You are on page 1of 5

17.

2 Personality through colour

17.2.1 HIJAU – Ingin Tahu

Ciri-ciri umum
Cenderung dan cekap dalam berbagai lapangan, cenderung merekacipta,
cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin
mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan
teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar,
berfalsafah, berperinsip dan berasaskan logik.
MEMPUNYAI PERASAAN INGIN TAHU YANG TINGGI.

Ciri-ciri diri saya


 Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.
 Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.
 Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna,
bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan,
tanggapan dan idea.
 Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak
dan mahir dan panjang akal.
 Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip, jujur dan
mempunyai falsafah serta memerlukan penjelasan dan jawapan.
 Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal.

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya seorang pemikir konsep yang bebas dan bagi saya kerja itu
adalah satu permainan.
 Sering menghadapi cabaran tugas dan suka merekacipta model,
meneroka idea atau membina sistem untuk memenuhi keinginan bagi
menonjolkan pembaharuan.
 Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih
ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan meneruskan
projek terdahulu.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak


 Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran. Fokus saya
ialah kepada perkara-perkara yang paling saya minati iaitu mendapat
pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya.
 Saya tidak sabar dengan kaedah latih tubi atau rutin. Saya mungkin
menyoal guru atau orang lain.
 Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh
belajar sesuatu daripada mereka.
17.2.2 BIRU – Harmoni

Ciri-ciri umum
Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik,
berkebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan
setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira,
penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.
SUKAKAN KEHARMONIAN.

Ciri-ciri diri saya


 Saya mahu merasa unik dan saya seorang yang tulin.
 Saya seorang yang mudah bersimpati, berperibadi dan selalu mencari
makna dalam kehidupan.
 Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani.
 Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.
Bersedia dan sanggup berbicara untuk memberikan penerangan.
 Mesra, taat, menyayangi, baik hati, mudah terasa dan lemah lembut.
 Saya seorang yang suka berkarya, memberi ilham, poeitis, romantis,
bersemangat, gembira dan imaginatif.
 Saya seorang poetis, pengasuh dan individu romantis yang
semulajadi.

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang
lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
 Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan
dan profesion menolong orang lain.
 Saya mahir memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak


 Saya sangat imaginatif dan agak sukar untuk menyesuaikan diri
dalam struktur sekolah.
 Saya mahu pengiktirafan dan tidak sukakan perbalahan atau
penolakan dalam diri saya.
 Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan.
17.2.3 JINGGA/ORANGE – Adventurous

Ciri-ciri umum
Cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat sopan santun, suka
kepada pertandingan, tergopoh gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak
dipengerahuinoleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar
biasa yang merbahaya tetapi menyeronokkan, berani tabah, bertindak
atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tabah dan tidak
takut serta berkemahiran.
BERSIFAT SUKA MENGEMBARA ATAU ADVENTUROUS

Ciri-ciri diri saya


 Saya bertindak secara sepontan, suka berjenaka, pandai dan
menawan.
 Menganggap hidup sebagai satu permainan, cergas, giat dan pandai
menggunakan kesempatan yang ada. Sukakan keseronokan dan
sesuatu yang memberangsangkan.
 Sukakan persaingan, tabah menghadapi sesuatu, tidak gentar,
kadangkala mengambil tindakan tergopoh-gapah tetapi bersemangat
dan tidak boleh menimbulkan kesan yang mendalam.
 Saya seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentimen, berfikiran
terbuka, serta gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu
merbahayakan tetapi menyeronokkan.

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya sering bosan dan gelisah jika mendapat kerja yang berstruktur,
rigid dan mengikut rutin.
 Saya berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat
menggunakan koordinasi fizikal dan alatan.
 Saya seorang performer yang semulajadi.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak


 Saya merasa jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi
kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah.
 Saya belajar dengan membuat dan mengalami, bukannya membaca
atau mendengar.
 Dalam proses pembelajaran, saya perlu penglibatan fizikal dan
dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan ingin
kegembiraan atau keseronokan.
17.2.4 EMAS – Bertanggung Jawab

Ciri-ciri umum
Bersikap keibu bapaan, mengikut adat resam, bertanggung jawab,
praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservertif,
hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian.
SAYA BERTANGGUNG JAWAB.

Ciri-ciri diri saya


 Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa,
saya sangat bertanggung jawab.
 Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia.
 Saya tahu apa yang baik dan yang buruk dalam kehidupan.
 Saya seorang peneliti, bersifat wajar, menghormati masa dan mahu
dianggap sebagai seorang yang berguna.
 Selain setia, saya juga stabil dan ada peraturan dan sistematik.
 Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga.
 Selalu mengambil endah tentang sesuatu, memberi perhatian dan
bersifat konkrit, bersifat keibu bapaan.
 Secara semula jadi, saya suka mengekalkan atau memelihara
sesuatu resam dan penolong.
.

Ciri-ciri saya di tempat kerja


 Saya menjaga kesetabilan dan menyusun atur atau
mengorganisasikan tempat kerja itu.
 Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian
dan sanggup bekerja keras sehingga saya dianggap sebagai tulang
belakang organisasi.
 Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu, baharu bermain,
walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan tugasan
itu.
 Saya kerja mengikut aturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.

Ciri-ciri saya semasa kanak-kanak


 Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan
sekolah.
 Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa dan merasa
swelesa dengan rutin pelajaran.
 Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam sistem
sekolah.

You might also like