You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ekonomi dan politik merupakan antara institusi sosial yang memainkan peranan penting
dalam sesebuah masyarakat. Sebelum Tanah Melayu memasuki era kolonial, ia terlebih
dahulu melalui zaman prakolonial atau lebih dikenali sebagai zaman tradisional. Pada zaman
tradisional ini telah wujud sistem politik dan pentadbiran dalam kalangan masyarakat melayu
yang mana terdapat perbezaan kedudukan orang melayu yang terbahagi kepada dua golongan
iaitu golongan yang memerintah dan di perintah. Menurut A.Aziz Deraman (2001), golongan
bangsawan terdiri daripada raja dan sultan yang berada pada kedudukan yang paling tinggi
dalam struktur politik tradisional ini, manakala pembesar pula mempunyai hubungan rapat
dengan rakyat yang bertindak sebagai golongan memerintah dan di perintah. Pentadbiran
tradisional ini telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah membentuk
sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya sendiri iaitu sistem
pembesar empat lipatan. Kerajaan tradisional ini juga berbentuk feudal yang mana politik,
sosial dan ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh golongan atasan.

Selain itu, kegiatan ekonomi masyarakat melayu di bawah struktur politik tradisional pula
dapat dilihat bahawa kegiatan ekonomi di Tanah Melayu pada zaman tradisional ini
dijalankan oleh golongan bawahan yang mana mereka mengamalkan ekonomi sara diri
mudah iaitu ekonomi yang berasaskan penanaman padi dan aktiviti perikanan. Aktiviti
perikanan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan harian sesebuah keluarga dan diri sendiri
dari segi makanan manakala lebihan hasil ekonomi ini akan dijadikan sebagai tukaran barang
dalam sistem barter atau sebagai bayaran zakat. Seterusnya, tanah sangat berharga pada
zaman tradisional ini terutamanya digunakan sebagai tapak penanaman padi. Ekonomi
masyarakat melayu ini telah dikawal oleh golongan atasan terutama sekali sistem cukai yang
wujud pada ketika itu kecuali sistem ekonomi sara diri. Selain itu, golongan yang memerintah
juga telah melaksanakan sistem kerah untuk golongan yang diperintah.

Kesimpulannya, kedudukan dan kegiatan ekonomi masyarakat melayu pada zaman


tradisional ini telah berpandukan sepenuhnya kepada struktur politik tradisional. Selain itu,
sistem feudal yang telah diwujudkan oleh golongan raja dan pembesar telah membawa
kepada kerjasama antara golongan memerintah dan diperintah dan mereka saling bergantung
antara satu sama lain. Di samping itu sistem yang dilaksanakan ini juga telah membantu
dalam mewujudkan susun lapis masyarakat mengikut peranana mereka dalam politik dan
ekonomi.
Kemasukan Kolonial telah mempelbagaikan kegiatan ekonomi di negeri-negeri Malayu

Kolonialisme ialah satu bentuk penjajahan bagi sesebuah negara dalam meluaskan penguasaanya
terhadap negara lain seperti mana kedatangan British ke Tanah Melayu. Kemasukan kolonial telah
membantu dalam mempelbagaikan kegiatan ekonomi di negeri-negeri di Tanah Melayu antaranya
ialah dalam sektor pertanian dan perlombongan. Kita sedia maklum bahawa pada zaman pra-kolonial
masyarakat Melayu di Tanah Melayu menjalankan ekonomi sara diri dalam menampung ekonomi dan
keperluan diri masing-masing. Selain itu, pada era kolonial ini

You might also like