You are on page 1of 1

9+ 9+ 4

Reiki Malaysia - Assalamualaikum, hari ini s…

Reiki Malaysia
Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi rahsia
pengiraan tarikh lahir metafizik peringkat asas kepada
semua. Sila share jika mahu.

CARA PENGIRAAN TARIKH LAHIR METAFIZIK


======================================

Contohnya :
18 Disember 2004 bersamaan dalam angka 18/12/2004

Pengiraannya seperti berikut:

(A+B) + (C+D) , (E+F) + (G+H)


=(I)+(J),(K)+(L)
=(M)+(N)
=(O)

(1+8) + (1+2) , (2+0) + (0+4) ;


=(9)+(3),(2)+(4)
= ( 9+3 = 12 = (1+2) = 3, (2) + (4) = 6
= ( 3) + (6) = 9
= (9) ini adalah nombor asas / akar (root number) bagi
tarikh lahir di atas.. iaitu nombor 9.

Atau kaedah alternatif, cara mudah jika untuk dapatkan


no asas SAHAJA.

18+12+20+04 = 54
5+4=9
9 = no asas

Keputusannya:
No asas anda ialah 9
(Rujuk penerangan personaliti dibawah)

===========================
PENERANGAN PERSONALITI
===========================

=================
NOMBOR ASAS 1
=================

Element: Besi

Kekuatan: Sendiri

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya


tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan,
mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya
mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan
mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu
pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan
perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan
kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki


hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana
individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang
besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan
kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah


untuk menerima pandangan atau komen daripada orang
lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai


bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Selebriti dan tokoh: Arsene Wenger, Tom Hanks dan


Hulk Hogan.

Bidang Diceburi:
Anda adalah seorang pemimpin. Mempunyai kekuatan
diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam
melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan
kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi
pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan
sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-
cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka
bebas.

Ceburilah bidang yang anda minati dan akan


membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah
milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu yang anda minati.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi


pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan
kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang
berdiplomasi.

Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia


dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak
mudah menerima kritikan.

Pekerjaan / Perniagaan:
Jika nak berbisnes, pastikan ia your own bisnes anda,
product anda, kedai anda, kiosk anda. Andalah boss,
dan kena jadi pekerja. Segala kejayaan bisnes terletak
atas bahu anda. Jika anda let it go pada pekerja atau
orang lain, sale anda pasti jatuh.

Perniagaan unsur kayu seperti buku, perabot,


pembalakan, produk kulit

Elemen tanah seperti agen hartanah

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : Kayu
Level 2 : Tanah
Level 3 : Logam

=================
NOMBOR ASAS 2
=================

Elemen: Air

Kekuatan: Suara

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki


personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan
selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat
suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik
hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan
keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan
yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan,
individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha
untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik
mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan
berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai
seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk


memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan
kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang
sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada
hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang
sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar
nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat
tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi
sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan
orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam
kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain
sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri
sendiri.

Selebriti: Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda
dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan
salah satu daripadanya.

Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang


bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri.
Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan
yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus.
Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati
membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai
apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi
dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah
bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda
halatuju dan arahan.

Keburukan nda tidak mempercayai kebolehan sendiri.


Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan
mudah ”confuse” untuk membuat keputusan.
Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu
mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga
mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Pekerjaan / Perniagaan:
Bisness anda akan maju dengan medium komunikasi,
suara, ceramah, nyanyian, perhubungan awam,
marketing, PA, perunding, Juruhebah, Dejay, Artis, Guru,
Pensyarah

Produk berasaskan air seperti produk kecantikan,


supplimen, cecair, spa dan mandian..

Anda kena banyak bercerita, tak perlu jadi bos. Hanya


ambil produk orang dan pasarkan. Promosi dalam
bentuk perkongsian dan bersahaja, apa jua produk
kecantikan.

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : API
Level 2 : LOGAM
Level 3 : AIR

=================
NOMBOR ASAS 3
=================

Elemen: Api

Kekuatan: Aktif

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba


boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan
jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu
membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik.
Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi
untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-
sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap
sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang


penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting
atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu
perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal
dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan
yang digunakan semasa bercakap kerana individu
dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang
lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan
dengan orang lain.

Selebriti / Tokoh: Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan


Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huraian:
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-
rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu
simbol kepada manusia yang mempunyai anggota
badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian,
kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun
temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial,
mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah
bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh
digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan
lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan
anda terhadap sesuatu.

Anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan


sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas
tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain
terganggu.

Pekerjaan / Perniagaan:
Sesuai terlibat dalam perniagaan berkaitan sukan,
aktiviti lasak, engineering, kimpalan dan besi, peralatan
besi, sukan, main pedang, spare parts..

