You are on page 1of 16

TUGASAN

SEPTEMBER 2013 SEMESTER


KOD KURSUS

EML 411

TAJUK KURSUS

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

HOO SEE LING

NO. MATRIK

E30409130277

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

ABDUL RAHIM BIN JABU

PUSAT PEMBELAJARAN

UUM SIBU

Isi Kandungan
-1-

Muka surat
1.0

Perguruan ialah suatu Profession

1-5

2.0

Cabaran Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR) di sekolah saya : Satu Tinjauan

3.0

Kejayaan sesuatu sekolah sangat bergantung kepada pucuk pemimpin :


Bincangkan secara Kritis

10-13

Rujukan

14

Lampiran

1.0

6-9

Perguruan ialah suatu Profession

-2-

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.


(Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5). Guru
adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem
pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud
yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
Ciri-ciri profesion seperti yang dirujuk dari buku Pendidikan di Malaysia oleh
Mok Soon Sang (1993) adalah sebagai sesuatu perkejaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai automasi bertugas
serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya.
Guru di sekolah merupakan fenomena moden.
pengkhususan dan dibayar gaji.

Guru-guru sekarang berciri

Dalam konteks Malaysia, memandangkan sistem

pendidikan adalah berpusat, gaji guru-guru sekolah awam dibayar oleh kerajaan. Guruguru sekolah swasta pula dibayar oleh majikan masing-masing. Skim perjawatan guru
sekolah Malaysia secara umum dibahagikan kepada dua kategori iaitu guru siswazah dan
guru bukan siswazah.

Bagi sekolah-sekolah kerajaan, seseorang itu hanya diterima

sebagai guru tetap sekiranya mereka mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam
bentuk sijil, diploma ataupun ijazah.

Inilah faktor asas yang membolehkan guru

dianggap sebagai satu profesion.


Bagi Musgrava (1972) tugas yang dianggap profesion ialah yang hanya akan
menggunakan ilmunya untuk faedah pelanggannya.

Sungguhpun begitu untuk

menterjemahkan konsep profesion perguruan dalam satu ayat yang lengkap bukanlah
sesuatu yang mudah dilakukan kerana ianya perlu dijelaskan daripada pelbagai
perspektif. Sesungguhnya tiada suatu definisi khusus yang setara tentang profesion.
Namun terdapat ciri-ciri umum untuk menerima sesuatu pekerjaan sebagai profesion.
Kriteria-kriteria umum yang selalu digunakan untuk menghuraikan sesuatu pekerjaan
sebagai profesion adalah mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang
yang khusus, mempunyai latihan khas, mempunyai kawalan kemasukan seperti
memerlukan lesen khusus untuk mengamal, mempunyai kebebasan untuk mengamal,
mempunyai autonomi untuk membuat keputusan, terdapat kod etika profesion,
merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya,
-3-

keadaan perkhidmatan yang ditetapkan, diiktiraf oleh awam sebagai profesion dan
seringkali dikaitkan dengan ganjaran material.
Adalah guru merupakan suatu profesion merupakan suatu isu yang selalu
dibincangkan.

Penerimaan tugas guru sebagai suatu yang profesional menimbulkan

kontroversi apabila terdapat pro dan kontra mengenainya. Namun berdasarkan kriteria
yang diberikan di atas, elok sekiranya kita masing-masing merenungkan dan
mempertimbangkan sama ada kerjaya guru di Malaysia memenuhi kriteria-kriteria
profesion.
Kita boleh menerima guru sebagai profesion apabila mengaitkannya dengan ciriciri seperti mempunyai kepakaran bidang yang khusu, mempunyai latihan khas,
mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang ditetapkan dan mempunyai autonomi
dalam bilik darjah.

Sebagai suatu profesion, bidang keguruan di Malaysia telah

mempunyai kod etika keguruan yang tersendiri.

Kod Etika Keguruan Malaysia

menggariskan ikrar guru dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka terhadap pelajar, ibu


bapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion perguruan. Di samping itu
sebagai seorang profesional guru-guru mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi,
sosial dan professional.

