You are on page 1of 5

Personaliti menurut Gordon Allport, “Personality – All our behaviour is somewhat shaped by our

personalities, - a dynamic concept describing the growth and development of a person’s whole
psychological system. It is the sum total of ways in which and individual reacts and interacts with
others. Some aggregate whole that is greater than the sum of its parts.”. Ini menjelaskan bahawa
personaliti bermaksud ciri-ciri seseorang individu tertentu dan mempengaruhi tabiat dan ragam
perbuatan seseorang tersebut. Terdapat beberapa pembolehubah yang mempengaruhi tabiat
seseorang juga, seperti persekitaran individu tersebut contohnya, beliau mempunyai gaya hidup yang
sihat sejurusnya akan rajin melakukan senaman dan makan makanan yang seimbang. Pemboleh
ubah yang lain ialah ciri-ciri individu tersendiri seperti kemahiran, nilai moral individu tersebut.
Terdapat interaksi antara personaliti dan situasi yang juga mempengaruhi perbuatan seseorang.
Contohnnya situasi individu di tempat kerja akan berlainan dengan situasi individudi rumah. Boleh
mengambil contoh seorang lelaki bujang, beliau akan sentiasa tegas dan rajin untuk memberi
komitmen tehadap kerjanya, manakala di rumah bersantai dengan aktiviti-aktiviti yang diminatinya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga perbuatan yang sesuai untuk kedua-duanya seperti beliau seorang
yang rajin membersih persekitaran beliau dari kotor dan berhabuk. Kesimpulannya, huraian di atas
merupakan pengenalan ringkas mengenai personaliti seseorang dan berikut merupakan huraian
berkaitan diri saya.

Pada 6/11/2023 saya telah menjawab satu ujian personaliti, iaitu Inventori Personaliti Sidek (IPS).
Berdasarkan ujian tersebut saya berjaya mengenal pasti trait-trait saya. Pertama sekali, trait Agresif,
iaitu saya mendapat skor sebanyak 50%. Saya berada di skala yang sederhana, pentafsirannya
menunjukkan saya adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakkan
hal, saya selalunya menuntut hak saya tetapi dalam masa yang sama, hati dan perasaan orang lain
saya berupaya untuk menjaganya. Bagi pandangan saya, saya amat bersetuju dengan pentafsiran ini
kerana saya mempunyai suatu pegangan bahawa saya tidak akan terasa hati dan senang marah
tentang sesuatu hal. Pegangan ini saya ikut daripada agama Islam dan pengalaman saya. Ketika
saya remaja, saya mempunyai masalah isu marah ataupun dalam bahasa Inggeris, “Anger issues”
yang membuat saya mempunyai perangai yang tidak stabil. Kesannya ramai kawan saya jarakkan diri
mereka dengan saya dan takut untuk berbual dengan saya. Tapi kini saya berupaya untuk mengawal
rasa marah dan tidak mudah terasa hati apabila bergaul dengan kawan-kawan saya. Apabila
berselisih faham saya akan menggunakan kata-kata yang lembut dan tidak kasar seperti mencarut
untuk tidak sakitkan hati mereka.

Seterusnya, trait Analitikal, iaitu saya mendapat skor sebanyak 90%. Saya berada di skor yang tinggi,
pentafsirannya menunjukkan saya adalah seorang yang sensitive kepada persekitaran, suka
menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Saya suka membuat pemerhatian, penyelidikan
dan analisis. Saya amat bersetuju dengan pentafsiran ini, kerana saya memang mementingkan data
dan apa yang sering berlaku keliling persekitaran saya. Contohnya, apabila saya berbual dengan
rakan saya, saya terlebih dahulu meneliti badan mereka untuk tahu samada dia sihat, berpakaian apa
untuk situasi apa, dan perilaku dia macam tengah marah, sedih. Berkaitan dengan data pula, saya
sering mementingkan info dan data ketika membuat kerja atau bermain. Semasa melakukan tugasan
ataupun kerja saya akan suka melayari internet untuk informasi, seperti apabila saya tidak faham
tentang sesuatu istilah ketika kelas, saya akan mencari maksudnye secepat mungkin. Apabila
melibatkan duit, saya akan mengira budjet harian saya kerana saya mempunyai wang saku yang
terhad ketika di universiti.
Yang ketiga, trait Autonomi, iaitu saya mendapat skor sebanyak 100%. Saya berada di skor yang
tinggi, pentafsirannya menunjukkan saya sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan
serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian Saya amat bersutuju dengan
pentafsiran ini, kerana dalam kehidupan seharian saya di universiti, saya merancang aktiviti harian
saya dengan cepat, apabila membuat kerja harian seperti membasuh baju, membersih bilik saya
akan rajin untuk membuat seorang diri daripada ditolong oleh oran lain. Ini mungkin terdidik daripada
saya zaman sekolah berasrama penuh, semua perkara kendiri perlu saya berdikari, hasilnya saya
pandai untuk membasuh baju, menggosok baju, mengemaskan bilik, menjahit dan memasak. Dari
segi aktiviti pula, saya lebih suka untuk menyertai aktiviti secara sukarela berbanding dipaksa atau
disuruh untuk menyertai aktiviti itu, kerana aktiviti itu mungkin menganggu rancangan saya.

