You are on page 1of 42

ETIKA PROFESIONAL

GURU
E T I K A K E R J A K E M E N T E R I A N P E NDIDIKAN
M A L AY S I A
KO D E T I K A G U R U
A K A U N TA B I L I TI G U R U
ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL OLEH GURU
ETIKA PAKAIAN GURU
Apakah maksud etika?
Menurut Kamus Dewan
/étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan
santun dsb) yg menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.

Berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa


maksud norma-norma, nilai- nilai,kaedah-kaedah dan
ukuran bagi tingkah laku manusia.
Apakah maksud etika keguruan?
Suatu nilai atau panduan yang harus dipatuhi oleh para guru dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar berdasarkan apa
yang tertera dalam“Tatasusila Profesyen Keguruan” (KPM) iaitu:
“Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan
ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, menyedari
betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
rukunegara.”
Apakah maksud profesion?
Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang
penting.

Profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri


seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan
ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
masyarakat, menikmati autonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan.
Apakah maksud guru yang professional?
Guru yang profesional haruslah
berilmu, berkemahiran dan berketerampilan
dalam :
• Pengetahuan (content knowledge),
• Pengetahuan pedagogi
• Mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.
Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras dengan
amalan
profesional guru termasuklah:
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan
teori. Kaya dengan ilmu.
Bertindak atas landasan etika dan
tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran.
Etika Kerja KPM
Kenapa etika kerja KPM ini diwujudkan?
Etika Kerja KPM telah diterbitkan pada tahun 2003 untuk
memastikan warganya mempunyai sifat-sifat luhur,
bertanggungjawab dan tahap profesfionalisme yang tinggi
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawb masing-
masing.
Etika Kerja KPM
Tiga objektif utama:
1. untuk menanam sikap positif dan menghapuskan sikap
negatif dalam melaksanakan tugas- tugas yang diamanahkan
bagi meningkatkan kualiti kerja
2. untuk meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan
organisasi
3. untuk memberikan sumbangan positif yang berterusan
kepada negara
Etika Kerja KPM perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan kepada lima (5) prinsip dan tujuh
(7) nilai utama.
Niat yang
betul

Berdisiplin Perlakuan
dan yang
beradab baik
5 Prinsip

Memperkotaka Penggerak ke
n apa yang arah
dikata kebaikan
Niat yang betul
• Memenuhi kehendak Falsafah Pelajaran Kebangsaan (FPK),
misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan
Malaysia.

• Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan


negara

• Memberikan sumbangan bermutu

• Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan


Perlakuan yang baik
• Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan
perbuatan yang terbaik sepanjang masa

• Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, di


samping memberikan kepuasan kepada pelanggan

• Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil


usaha organisasi.
Penggerak ke arah kebaikan
• Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju,
berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan
kebaikan

• Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan


ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh
menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat

• Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.


Memperkota apa yang dikata
• Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan,
pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri
atau orang lain

• Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan

• Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam


pelanggan
Berdisiplin dan beradab
• Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang
terdapat dalam ajaran agama

• Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan


perkhidmatan

• Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah


yang sesuai dan betul.
Amanah

Penyayang Bena
r

7
Nilai
Ikhla Bijaksana
s utam
a

Dedikasi Bersyukur
Amanah
• Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan

• Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja


dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat
untuk urusan peribadi

• Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya

• Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan


kuasa.
Benar
• Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong
dan mungkir janji

• Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tetap


dan tidak mengelirukan

• Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk


kejayaan bersama
Bijaksana
Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan
kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan
cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah

Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan


yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah
tanpa mengikut perasaan dan emosi

Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan


profesionalisme.
Bersyukur
Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa
menganggap kejayaan sebagai hak

Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa


sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah

Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan


dan ujian serta tidak boleh putus asa

Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang


diterima dan kemudahan yang disediakan.
Dedikasi
• Bekerja tanpa rasa jemu serta bersedia untuk menerima tugas dengan
tidak mencari helah

• Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan

• Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan
memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti

• Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria,


tidak cuai atau merungut
Ikhlas
• Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak
berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab

• Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi,


bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang
lain

• Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau


kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih

• Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang
terbuka
Penyayang
Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam,
sombong dan suka meninggi diri

Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat


dalam melaksanakan tugas

Menjadikan organisasi sebagi sebuah keluarga besar


yang penuh kemesraan
Kod Etika Guru dan
Akauntabiliti
Kenapa perlu ada Kod Etika Guru?
Menurut Kementerian Pelajaran, guru merupakan orang yang
berada di garisan hadapan pembangunan negara.
Setiap inci pada tubuh guru, gerakan guru, tutur kata dan
tindakannya sentiasa menjadi perhatian dan ikutan kepada
pelajarnya.
Pada pandangan para pelajarnya, guru adalah orang sentiasa
benar dan betul.
Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul maka KPM telah
menggubal beberapa Kod Etika Profesion Keguruan
Apakah maksud akauntabiliti?
Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab
kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan serta bersedia memberikan
penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah


tanggungjawab guru terhadap profesionnya.
Tanggungjawa
Tanggungjawa
bterhadap
b terhadap diri
profesion sendiri
keguruan

Tanggungjawa Tanggungjawa
Kod Etika b terhadap b terhadap
Guru rakan sejawat pelajar
-Akauntabiliti-

Tanggungjawa
Tanggungjawa
b terhadap
b terhadap ibu
masyarakat
bapa
dan negara
Tanggungjawab kepada diri sendiri
Sentiasa memperbaiki diri dalam bidang:

Content knowledge
Ilmu pedagogi
Leadership
Ilmu Abad 21
Ilmu Education 4.0
Tanggungjawab kepada pelajar
• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar

• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit pelajar

• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar tanpa


sebarang bayaran

• Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan


tingkahlaku yang dapat meberikan contoh yang baik kepada
pelajar
Tanggungjawab kepada ibu bapa
• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan ibu
bapa
• Menganggap semua maklumat mengenai anak mereka
sebagai sulit
• Memberikan maklumat tentang kemajuan anak-anak mereka
dengan jujur
• Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa pelajar
• Perlu beradab ketika berbicara dengan ibu bapa
Tanggungjawab kepada masyarakat dan
negara
• Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun
yang bertentangan dengan Rukunegara.

• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan


ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

• Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,


kebudayaan, dan kecendikiawanan masyarakat.

• Tidak menjejaskan imej negara


Etika Pakaian Guru
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertajuk Peraturan Pakaian Guru
Guru Lelaki
i - Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau
'bush-jacket' atau 'lounge suit'. Jika berlengan panjang, tangan baju itu
hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

ii - Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

iii - Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju
yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar
panjang.

iv. Pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan.


Guru Wanita
i - Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan
lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.

ii - Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang


mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang
ditetapkan.

iii - Kasut sukan, 'jeans', 'slacks', 'track suit', kemeja T/sukan,


jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka
serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok
mata, tidak boleh dipakai.
Etika Penggunaan
Media Sosial Oleh
Guru
G A RI S PA N D UA N N I L A I D A N E T I K A P E N G G UN A A N M E D I
A SOSIAL BAGI
G URU D A N M URI D
K E M E N T E RI A N P E N D I D I K A N M A L AY S I A 2 0 1 7
Apa yang dibolehkan
Pengajaran &

Pembelajara
n

TUJUAN

Sebar
Komunikasi
luas
maklumat
Apa yang tidak
dibenarkan
M ENDEDA
H
M AKLUM A
T RASMI
KPM

LARANGAN

MEMBERI
KOMEN
M ENJEJASKA
NEGATIF
N IMEJ MENGENAI
KPM DASAR
KPM
RUJUKAN
1.http://ipgkpt.edu.my/kdc%20interim/2017/modul/Tajuk%204EtikaGuru.pdf
2.http://eprints.usm.my/33834/1/NILAI_DAN_ETIKA.pdf
3.https://www.moe.gov.my/images/pemberitahuan/standard%20guru%20malaysia%20-
%202009.pdf
4.https://www.researchgate.net/profile/Alis_Puteh/publication/314282515_Model_AKRAM_M
5.
https://www.researchgate.net/profile/Muhammad_Shamsul_Naim_Mohd_Sukri/publication/26
0187046_Modul_Pembelajaran_IPG_EDU3108/links

6. https://pkgkalumpang2.files.wordpress.com/2010/03/etikakerja.pdf

7. https://www.rtm.gov.my/pengguna/warga-rtm/etika-pemakaian-penjawat-awam

You might also like