Juga bidang masakan, oil dan gas, restoran dan


perniagaan berkaitan api dan besi.

Juga perkhidmatan seperti pengangkutan, caravan.

Anda tidak sesuai biz produk kecantikan dan bidang


eletrikal.

Fashion boleh.

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : LOGAM
Level 2 : KAYU
Level 3 : API

=================
NOMBOR ASAS 4
=================

Elemen: Kayu

Kekuatan: Rancang / Ilmu

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan


tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan
satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh
berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh
dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan
memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan
mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan
mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah


meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan
berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah
mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah
tangga.

Selebriti / Tokoh: Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret


Thatcher.

Ringkasan:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu
membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang
kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”.
Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa.
Mengambil berat kepada butiran terperinci.

Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja


keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan
tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai
sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam
sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.

Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.

Anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu,


amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa
menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik
beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat
secara keseluruhan sesuatu perkara.

Perlu mengambil kira pandangan orang lain dan


berterus terang dalam sesuatu perkara itu.

Pekerjaan / Perniagaan:
Seorang yang mahir dalam bab ilmu. Perniagaan atau
pekerjaan dalam bidang kepakaran, research, rnd,
kajian, sesuai jadi profesor, guru

Pernigaan brkaitan ilmu, menjual buku, alatulis,


kesenian, percetakan

Juga uruskn orang untuk kursus. Terlibat dalam event


keilmuan, ceramah, seminar, kursus..

Bentuk team consultation or fasilitator.

Juga boleh buat biz eletrikal seperti wiyering dan


pendawaian

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : TANAH
Level 2 : AIR
Level 3 : KAYU

=================
NOMBOR ASAS 5
=================

Elemen: Tanah

Kekuatan: Pencarian / Perubahan

Pro: Memiliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka


mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru.
Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan
memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus
terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan
untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik,
tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-
angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang
sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan
satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya


ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet
biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang
dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam
menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti: Britney Spears, Ronaldo, Abraham


Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian :
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat
kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan.
Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan
mengikut cara yang luar dari kebiasaan.

Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja


dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan
akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia
ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre
of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual
minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala,
emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai
perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan
terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan
tidak tetap dalam melakukan sesuatu.

Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak


cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan
teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan
sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara
ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati
oleh semua orang.

Pekerjaan / Perniagaan:
Seorang yang cepat bosan dan sering menghadapi
tekanan bila melakukan sesuatu dalam tempoh yang
lama. Sesuatu bekerja jenis kontrak.

Pernigaaannya tak boleh sesuatu dalam tempoh masa


yang lama..

Bagus buat marketing, duta, promoter, motivator dan


ubah orang atau ubah company.

Rebranding orang atau company or institusi. Ambil


sesuatu benda yang sudah ada dan kembangkan.

Anda adalah agen perubahan. Perlu jumpa orang lain


dan pergi ke tempat lain setiap hari.

Jadi agen: Contoh 3 bulan agen biz ini..3 bulan agen biz
lain..3bulan lagi compny lain..

Jadi perubahan, motivator, consultant, buat projek


jangka masa pendek, kontrak, jaga site, kerja gerak sana
sini,

Anda tidak boleh jadi pemula sesuatu benda..tetapi


pencetus sebuah idea penambahbaikan produk macam
rebranding. Elakkan buat produk sendiri.

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : AIR
Level 2 : API
Level 3 : TANAH

=================
NOMBOR ASAS 6
=================

Elemen: Besi

Kekuatan: Wang

Pro:
Nombor terus hidup atau wujud.
Mempunyai perjuangan dalam kehidupan.

Seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan


selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam
kehidupannya.
Mudah hidup senang atau mewah dan juga
merupakan seseorang yang mengawal harta benda
dan kekayaan.

Berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang


seni dan bidang keagamaan.
Popular dalam masyarakat .
Sangat mengambil berat dan
menjaga kebajikan orang-orang bawahannya.
Suka membantu orang lain dan selalu menjadi
pendamai.

Kontra:
Individu dengan nombor 6 suka berbangga
dan tidak akan mengambil kerja mudah.
Seorang yang mahukan kesempurnaan dalam
melakukan sesuatu perkara.

Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan


tidak mudah menerima cakap atau
arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya.

Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan


ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut
yang diperlukan untuk menyempurnakan
sesuatu perkara yang lain.

Tokoh:
Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak
Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak
Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan
Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan
Fizik).

Huraian:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk
mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk
adjust dalam setiap perkara.

Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana


anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk
melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai
persefahaman atau perdamaian.

Cinta merupakan kekuatan anda,


anda adalah seorang yang mementingkan keadilan
dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan
titik tolak untuk kebahagiaan anda.
Paling produktif, berorientasikan keluarga dan
keluarga yang hadir selepas perkahwinan
seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor 6 mewakili kesenangan atau kekayaan.
Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu
secara lewa.