Antaranya mereka sepatutnya bersifat adil, ramah, tegas,

dedikasi, toleransi, peka, inovatif dan sebagainya.

Guru juga perlu mempunyai

akauntabiliti terhadap perlakuan dirinya, ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran,


pelajar, ibu bapa, bidang pendidikan dan negara.
Di sebalik menerima guru sebagai profesion, terdapat pihak yang mempersoalkan
beberapa perkara misalnya seperti sama ada wujud badan bebas yang mengawal
profesion perguruan, autonomi membuat keputusan guru di luar bilik darjah, lesen untuk
mengamal dan bentuk-bentuk ganjaran material yang diterima oleh guru. Begitu juga
tidak dinafikan profesion guru mempunyai masalah-masalah yang tersendiri dalam
menjalankan fungsinya. Perkara yang sering timbul mengenai fungsi seorang guru ialah
sejauh manakah beliau bebas mengamalkan bidang kepakarannya dengan berkesan?
Jika diteliti sebenarnya punca perbahasan sama ada guru merupakan suatu
profesion atau tidak ialah kerana tabiat membandingkan kerjaya guru dengan kerjayakerjaya lain seperti membandingkan guru dengan peguam, doktor dan jurutera.
Sememangnya kita akan kecewa jika selalu cuba membandingkan profesion guru dengan
-4-

profesion-profesion lain. Kita akan pasti mendapati profesion guru gagal memenuhi
beberapa kriteria profesion yang setara dengan profesion-profesion doktor, peguam dan
jurutera. Fenomena membandingkan profesion guru dengan profesion lain juga berlaku
di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Tozer dan rakan-rakan (1998) misalnya
telah menyenaraikan tiga kekurangan profesion guru jika dibandingkan dengan
profesion-profesion lain iaitu kualiti dan latar belakang kelayakan akademik calon bakal
guru yang selalu dikatakan lebih rendah berbanding profesion lain, kualiti program
latihan pendidikan guru yang tidak seketat program profesion lain dan disebabkan kualiti
kelayakan akademik dan kualiti program latihan yang kurang maka kualiti hasilan guru
juga tidak cekap.
Apabila membicarakan profesion perguruan, kita mesti tidak lari daripada fungsi
dan peranan guru di sekolah. Aspek keberkesanan guru perlulah diambil berat dalam
profesion guru demi mencapai fungsi-fungsi yang dikehendaki oleh masyarakat. Dalam
konteks hari ini seorang guru berkesan mungkin menyentuh tiga ciri unggul peranan guru
iaitu sebagai seorang guru akademik, sebagai guru yang berpusatkan murid dan seorang
guru yang berwawasan. Peranan utama guru di sekolah telah ditetapkan sebagai agen
transmisi ilmu pengetahuan dan nilai sebagaimana yang dijelaskan dalam kurikulum
pendidikan. Guru bukan semata-mata mengajar sesuatu mata pelajaran tetapi mereka
mendidik manusia.

Profesion mendidik adalah berbeza dengan profesion merawat,

profesion membina bangunan mahupun profesion menjatuhkan hukuman di mahkamah.


Guru mendidik para pelajar supaya dapat menyesuaikan diri ke dalam masyarakat.
Justeru dari segi fungsinya guru sudah menjadi profesion sekiranya ia dapat memenuhi
fungsi-fungsi guru sebagaimana yang dikehendaki dan ditentukan oleh masyarakat.
Selain daripada itu harus diingat bahawa keperibadian seseorang mempunyai
kaitan dengan profesionnya. Terdapat hubungan yang rapat antara imej diri dan imej
awam dalam sebarang profesion. Imej diri boleh memberi kesan kepada pandangan
awam dan juga prestij sesuatu pekerjaan. Seseorang guru yang mempunyai keperibadian
yang sesuai akan diterima oleh masyarakat dan seterusnya akan memelihara
profesionnya.