Selain itu, trait Bersandar, iaitu saya mendapat skor sebanyak 60%. Saya berada di skor yang
sederhana, pentafsirannya menunjukkan menggambarkan tahap pergantungan saya di tahap
sederhana. Saya hanya bergantung kepada orang lain bagi sesuatu keputusan apabila perlu sahaja.
Saya bersetuju dengan pentafsiran ini kerana, saya menyukai amalan untuk berbincang apabila buntu
dengan tindakan saya seperti hal kerja, tugasan. Apabila melibatkan hal kendiri saya tidak akan
melibatkan orang lain untuk membuat keputusan kerana saya mahu menanggung terhadap tindakan
saya secara sepenuhnya kerana saya lebih suka untuk belajar dari kesilapan dan belajar dari
tindakan saya sekiranya hal tersebut ialah betul.

Antara trait-trait lain, trait Ekstrovert, iaitu saya mendapat skor sebanyak 80%. Saya berada di skor
yang tinggi, pentafsirannya menunjukkan saya adalah individu yang sosial. Saya suka berinteraksi
dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian. Saya setuju
dengan pentafsiran tersebut, dalam itu saya akan bertegur dengan rakan saya supaya saya tidak
berasa bosan. Saya suka untuk bertegur dengan orang baru di tempat kerja atau pesta supaya dapat
mengenali lebih ramai orang dan meluaskan kenalan saya. Saya akan berasa bosan dan
keseorangan sekiranya tidak bertegur dengan kawan-kawan saya.

Di samping itu, trait Intelektual, iaitu saya mendapat skor sebanyak 70%. Saya berada di skor yang
tinggi, pentafsirannya menunjukkan saya suka aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual.
Saya merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang
berulang-ulang. Saya setuju dengan pentafsiran ini, kerana saya sering bermain permainan yang
melibatkan strategi seperti catur. Saya suka untuk memenangi permainan catur atau permainan video
game yang melibatkan strategi seperti Valorant. Jikalau saya kalah dalam permainan tersebut saya
sering menganalisis kesilapan saya supaya saya boleh mempelajari dari kesilapan dan mengasas
skill saya untuk lebih tingkatkan prestasi saya dalam permainan tersebut.

Seterusnya, trait Introvert, iaitu saya mendapat skor sebanyak 50%. Saya berada di skor yang
sederhana, pentafsirannya menunjukkan ciri-ciri sosial saya adalah di tahap sederhana iaitu tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Bagi saya, saya berpendapat bahawa saya selesa apabila
berseorangan pada masa tertentu seperti waktu rehat kerana saya dapat meluangkan masa hanya
membuat aktiviti yang saya suka seperti melakukan hobi saya masa waktu lapang seperti membaca
buku, melukis, menonton video di internet yang saya minat.

