You are on page 1of 14

Latarbelakang Projek

Reka bentuk ialah penghasilan sesuatu objek, penghasilan produk baru atau
pengubahsuaian terhadap sesuatu produk yang sedia ada bagi memenuhi keperluan
pasaran pada masa-masa yang akan datang. Sesuatu reka bentuk itu dihasilkan melalui
idea asli seseorang itu ataupun inovasi daripada produk orang lain. Reka bentuk bermaksud
susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak. Sesuatu
reka bentuk yang baik akan mendatangkan impak yang positif kepada pengguna dan juga
persekitaran. Konsep reka bentuk ialah kita perlu memilih hasil idea yang terbaik daripada
kepelbagaian idea. Selain itu, reka bentuk juga memudahkan kerja menganalisis dan
menyelidik reka bentuk sebelum penghasilan sesuatu produk maujud. Setiap penghasilan
produk reka bentuk mempunyai tujuan dan fungsi yang tersendiri. Selain dari fungsi utama,
sesuatu reka bentuk yang baik juga mempunyai fungsi sampingan yang baik serta pelbagai.

Berdasarkan kerja kursus yang telah ditugaskan, kami dikehendaki untuk mereka cipta
sebuah rak pasu bunga. Tugasan kami juga perlu diselesaikan menggunakan autocad.
Sebelum menghasilkan sebuah rak pasu bunga yang baik, kami telah membuat lima
lakaran. Lima lakaran ini termasuklah lakaran awal dan juga lakaran perkembangan. Setelah
membuat kelima-lima lakaran kami dikehendaki memilih lakaran yang paling baik dan sesuai
untuk ditukarkan ke bentuk lukisan ortografik dan isometrik. Akhir sekali, kedua-dua lukisan
yang telah kami hasilkan perlu diterjemahkan menggunakan komputer melalui autocad.
Objektif dan Fungsi Projek

Objektif Projek
Menghasilkan lakaran idea menggunakan AutoCAD
Mengenalpasti jenis-jenis command di dalam AutoCAD
Mengetahui kedudukan toolbar dalam AutoCAD
Membina lukisan berbantukan komputer dalam 2D
Mengenalpasti fungsi-fungsi perkakasan dalam AutoCAD
Mengenalpasti cara-cara melukis lukisan ortografik dan isometrik dalam AutoCAD

Fungsi Projek
Menghasilkan sebuah rak pasu bunga yang dapat menampung sebilangan pasu
Menghasilkan sebuah rak pasu bunga yang menarik reka bentuknya
Menghasilkan sebuah rak pasu bunga yang berfungsi
Menghasilkan rak pasu bunga yang unik dan asli
Deskripsi Projek

1. Pernyataan Masalah

Kebanyakkan masyarakat Malaysia memupunyai rak pasu bagi menyususun pasu di


halaman rumah mereka. Namun yang demikian, rak pasu yang banyak digunakan oleh
masyarakat Malaysia merupakan rak pasu yang mempunyai reka bentuk yang yang sama
dan tradisional. Hal ini secara tidk langsung akan menjejaskan ciri-ciri estetika di rumah.

2. Penyelesaian Masalah

Oleh itu, beberapa lakaran pasu bunga telah dihasilkan bagi memastikan rak pasu bunga
mempunyai reka bentuk yang terbaik dan berfungsi. Melalui lakaran-lakaran rak pasu bunga
yang telah dihasilkan, satu lakaran terbaik dipilih untuk diterjemahkan ke dalam lukisan
isometrik dan juga ortografik. Rak pasu bunga yang dipiih mempunyai fungsi dan nilai
estetika yang terbaik diantara kelima-lima lakaran.

3. Analisis Lakaran & Pemilihan Lakaran Terbaik

Ciri-ciri rak pasu bunga yang baik perlulah mempunyai ruang letak rak pasu bunga yang
tidak sempit. Hal ini adalah bagi memastikan pasu bunga dapat disusun dengan kemas dan
tidak terlalu rapat agar tidak perebutan untuk cahaya matahari dapat dikurangkan. Sebuah
rak pasu bunga yang baik juga perlu terbuka. Hal ini adalah bagi memastikan tumbuhan
yang diletakkan di rak pasu bunga ini akan mendapat cukup cahaya matahari dan mudah
untuk disiram. Oleh yang demikian kelima-lima lakaran yang telah saya hasilkan tidak
mempunyai ruang yang tertutup. Lakaran saya juga mempunyai ruang letak rak pasu yang
luas agar rak pasu dapat disusun dengan kemas dan menerima cahaya matahari dengan
baik. Setelah meneliti dan melakukan bebarapa penambahbahbaikan saya telah memilih
reka bentuk yang terbaik diantara kelima-lima lakaran. Pemilihan ini dijalankan setelah saya
mendapati reka bentuk rak pasu bunga itu menepati kesemua ciri-ciri rak pasu bunga yang
baik.
Rujukan

Abdullah Kassim. (2009). Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Kuala Lumpur: PTS
Production Sdn. Bhd.

Hassan Abdullah. (2014). Reka Bentuk dan Teknologi. Kuala Lumpur: PTS Production Sdn.
Bhd.

Jamaluddin Taib. (2006). Reka Bentuk Berbantu Komputer. Kuala Lumpur: Penerbit UTM.

Jamaluddin Taib. (2007). AutoCAD: Manual untuk Pengguna Baru. Kuala Lumpur: Penerbit
UTM.

James, A. (2015). AutoCAD: Teori, Tutorial dan Latihan. Kuala Lumpur: Elex Media
Komputindo.

Kasim Jalil. (2000). Proses dan Kaedah Reka Bentuk. Kuala Lumpur: Penerbit UTM.
LAKARAN AWAL
LAKARAN
PERKEMBANGAN
LAKARAN PROJEK
(ORTOGRAFIK)
LAKARAN PROJEK
(ISOMETRIK)
ARAHAN AutoCAD
(ORTOGRAFIK)
RUJUKAN
LAMPIRAN
ARAHAN AutoCAD
(ISOMETRIK)
Lampiran

Rajah 1: Proses pembikinan lukisan isometrik di dalam AutoCAD


Rajah 2: Proses pembikinan lukisan ortografik di dalam AutoCAD

You might also like