Daripada itu adalah penting bagi setiap guru menunjukkan dan

mengamalkan etika profesionnya di dalam dan di luar sekolah supaya guru diiktiraf
sebagai profesional. Selain daripada menjaga nama baik guru dan sekolah, pemeliharaan
-5-

imej profesion juga akan mempengaruhi generasi akan datang dalam memilih kerjaya
perguruan. Apabila ramai yang memilih kerjaya guru, tentu sekali imej profesion dengan
sendirinya menerima pengiktirafan.
Kini, zaman semakin mencabar.

Bebanan guru makin besar yang menuntut

kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat.

Kalau dulu guru sering diagung-

agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan
masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar
sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar
yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang
tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar
bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari
kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam
mendidik anak-anak.
Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk
lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,
selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji.

Namun begitu, kebanyakan ibu bapa

mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik


menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih
dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan
pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum
pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.
Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru.

Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai

pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan
guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah
cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi
pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir
secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu
guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam
-6-

bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari
yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak
pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing
pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.
Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri
pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah
negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil
sumbangan kerjaya keguruan.

Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja

negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat
dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas
daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan
kedaerahan.
Secara keseluruhannya

dapat

disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu

mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang


warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti
yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion
keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan
keburukan

samada kepada pelajar, masyarakat, negara dan nama baik profesion

perguruan.

Lantaran itu, Kementerian perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk

menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat
guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan penuh komitmen.

2.0

Cabaran Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di


sekolah saya : Satu Tinjauan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan
semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. .
-7-

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan


dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard
Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia
diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.
Hasil temu bual 2 orang guru sekolah yang berkaitan penguasaan 4M berdasarkan
KSSR tetapi guru-guru masih lagi kabur dan kurang jelas tentang perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan dan fokus utama di dalam KSSR ini. Selain itu, guru masih
kurang jelas tentang konsep menaakul walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengadakan kursus kepada guru-guru sekolah yang akan mengajar tahun
satu yang merupakan kohort pertama yang mengikuti KSSR.
Dapatan ini menunjukkan kursus yang diberi kurang berkesan dalam
memfokuskan guru-guru tentang perubahan penting yang perlu diberi perhatian oleh
guru-guru. Kemungkinan juga disebabkan oleh kecairan maklumat kerana bukan semua
guru yang terlibat telah menghadiri kursus tersebut. Setiap sekolah hanya diwakili oleh
seorang guru dan guru tersebut perlu menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada
guru-guru lain di sekolah mereka yang mengajar tahun satu. Oleh itu, pihak sekolah
perlu memastikan guru yang menghadiri kursus tersebut perlu memberi kursus dalaman
kepada semua guru yang akan mengajar tahun satu. Hal ini penting dalam usaha untuk
mengelakkan berlakunya ketidaksampaian maklumat dan semua guru menerima
maklumat yang sama.
Dapatan temu bual juga menunjukkan semua guru tidak pasti apakah kaedah dan
pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses P&P dalam usaha untuk
-8-

