You are on page 1of 1

ZAMAN PRASEJARAH AWAL

(Zaman paleolitik dan zaman mesolitik)

Ciri-ciri:
1. Zaman yang tidak produktif dari sudut penciptaan peralatan. Penggunaan tulang serta
hasil lukisan adalah kurang bermutu.
2. Hidup berpindah randah/nomad.
3. Tempat tinggal di kawasan sungai atau gua atau membina khemah yang diperbuat
daripada kulit gajah. Tinggal bersama keluarga atau hidup berkumpulan.
4. Menyara hidup dengan menangkap ikan, memungut hasil hutan dan buah-buahan dan
memburu binatang.
5. Penggunaan ​flin, ​atau serpihan batu yang sangat keras dijadikan peralatan untuk
kegunaan masyarakat ketika itu. Contohnya ​kapak batu ​yang meluas penggunaanya
terutama di Eropah, Asia dan Afrika.
6. Gading dan tulang juga digunakan. Tulang dijadikan tempuling atau serampang
(harpoon).
7. Melaksanakan upacara pengebumian. Mayat diwarnakan dengan warna merah
menunjukkan masyarakat percaya dengan kehidupan selepas kematian.

ZAMAN PRASEJARAH AKHIR


(zaman neolitik)
Garis pemisah dalam proses pembinaan sesebuah tamadun.

Ciri-ciri:
1. Penempatan kekal. Membawa perubahan besar; masyarakat mula menternak binatang,
bercucuk tanam serta menenun pakaian. Kewujudan penempatan kekal mendorong
wujudnya perkampungan yang kemudiannya berkembang menjadi bandar.
2. Penggunaan batu yang lebih halus dan diperbuat daripada batuan granit dalam bidang
pertanian contohnya seperti cangkul dan tajak.
3. Penghasilan tembikar yang menggunakan teknologi roda dan relau.
4. Penciptaann bajak dan relau membolehkan kemajuan dalam bidang pertanian dan
pengangkutan.

Rujukan:
Noor Sham Abd Hamid, Adibah Sulaiman, Siti Nor Baya Mat Yaacob, Mohd Fauzi Naim, (2007),
Teks dan Rujukan Lengkap Sejarah Kertas 1 STPM, ​Arah Pendidikan Sdn Bhd, halaman 3-4

You might also like