You are on page 1of 11

Kod Etika Profesion

Keguruan Malaysia
Definisi

• Etika ialah suatu sistem tingkah laku bagi suatu kumpulan


manusia atau organisasi.
TanggungJawab Terhadap Murid

• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami


daripada hal-hal lain.
• Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi ,sosial ,
keturunan atau agama.
• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
• Membimbing atau mengajar seorang murid dalam darjah
sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik
darjah tanpa sebarang bayaran.
• Menunjukkan suatu cara berpakaian,pertuturan dan tingkah
laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.
• Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengajian , penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas,persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Ibubapa

• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-


anak mereka.
• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka,dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab terhadap
Masyarakat dan Negara
• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
negara,ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna ,
menghormati orang yang lebih tua dan menghormati
perbezaan budaya, keturunan dan agama.
Tanggung Jawab Terhadap Rakan
Sejawat dan Profesional Keguruan
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
• guru di hadapan murid atau ibu bapa,atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru
• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan
tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh
• dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami
terutamanyamereka yang baru menceburkan diri dalam
profesion perguruan.
• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan
Kesimpulan

• Etika adalah suatu sistem tindakan atau peri laku, suatu


prinsip moral,atau suatu standard tentang yang benar dan
salah.
• Profesion suatu pekerjaan memerlukan pengetahuan, kursus
dan akademik yang tinggi.
• Guru harus mampu melaksanakan tugasnya secara
profesional
Sekian Terima Kasih

You might also like