You are on page 1of 1

Jawatankuasa Penaja,

Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak.


Sekolah Kebangsaan Banggol Katong,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu.
___________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKBK 05/01/01(01)
Tarikh : 21 Disember 2014

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Banggol Katong,
Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK


SEKOLAH KEBANGSAAN BANGGOL KATONG

Perkara di atas dirujuk.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Rosili bin Naser


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, P.U (A)
196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon
untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak, SK Banggol Katong,
Kuala Terengganu mulai 1 Januari 2015.

3. Bersama-sama ini disertakan:

3.1 Draf Perlembagaan.


3.2 Draf Aktiviti Asas.
3.3 Senarai Nama Guru Pemimpin.

4. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara di atas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

( RAHIMAH BT. ABD. GHANI )


Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja,
Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak,
Sekolah Kebangsaan Banggol Katong.

You might also like