You are on page 1of 3

EDUP3043

1.0 Sebelum menjalankan tugasan.

Sebeum kami menjalankan tugas yang diberi oleh pensyarah kami, kami telah
menerima taklimat berkaitan tugasan bagi pengkhususan elektif EDUP3053 Teknologi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran daripada pensyarah kami. Beliau telah menjelaskan tentang
setiap tugasan yang diberi dan kehendak-kehendak tugasan kepada kami. Suatu perkara
baharu yang telah diterapkan dalam tugasan-tugasan kami ialah NPDL (New Pedagogies for
Deep Learning atau Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna) di mana ia telah
menggabungjalinkan kursus-kursus kami untuk memudahkan penyelesaian tugasan. NPDL ini
mengutamakan Pembelajaran Bermakna 6C iaitu sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif,
komunikasi, kreativiti, dan pemikiran kritis. . Sebelum NPDL dilaksanakan, kami hanya akan
menyiapkan tugasan dengan cara mengumpul dan mendapatkan maklumat di perpustakaan,
internet, jurnal, dan akhbar. Kami akan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan
apabila menghadapi masalah semasa menyiapkan tugasan.

Saya berasa ingin tahu kerana NPDL ini amat menarik minat saya dan saya juga berasa
tidak bersabar untuk mencuba pedagogi baharu ini dalam menjalankan kerja kursus saya. Saya
berasa ia akan menjadi satu pengalaman yang istimewa kepada saya dan NPDL ini memang
akan memberi banyak manfaat dan sangat berguna kepada siswa siswi di semua institut
pendidikan tinggi baik swasta mahupun kerajaan. Walaubagaimanapun, saya berasa amat
gelisah dan bimbang sekiranya saya menghadapi masalah semasa menyiapkan tugasan ini
kerana ini merupakan perkara yang masih baharu kepada saya.

Rajah 1 : Pensyarah sedang memberi taklimat berkaitan tugasan EDUP3043.

1
EDUP3043

2.0 Semasa menjalankan tugasan

Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah membaca dan memahami kehendak-kehendak
tugasan kerja kursus serta rubrik pemarkahannya untuk mengelakkan salah faham dan
kesilapan semasa melaksanakan tugasan tersebut.
Mula-mula, saya mencari maklumat yang berkaitan melalui internet, buku, jurnal, dan
bertanya kepada pensyarah serta rakan-rakan. Selepas mendapatkan maklumat yang
diperlukan, saya perlu mengenal pasti isu tingkah laku bermasalah murid yang berlaku di dalam
bilik darjah atau bengkel semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) Reka Bentuk dan
Teknologi dijalankan. Kelas kami juga mengadakan lawatan sambil belajar ke Kebun Komuniti
di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Jabatan Landskap Negeri Johor untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan kami, iaitu ‘Landskap’. Saya telah
membuat pemerhatian dan temu bual dengan guru semasa menjalankan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) di SJKC Chonng Hwa, Gurun, Kedah. Melalui pemerhatian
terhadap keadaan dalam kelas dan temu bual dengan guru di sekolah tersebut, saya dapat
mengenal pasti isu tentang masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid sewaktu proses
pdp dijalankan di dalam bengkel atau bilik darjah pada waktu pagi.
Saya berasa amat seronok semasa mengumpulkan maklumat untuk tugasan ini kerana saya
bukan sahaja dapat merasai persekitaran pembelajaran di sekolah tersebut, malah dapat
bergaul dengan guru-guru di sana untuk menimba ilmu pengetahuan yang baru terhadap
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan.

2
EDUP3043

3.0 Selepas menjalankan tugasan.

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat bersyukur dan ingin mengucapkan
terima kasih dan memberi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah, guru-guru, dan rakan-
rakan yang telah menghulurkan bantuan kepada saya semasa saya menghadapi masalah
dalam melaksanakan tugasan ini.
Saya telah menimba pelbagai ilmu tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
berkesan seperti konsepnya, isu bermasalah murid dalam kelas, peranan guru dan intervensi
yang sesuai bagi menangani masalah murid dengan menggunakan model pengurusan disiplin
yang sesuai dan berkesan.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam
masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat masalah yang dihadapi semasa menyiapkan
tugasan ini. Pada pendapat saya, kursus ini memang bermanfaat kepada para guru pelatih
apabila ditempatkan di sekolah untuk mengajar. Guru dapat menggunakan ilmu yang didapati
dalam kursus ini untuk menguruskan bilik darjah dan menyelesaikan isu bermasalah murid yang
timbul semasa proses pdp dijalankan.
Akhirnya, saya berharap NPDL ini dapat diteruskan dan diberi peluang kepada lebih banyak
pelajar untuk belajar menerusinya. Saya percaya bahawa melalui NPDL yang dilaksanakan ini,
warganegara yang mahir dan holistik dapat dilahirkan sebagai tonggak negara pada masa akan
datang.

You might also like