dunia. Kerajaan hendaklah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti
pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi
pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh
dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan
batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. Sebagai contohnya,
kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di Arab Saudi.
    Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui
penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan
maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat
memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai
destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya,
promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan
disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong. Hal ini
demikian juga mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati. Natijahnya, industri
pelancongan negara kita dapat bersinar dan terserlah ke seluruh dunia dan
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

You might also like