menerapkan dan meningkat kemahiran murid-murid. Dalam KSSR terdapat perubahan


dari segi peruntukan masa P&P untuk mata pelajaran sains di mana peruntukan 3 waktu
seminggu telah dikurangkan kepada 2 waktu 6 seminggu. Mata pelajaran Sains di dalam
KSSR ini dikenali sebagai Dunia Sains dan Teknologi di mana terdapat elemen
penggunaan teknologi yang perlu diajar kepada murid ketika waktu Sains setiap 2
minggu sekali.
Kebanyakan guru menyatakan peruntukan 2 waktu seminggu tidak mencukupi
dan sukar untuk guru melaksanakan kesemua aktiviti Sains yang dirancang. Guru juga
menghadapi kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
Dengan ini, satu cadangan iaitu peruntukan masa bagi mata pelajaran Sains perlu
ditambah dalam usaha menghasilkan P&P yang lebih baik dan berkesan. Banyak kajian
telah membuktikan pengajaran sains mestilah melibatkan hands-on dan mind-on
dalam usaha memudahkan murid memahami sesuatu konsep sains. Dengan peruntukan
masa hanya 2 waktu atau 60 minit seminggu adalah sukar bagi guru melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan berkesan dan menghabiskan sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan terutama dalam usaha untuk menerapkan kemahiran menaakul
dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pada pandangan pengkaji anjakan paradigma dalam sistem pendidikan
adalah berkaitan dengan amalan dan pendekatan pengajaran guru yang memerlukan beberapa
perubahan. Paul (1990) berpendapat bahawa pendekatan deduktif menjadi satu halangan
bagi membentuk pelajar berfikiran kritis. Menurut Paul, pengajaran deduktif bercirikan (1)
syarahan dan latih tubi, (2) hafalan dan luahan balik maklumat oleh murid, (3) tiada usaha ke
arah mengintegrasikan pengalaman informal dengan apa yang dipelajari, (4) tiada rangsangan
melalui proses penyoalan, (5) tiada ruang untuk murid menolak atau meragui maklumat dan
(6) pengajaran terlalu cepat kerana guru perlu menghabiskan kurikulum yang padat untuk
membolehkan penilaian dilaksanakan. Ciri-ciri pengajaran begini tidak menggalakkan dan
menyemarakkan kegiatan akal yang menarik dan membina kekuatan daya fikir murid. Oleh
itu guru-guru perlu diberi pendedahan dari segi perubahan strategi-strategi pengajaran yang
terkini yang dapat meningkatkan kemahiran menaakul agar perubahan dapat dilaksanakan
oleh guru-guru di sekolah.

Guru yang ditemu bual juga berpendapat bahawa pentaksiran berasaskan sekolah
ialah membebankan guru-guru di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan
-9-

dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band
murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah,
maka hal ini akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan
sahaja memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang
ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu, hal ini
juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-guru tentang
beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di sekolah,
guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru
tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan sekolah ini
amat membebankan guru-guru.
Tambahan pula, pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan
penggunaan ICT. Semua guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain broadband
untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran
berasaskan sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod
band-band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain.
Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula dari
awal dan menekan butang next sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal ini amat
menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur lebar
yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan
akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah
yang lebih cepat dan maju.
Dapatan dari kajian ini menunjukkan perubahan dalam sistem pendidikan
merupakan satu perubahan yang holistik melibatkan pelbagai aspek iaitu melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum. Hal ini secara langsung menunjukkan
terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011
dari aspek pedagogi, peruntukan masa dan kaedah pentaksiran. Seharusnya perubahan
dalam sistem pendidikan mestilah selari dengan perubahan pedagogi guru di sekolah.
Dalam usaha mencapai objektif KSSR yang memfokuskan penguasaan kemahiran
menaakul pendekatan berpusatkan guru tidak lagi.
- 10 -

Tinjauan awal ini merupakan satu usaha ke arah menerokai kajian yang lebih
komprehensif untuk meletakkan satu asas atau garis panduan bagi melaksana dan
mempertingkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan pendidik dan pelajar seperti
yang disasarkan oleh pembentukan KSSR oleh KPM.

3.0

Kejayaan sesuatu sekolah sangat bergantung kepada pucuk pemimpin :


Bincangkan secara kritis
Sekolah merupakan suatu institusi sosial format moden. Sebagai sebuah institusi

sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi
moden seperti yang dinyatakan oleh Weber.