Keburukan anda adalah seorang yang degil,


suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan
membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam
melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada
benefit ataupun kepentingan.

Pekerjaan / Perniagaan:
Seorg yang suka cantik, melawa, melaram, cantik
original dari kecil, Perniagaan melibatkan dressup,
fashion, pakaian, trending, up to date.
Bidang profesional, firma, perundingan,uruskan
pengurusan,design, fashion,akauntan, banking,
Jurumekap,Wedding planner, Photoghraper.
Perniagaan kaya raya seperti saham, emas, benda yang
gah, mewah, nampak kaya, perniagaan besar pasal duit.

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : Kayu
Level 2 : Tanah
Level 3 : Logam

=================
NOMBOR ASAS 7
=================

Elemen: Air

Kekuatan: Kawan

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat


teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu
dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada
orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-
sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu
ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir.
Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian
orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau
melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan
dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran,
populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka


berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian.
Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka
berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan
dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti
persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar.
Sering menganggap semua orang adalah sama.
Mendekati orang-orang tertentu kerana ada
kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam
jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka
menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada
keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Tokoh: Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea),


Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian :
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” .
Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung
untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik
sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui
sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”.
Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan
ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang
hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar
untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat
membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk
mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Keburukan anda adalah seorang yang “sensitif”,


“berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu
imej anda secara luaran. Orang menganggap anda
adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold)
dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk
menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda
boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood
yang salah.

Perniagaan / Pekerjaan:
Seorang yang suka berkawan. Pernigaan yang sesuai
adalah networking, MLM, Ketua masyrakat, uruskan
masyarakat, ngo, yayasan, sekolah, persatuan, gruop,
kelas, seminar.

Perniagaan melibatkan orang, servis masyarakat seperti


pusat carwash, dialisis, urutan, reflexology.

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : API
Level 2 : LOGAM
Level 3 : AIR

=================
NOMBOR ASAS 8
=================

Elemen: Api

Kekuatan: Tanggungjawap / Tekanan


Elemen: Api

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan


ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8
mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif.
Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang
boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak
akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak


atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat
secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat
berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah
kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-
perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti
hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah
jatuh ke jurang kegagalan.

Selebriti: Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola


sepak Liverpool).

Huraian :
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan
dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan,
projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan.
Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya
anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat
gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang
yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus
terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara
yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang
yang materialistik.

Disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk


melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu
apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah
untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara
yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Perniagaan / Pekerjaan:
Perniagaan berkaitan uruskan import eksport, kilang,
firma, transport. Biznes yg melibatkn servis juga,
perkhidmatan, transportation, import export,
perkapalan, kargo

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : LOGAM
Level 2 : KAYU
Level 3 : API

=================
NOMBOR ASAS 9
=================

Elemen: Kayu

Kekuatan: Kejayaan

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka


kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan
sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan
defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain.
Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh
berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja
dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau
khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang


bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki
ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan
kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi
seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap
dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan,
kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan
sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi
cabaran yang sukar.

Selebriti : Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan


Megawati Sukarno.

Huraian :
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda
adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan
cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi
dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam
dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib,
magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh
diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan.
Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa
berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam
membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun
menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.

Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai


sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya
dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang
sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang
depresi ataupun muram.

Keburukan anda mudah berputus asa apabila bertemu


halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda
perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui
pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan
kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Pekerjaan / Perniagaan:
Seorang yang banyak kawan lelaki, pelawak, PR bagus,
penyayang, humanity, Bidang HR, konsultan.

Pernigaan dalam bidang kemasyarakatan, masjid,


institusi rawatan, kaunseling,coaching, kerohanian.
berkebun, perladangan, pengkebumian.

Berkaitan dengan haiwan dan benda hidup..

Dalam kerjaya arts, pelakon, public figure, ketua


masyarakat.

Perniagaan berkaitan dengan merawat,. sakit orang,


bomoh, pawang, dukun, motivator., fengshui, pakar
metafizik, rawatan alternatif, fisiologi, doktor.

Tahap elemen kesesuaian dalam pekerjaan atau


perniagaan untuk terlibat:
Level 1 : TANAH
Level 2 : AIR
Level 3 : KAYU

**NO ASAS SAYA NO 8, ANDA NO BERAPA? CUBA


KOMEN KAT BAWAH

#reikimalaysia
#aurametafizik
#reikimetafizik

www.reiki-malaysia.com
Mobile uploads · 4 Jan 2021 ·

View full size · More options

Like Comment Share

5 shares

Write a comment... Post

Izzah Izzat
Sy juga 8 1

See translation
2 wks Like Reply More

You might also like