Yang kelapan, trait Kepelbagaian, iaitu saya mendapat skor sebanyak 60%.
Saya berada di skor yang sederhana, pentafsirannya menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian saya adalah
di tahap sederhana. Saya berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti baru seperti aktiviti yang betul di
luar bidang dan pengalaman saya tetapi bukan selalu dan saya rajin untuk menyertai aktiviti tersebut
apabila perasaan saya baik. Bukan itu sahaja, saya suka untuk membeli produk baharu, seperti
membeli produk yang sama tetapi berlainan jenama untuk mencuba produk tersebut. Jikalau produk
tersebut lebih bagus berbanding produk yang saya sering beli, saya akan bermula untuk
menggantikan dengan yang lebih bagus itu.
Selain itu, trait Ketahanan, iaitu saya mendapat skor sebanyak 70%. Saya berada di skor yang tinggi,
pentafsirannya menunjukkan saya adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal,
mental dan emosi. Saya akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak
akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Saya bersetuju
dengan pentafsiran ini, kerana saya tidak mudah untuk berputus asa. Dalam agama Islam seorang
yang beriman akan tidak mudah berputus asa, jadi saya berpaksikan tindakan tersebut. Bagi saya,
kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kejayaan dan tidak berputus asa walaupun
banyak rintangan untuk mencapainya. Apabila mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru, saya
selalunya akan membuat kesilapan pada pertama kali melakukan aktiviti tersebut. Tapi saya belajar
dari kesilapan kemudian lebih berusaha untuk melakukan aktiviti tersebut.

Antara trait-trait lain ialah, trait Kritik-Diri, iaitu saya mendapat skor sebanyak 30%. Saya berada di
skor yang rendah, pentafsirannya menunjukkan biasanya menganggap diri saya sentiasa betul dan
yang bersalah adalah orang lain. Pada pandangan saya, saya bersetuju saya selalu menganggap diri
saya sentiasa betul apabila melibatkan jati diri saya, seperti saya seorang yang amat percaya dan
yakin dengan tindakan saya apabila melakukan sesuatu dan hanya akan mengaku saya salah apabila
dibuktikan ianya ialah salah. Dalam konteks orang lain yang sering salah pula, saya sering
berpendapat bahawa semua orang bersalah dalam sesuatu kerana kita semua ialah manusia,
sememangnya akan mempunyai kesalahan, jadi saya sering menyalahkan diri saya dan orang lain
dengan kadar yang sama.

Di samping itu, trait Mengawal, iaitu saya mendapat skor sebanyak 50%. Saya berada di skor yang
sederhana, pentafsirannya menunjukkan menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepimpinan saya
adalah di tahap sederhana. Ketika melakukan tugasan saya tidak mengambil kisah sangat tentang
kedudukan dalam tugasan tersebut. Saya jenis yang fleksibel, saya boleh menjadi orang dipimpin dan
membuat kerja yang ditugaskan dengan efisien ataupun menjadi ketua bagi sesuatu tugasan dengan
beroganisasi. Tetapi saya kurang suka apabila diletakkan dengan kedudukan yang terlalu tinggi
seperti pengerusi kerana beban tanggungjawab itu sangatlah besar untuk saya.

Seterusnya, trait Menolong, iaitu saya mendapat skor sebanyak 80%. Saya berada di skor yang
tinggi, pentafsirannya menunjukkan saya adalah individu yang mempunyai keinginan untuk
mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada
orang lain. Saya amat bersetuju dengan pentafsiran ini, kerana apabila melibatkan haiwan dan
kebajikan orang lain saya rajin untuk membantu haiwan dan manusia yang dalam kesusahan. Saya
sering memberi makan dan membelai kucing liar di sekitar kolej kediaman, tetapi memastikan kucing
liar tersebut tidak membuang air berdekatan bilik-bilik kolej kediaman kerana mengaggu
ketenteraman orang lain. Apabila saya berjumpa orang yang meminta sedekah saya akan menghulur
duit sebanyak RM 2 kerana ibu bapa saya mengajar saya untuk rajin bersedekah. Jikalau kawan saya
mempunyai masalah, saya akan bersungguh-sungguh membantu mereka sehingga masalah mereka
selesai.