Sekolah juga sering dirujuk sebagai

organisasi formal. Antara perkara-perkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah


wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, manual organisasi, deskripsi tugas,
- 11 -

memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain. Formalisasi
mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Kelebihannya adalah seperti mempunyai
dasar-dasar yang jelas, keselamatan, kepastian, kecekapan, kepantasan, kawalan dan
keadilan. Kelemahannya pula ialah seperti ia boleh mengurangkan inisiatif, menghalang
perubahan atau inovasi dan kongkongan.
Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri.
Dalam situasi sekolah, mereka yang memimpin organisasi sekolah adalah pengetua atau
guru besar. Pengetua secara khusus bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan
am dan para pelajar. Pengetua juga bertanggungjawab terhadap hubungan dengan luar
sekolah seperti dengan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, para penjaga,
masyarakat setempat, pihak polis dan sebagainya. Di samping itu, penting bagi kita
untuk melihat bahawa kepimpinan sekolah tidak terbatas kepada pengetua semata-mata.
Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat
paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru berperanan sebagai
pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab
dan sebagainya.
Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi
orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Organisasi
yang berjaya dapat dibezakan dengan organisasi yang tidak berjaya bergantung kepada
gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung pada
kepimpinan yang berwibawa Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang
cemerlang (Abd. Karim 1989).

Atan Long dalam kajiannya pada 1991 mendapati

sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik adalah
dipimpin oleh pengetua yang berkesan.
Kepimpinan merupakan suatu aktiviti yang kompleks dan telah didefinisikan
dengan berbagai-bagai cara.

Walau bagaimanapun selalunya kepimpinan akan

melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Dalam sosiologi
ditegaskan bahawa tiada hubungan antara trait-trait personal dengan kepimpinan.
Maksudnya sifat-sifat kurus, gemuk, rendah atau tinggi tidak boleh dihubungkan dengan
gaya kepimpinan. Di sekolah misalnya, kita tidak boleh menilai kepimpinan seseorang
pengetua dengan melihat rupa paras, ketegapan susuk tubuh atau ketinggiannya. Apa
- 12 -

yang diutamakan ialah meneliti ciri-ciri interaksi sosial mereka dalam memimpin
organisasi sekolah.

Pada kebiasaannya gaya interaksi kepimpinan di sekolah boleh

dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gaya-gaya kepimpinan birokratik, demokratik,


laissez-faire dan gaya kepimpinan kontingensi atau mengikut situasi.
Terdapat beberapa mekanisme yang ditekankan oleh kepimpinan berbentuk
autokratik. Mekanisme-mekanisme berkenaan ialah pentadbiran yang berbentuk hirarki,
komunikasi satu hala, arahan-arahan serta peraturan-peraturan bertulis, plan serta
penjadualan dan penyeliaan. Gaya kepimpinan autokratik mempunyai bentuk hubungan
sehala antara pemimpin dan yang dipimpin. Arahan-arahan datang daripada peringkat
atas ke bawah. Pada umumnya semua arahan pengetua perlu diikuti. Pengetua banyak
memberikan arahan-arahan dan segala penentuan dasar, perlaksanaan pentadbiran dan
aktiviti-aktiviti adalah mengikut keputusan beliau. Kepimpinan sekolah yang sebegini
mengharapkan guru-guru sentiasa menurut arahan tanpa banyak soal.

Rancangan-

rancangan pengetua perlu dilaksanakan. Jika ada guru yang mencadangkan pandangan
yang berbeza, ia selalunya diketepikan.

Seseorang pemimpin autokratik akan

menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Keseluruhannya
pemimpin sebegini akan menghasilkan mereka yang patuh dan mungkin tidak
menggalakkan perkembangan idea.
Gaya kepimpinan demokratik lebih liberal berbanding dengan gaya kepimpinan
birokratik. Seorang pegetua yang demokratik akan banyak berbincang, menerima dan
member pandangan.

Pada asasnya sesuatu keputusan dicapai bersama atas dasar

persetujuan majoriti. Kepimpinan jenis ini menggalakkan percambahan minda apabila


yang dipimpin mempunyai peluang memberikan idea-idea mereka. Guru-guru mungkin
berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian oleh pihak pengurusan
sekolah.
Sementara itu, gaya kepimpinan laissez-faire adalah bertentangan dengan gaya
kepimpinan autokratik.

