You are on page 1of 2

: Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT - HOTS)

Posted by Admin on 2013/7/19 10:10:23 (320 reads)

KUALA TERENGGANU: Mengikut sumber yang boleh dipercayai, soalan-soalan


yang melibatkan KBAT akan dimasukkan ke dalam UPSR, PMR dan SPM pada
masa akan datang. Dengan itu guru-guru harus bersedia melatih pelajar-pelajar
mereka menjawab soalan-soalan berkenaan. Guru-guru boleh merujuk kepada
soalan-soalan PISA dan TIMSS.
KBAT ialah "Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." [BPK 2013]
KBAT adalah proses kitaran dari pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras
tinggi (KBAT). KBAT memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan
metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap
berlaku (not familiar) dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti
keputusannya.
Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat
keputusan, menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil
akhir mengikut konteks yang diperlukan.
Ciri-ciri item KBAT:
1. Stimulus
Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan
penaakulan kritis. Stimulus boleh terdiri daripada petikan, gambar rajah, dan graf.
2. Pelbagai tahap/aras pemikiran
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak
yang lebih besar.
3. Konteks yang baharu

Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid.
Keadaan ini bertujuan untuk merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan
semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
4. Situasi sebenar dalam kehidupan harian
Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin.
5. Item tidak berulang
Item pelbagai atau berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks untuk
mewujudkan situasi yang baharu.
Kemahiran kognitif dalam KBAT:
KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi dengan memberi tumpuan kepada
1. Mengaplikasi
Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
seperti menjalankan eksperimen dan membuat binaan.
2. Menganalisis
Mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil,
menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan
antara satu sama lain.
3. Menilai
Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan
mengkritik.
4. Mencipta
Menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu (rekacipta) dengan menyusun,
menjana dan merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau
struktur yang baharu (inovasi).

You might also like