Yang kedua belas, trait Sokongan, iaitu saya mendapat skor sebanyak 30%. Saya berada di skor
yang rendah, pentafsirannya menunjukkan saya tidak suka bergantung secara emosi kepada orang
lain. Saya amat bersetuju dengan pentafsiran ini, kerana saya selalu berhadapan situasi yang
mencabar emosi saya, saya sering menghadap dengan sendiri dan tidak suka untuk bercerita,
meminta bantuan daripada orang lain kerana saya berasa saya hanya membebankan orang lain
dengan situasi saya, dan saya juga berpendpat bahawa nasihat orang lain kurang berguna kepada
saya kerana itu ialah diri saya, dan saya sahaja apa yang bagus untuk diri saya.
Selain itu, trait Struktur, iaitu saya mendapat skor sebanyak 90%. Saya berada di skor yang tinggi,
pentafsirannya menunjukkan saya adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur,
rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan,
peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. Saya amat bersetuju dengan pentafsiran ini, kerana apabila
melakukan sesuatu kerja atau tugas saya akan merancang rangka tugasan tersebut satu per satu
bagi melancarkan jalan kerja seterusnya membuat tugasan tersebut apabila sesuai. Dalam sesuatu
situasi seperti melancong saya akan merancang terlebih dahulu duit,tempat menginap, tempat untuk
melancong, bilangan orang yang akan melancong kerana saya amat mementingkan untuk
merancang sesuatu bagi setiap aktiviti saya.

Akhir sekali, trait Pencapaian, iaitu saya mendapat skor sebanyak 50%. Saya berada di skor yang
sederhana, pentafsirannya menunjukkan saya mempunyai motivasi yang berada di tahap sederhana.
Pada pendapat saya, saya amat mahu mencapai sesuatu dengan bersungguh-sungguh, mahupun
pencapaian tersebut mengambil masa yang sangat lama dan memerlukan komitmen yang tinggi.
Saya tidak mudah berputus asa dan senang bermotivasi semula selepas membuat kesilapan.

Dalam skala penipuan, saya mendapat sebanyak 70%.

Hasil daripada huraian di atas, terdapat beberapa isu penting yang saya boleh kaitakan dengan hasil
pembelajaran ketika di STKP1033. Antara isu-isu terbsebut ialah, saya bersetuju dengan teori
Erikson, “...bahawa kanak-kanak adalah bersifat aktif dan berminat untuk meneroka persekitaran
serta beradaptasi dengannya. Kanak-kanak bukanlah secara pasifnya mengikut sahaja dorongan
secara biologikal yang diperolehi dari ibubapanya. Erikson juga percaya bahawa pada setiap aras
kehidupan, manusia mestilah boleh mengendalikan dirinya berhadapan dengan realiti sosial agar ia
boleh menyesuaiakan diri dan menunjukkan perkembangan yang normal...”.

Dengan ini saya boleh kaitkan bahawa, pada zaman kanak-kanak saya ialah seorang yang aktif, saya
suka membuat bising, mengacau orang, bermain sukan, permainan yang mencabar minda
contohnnya puzzle, catur. Terdapat beberapa perkara yang saya pelajari dari ibu-bapa saya seperti
memasak, menjahit. Tetapi pada zaman kanak-kanak juga saya mempunyai masalah untuk bergaul
dengan mesra kerana saya kurang memahami perangai seseorang ketika kecil, kini saya sudah
matang dan faham akan perangai seseorang. Antara isu lain ialah pada zaman kanak-kanak juga
saya dapat menyesuaikan terhadap persekitaran baru, iaitu ketika saya bersekolah di Sekolah
Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT). Pada mulanya saya mempunyai masalah untuk
sesuaikan diri terhadap persekitaran tersebut kerana saya kurang pengalaman dalam hidup berdikari
tetapi saya sedikit demi sedikit menyesuaiakan diri di sekolah tersebut.

Rujukan :

DR. AZLAN BIN ABDUL RAHIM. Pengenalan kepada personaliti

https://ukmfolio.ukm.my/mod/resource/view.php?id=460889

DR. AZLAN BIN ABDUL RAHIM. Personaliti dan kehidupan

https://ukmfolio.ukm.my/mod/resource/view.php?id=472532

DR. AZLAN BIN ABDUL RAHIM. Keperibadian

https://ukmfolio.ukm.my/mod/resource/view.php?id=487787
DR. AZLAN BIN ABDUL RAHIM. Perubahan dan perkembangan personaliti

https://ukmfolio.ukm.my/mod/resource/view.php?id=487792

DR. AZLAN BIN ABDUL RAHIM. Self Identity

https://ukmfolio.ukm.my/mod/resource/view.php?id=487787

You might also like