You are on page 1of 3

1.

Maksud tamadun Melayu

Tamadun Melayu merjuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh manusia yang
dapat digolongkan sebagai orang Melayu yang dari segi sosiobudayanya terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik seperti Austronesia atau Malayo-Polinesia (Arof, 2007) dan lokasinya
bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali sebagai Gugusan kepulauan
Melayu-Indonesia, Kepulauan nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan lain-lain.

Istilah Melayu pula merujuk kepada satu rumpun bangsa dan budaya yang berasal
daripada sumber yang sama. Secara umumnya, bangsa Melayu mempunyai asas kehidupan
yang sama. Arof (2007) ada menjelaskan bahawa orang Melayu merujuk kepada kelompok
yang penutur bahasa Austronesia, yang merupakan induk kepada keluarga Bahasa Melayu.

2. Faktor perkembangan tamadun Melayu.

Antara faktor yang membolehkan tamadun Melayu berkembang dengan pesat adalah
disebabkan oleh pencapaian dalam bidang teknologi dan kemahiran. Majoriti daripada orang
Melayu misalnya seperti Orang Laut mahir dalam ilmu laut dan pelayaran. Hal ini membolehkan
mereka menjalankan kegiatan perdagangan, merantau ke kawasan baharu dan berlayar ke
serata dunia. Dengan itu, kegiatan ekonomi dalam tamadun semakin rancak di mana
pendapatan negara akan dapat bertambah dan seterusnya, taraf hidup masyarakat dpat
diperbaiki. Kemahiran ilmu laut yang dimiliki membolehkan juga kawasan perairan kerajaan
dapat untuk dikawal dengan rapi dan ancaman seperti serangan musuh dan lanun dapat diatasi
dengan lebih efektif. Masyarakat juga mahir dalam teknologi pembuatan kapal yang berkaliti
sehingga membolehkan mereka untuk berlayar ke seluruh dunia.

Faktor seterusnya ialah disebabkan peranan agama yang memandu masyarakat untuk
menjadi insan berkualiti selaras dengan tuntutan agama. Misalnya, agama Islam yang bertapak
di kerajaan Melaka membolehkan Melaka menjadi pusat kegiatan agama Islam. Segala amalan
murni dan akhlak mulia yang dituntut agama Islam selain peranan undang-undang berkesan
mewujudkan suasana yang muhibbah dan aman damai dalam kalangan masyarakat. Dalam
kerajaan x, pengaruh Hindu-Buddha membolehkan kemajuan dalam seni bina dicapai misalnya
pembinaan candi Burobudur.

Faktor ketiga ialah disebabkan kekayaan hasil bumi yang membolehkan kegiatan
perdagangan dijalankan dengan tamadun lain. Pelabuhan Melaka, Acheh dan Betawi
merupakan pelabuhan yang termasyhur dalam tamadun Melayu di mana pelabuahn tersebut
menjadi tumpuan pedagang dari Timur dan Barat bagi mendapatkan keperluan barangan
seperti rempah ratus, hasil hutan, hasil perlombongan seperti emas dan bijih timah dan hasil
laut.

3. Faktor Tamadun Islam sesuai dengan Masyarakat Nusantara.

Agama Islam dapat diterima majoriti masyarakat Nusantara adalah disebabkan sifat
agama Islam yang menyeluruh dan merangkumi seluruh aspek kehidupan. Masyarakat
mendapati ajaran Islam mudah untuk dianuti memandangkan agama Islam telah menetapkan
panduan dan peraturan tersendiri dalam setiap urusan kehidupan. Ajaran agama Islam juga
mudah untuk diamalkan kerana ianya tidak mempunyai ritual ekstrem atau membebankan
penganutnya.

Selain itu, agama Islam menuntut menuntut penganutnya unutk mengamalkan akhlak
mulia di mana ianya dilihat sangat bersesuaian dengan amalan masyarakat Melayu yang lemah
lembut, bersopan santun dan berbudi bahasa. Oleh itu, masyarakat mendapati agama Islam
bersesuaian dengan budaya dan amalan tradisi masyarakat Melayu.

Di samping itu, masyarakat mendapati ajaran Islam sesuai dianuti kerana ianya tidak
menghapuskan adat tradisi masyarakat Melayu. Kita dapat lihat adat seperti cukur jambul,
bersanding dan lain-lain yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Adat sedemikian masih
diamalkan kerana ianya dilihat masih bersesuaian dengan ajaran Islam dan tidak melanggar
syariat agama.

4. Tamadun Islam dalam membentuk teras Tamadun Malaysia

Kita dapat melihat pengaruh tamadun Islam menerusi peranan Yang Dipertuan Agong
sebagai Ketua Negara. YDPA dipilih dalam kalangan 9 orang Raja Melayu mengikut sistem
penggiliran. Penggunaan istilah Sultan menunjukkan pengaruh Tamadun Islam dalam
pembentukan sistem pemerintahan beraja dalam Tamadun Malaysia.

Seterusnya, proses pemilihan YDPA sendiri memerlukan Majlis Raja-Raja untuk


bermesyuarat dan bersidang. Dalam situasi ini, amalan bermusyawarah yang diamalkan sejak
zaman pemerintahan Rasulullah SAW serta Khulafa Ar Rashidin diimplementasikan dalam
proses mencapai persetujuan untuk memilih ketua negara.

Tamadun Islam juga mempengaruhi Tamadun Malaysia daripada aspek anutan


masyarakat. Agama Islam merupakan Agama majoriti yang dianuti rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa. Oleh itu, telah diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia mengenai
kedudukan agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan.

You might also like