You are on page 1of 1

RINGKASAN 3

TAIPING (LARUT): SEJARAH AWAL PENYELESAIAN PERLOMBONGAN

OLEH

PROFESOR DATO 'KHOO KAY KIM

Larut merupakan nama asal satu tempat di Perak sebelum ditukarkan nama kepada Taiping.

Larut merupakan antara sungai utama di Perak yang kaya dengan hasil bijih timah dan

merupakan sungai yang menjadi penghubung utama dengan kawasan perlombongan. Pada

permulaannya, kawasan Larut ini telah dipegang oleh Long Jaafar yang membawa masuk

pelombong Cina dari Pulau Pinang dan menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai

pengusaha industri perlombongan di Larut.

Menjelang tahun 1863, Ngah Ibrahim pula menjadi pentadbir di Larut kerana

mendapat penganugerahan daripada Sultan Jaafar dan beliau telah membangunkan sistem

pemerintahan moden di Larut. Seterusnya, sebelum Larut ditukarkan nama menjadi Taiping

telah berlaku satu peperangan di Larut dan membawa kepada perjanjian antara ketua

masyarakat Cina yang menjalankan aktiviti perlombongan di Larut bersama pihak British.

Melalui perjanjian itu, bekalan air untuk aktiviti perlombongan akan dikawal oleh Residen

British pada ketika itu demi mencapai keamanan dari perang yang berlaku.

You might also like