Kepimpinan jenis ini banyak memberikan kebebasan,

mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Ia kurang


mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perlaksanaan. Pengetua lebih berperanan
sebagai pemerhati senyap dan membiarkan guru-guru menjalankan aktiviti mengikut
inisiatif masing-masing.

Pandangan-pandangan guru diterima tanpa banyak soal.


- 13 -

Kepimpinan jenis ini mempunyai kesan positif dan kesan negatif tersendiri. Dalam
keadaan tertentu kepimpinan laissez-faire boleh jadi positif apabila misalnya aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh pihak bawahan memang baik dan mendatangkan faedah
kepada sekolah. Namun dalam keadaan lain ia mungkin tidak sesuai terutamanya jika
mereka yang diamanahkan mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan.
Satu lagi kecenderungan memimpin ialah menyesuaikan gaya kepimpinan
mengikut keperluan atau mengikut keadaan. Dengan kata lain tidak ada cara memimpin
yang berkesan dalam semua situasi. Kepimpinan kontingensi berpendapat bahawa tiada
car khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi
sekolah. Oleh itu kepimpinan perlu berdasarkan penganalisaan terhadap kepentingan dan
keperluan-keperluan mengikut sesuatu keadaan.

Gaya kepimpinan adalah berubah

mengikut situasi dan mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi,


orang-orang yang terlibat dan sebagainya.
Dalam analisis kepimpinan, punca-punca masalah selalunya adalah berkaitan
dengan interaksi pihak atasan dengan pihak bawahan. Pihak-pihak berkenaan mungkin
mempunyai interpretasi yang berbeza mengenai organisasi mereka. Maka faktor interaksi
perlu diambil kira untuk menjalankan pengurusan yan berkesan. Seseorang pemimpin
tidak akan mudah mencapai matlamat organisasinya tanpa kerjasama yang baik daripada
pengikut-pengikutnya. Sebaik-baiknya pemimpin dan yang dipimpin saling melayan
antara satu sama lain.
Sebagaimana yang dinyatakan, tiap-tiap guru mempunyai peranan sebagai
pemimpin sekurang-kurangnya sebagai pemimpin pedagogi dalam bilik darjah. Banyak
pendapat mengatakan bahawa cara kepimpinan yang baik adalah yang berpusatkan
pelajar di mana guru sepatutnya menjaga kebajikan pelajar untuk diselaraskan dengan
matlamat sekolah. Adalah juga penting bagi menyesuaikan kehendak-kehendak guru
dengan kehendak-kehendak pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu,
guru-guru perlu bertindak dengan gaya kepimpinan yang sesuai dengan situasi pelajarpelajar mereka.

Ringkasnya kepimpinan yang sesuai akan dapat mendatangkan

kerjasama yang lebih baik dalam mencapai matlamat-matlamat sekolah dan bilik darjah.

- 14 -

Rujukan
Abdul Rahin bin Hamdan,Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Jamaluddin Bin Ramli, dan
Rosliza Binti Hamzah.Universiti Teknologi Malaysia:Persepsi Guru Terhadap
Profesion Perguruan Masa Kini.
Abu

Bakar

Nordin

dan

Ikhsan

Othman.(2003).Falsafah

Pendidikan

dan

Kurikulum.Tanjong Malim:Quantum Books.


Ibrahim Bin Ahmad.Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia:Profesion
keguruan Pilihan Terakhir:Suatu Tinjauan.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.(2004).Pedagogi Asas
Pendidikan.Kuala Lumpur:Affluent Master Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.
- 15 -

M.Khata

Jabor,Zaipah

Binti

Ismail.Fakulti

Pendidikan,

Universiti

Teknologi

Malaysia:Kepimpinan Berkesan dalam Kalangan Pengetua di Sekolah Adalah


Penentu Pendidikan Abad ke 21.
Mohd. Majid Konting.(1990).Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi Keempat).Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.
Mok Soon Sang.(2005).Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).Multimedia Resources
Sdn.Bhd.

- 16 -

You might also like