You are on page 1of 9

PETA KEPULAUAN MELAYU ZAMAN PRAKOLONIAL

I. PENGENALAN

- Ekonomi dan politik merupakan antara institusi sosial yang memainkan peranan
penting dalam kalangan masyarakat dunia.
- Sebelum Tanah Melayu mengalami transformasi sosial, ekonomi dan politik
ketika zaman pemerintahan kolonial, negara ini merentasi zaman tradisional
ataupun dikenali era prakolonial.
- Transformasi ini dapat dilihat berubah mengikut peredaran masa, suasana
sosioekonomi, sosiopolitik dan kualiti serta kuantiti sumber semasa yang ada
(Zulkifli 1992:4)
II. SISTEM POLITIK
- Sistem politik umpama tiang yang mengukuhkan kedudukan sesebuah negara
- Ketika zaman prakolonial, sistem politik dan pentadbiran khususnya dalam
kalangan masyarakat melayu telahpun wujud.
- Menurut A.Aziz Deraman (2001):

“Masyarakat Melayu digambarkan sebagai satu piramid besar dengan golongan


bangsawan terdiri daripada raja atau sultan pada kedudukan paling atas sekali
dan pembesar mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat sebagai golongan
yang memerintah dan juga golongan yang diperintah”

- Pentadbiran tradisional bertitik tolak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka


yang telah membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan
strukturnya tersendiri.
- Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
- Sistem Pembesar Empat Lipatan dikatakan disusun mengikut pengaruh
kosmoloogi India dan terdiri daripada pembesar 4,8,16 dan 32.
- Pembesar tertinggi didahului oleh pembesar berempat iaitu Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
- Bendahara berfungsi sebagai penasihat sultan, pengurus bendahari mengurus
perbendaharaan negeri, manakala temenggung berperanan dalam hal ehwal
keselamatan dalam negeri dan adat istiadat dan laksamana pula menjaga perairan
negeri.

- Namun sistem pemerintahan bercorak ini tidak dipraktikkan di negeri seperti


Negeri Sembilan yang mengguna pakai sistem pemerintahan mengikut Adat
Perpatih.
- Kerajaan prakolonial di Tanah Melayu adalah berbentuk feudal di mana menurut
Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan
bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima meliputi perjanjian
secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan meliputi aspek politik,
ekonomi dan sosial.

- Kawasan pemerintahan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


 Negeri
 Daerah
 Kampung

III. EKONOMI
- Sistem ekonomi feudal umumnya terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
 Ekonomi golongan pemerintah
 Ekonomi golongan yang diperintah

EKONOMI GOLONGAN PEMERINTAH

-Sumber ekonomi golongan pemerintah diperoleh daripada hasil pungutan cukai


serta ufti yang didapati daripada negeri jajahan takluk di samping daripada
kawalan tenaga buruh dan perdagangan.

A. CUKAI & UFTI

Menurut Mohd Jamil Mukmin (1997)

“Suatu cukai yang merupakan cukai hartanah atau cukai jualan telah
berkuatkuasa pada masa itu. Jika seseorang hendak menjual tanah atau
rumahnya, maka orang itu terlebih dahulu meminta kebenaran daripada sultan
ataupun bendahara dan untuk memperoleh kebenaran ini, orang itu kena
membayar cukai kepada kerajaan”

- Cukai dipungut oleh sultan dan pembesar dan ianya berbeza antara satu negeri
dengan yang lain
- Antara cukai yang dipungut adalah cukai kepala, cukai keluarga, cukai tanah dan
sebagainya.
- Menurut undang-undang adat Melayu, cukai hasil padi yang dikenakan kepada
rakyat ialah satu persepuluh hasil keluaran. Di Krian, Perak jumlah tetap
dikenakan iaitu 30 gantang serelung.
- Hasil ufti pula dapat dilihat antara hubungan diplomatik China dan kerajaan
negeri Melaka.Misalnya, ketika pertemuan antara Yin Qing selaku menteri dari
China ke Melaka, Parameswara dianugerahkan cap kempa, pakaian kerajaan dan
paying kuning sebagai pengiktirafan Raja Melaka.

B. KAWALAN TENAGA BURUH


- Menggunakan sistem kerah sebagai ganti cukai kepada yang tidak berkemampuan
- Mengkehendaki rakyat membuat kerja-kerja yang ditetapkan seperti membina
jalan raya dan parit
- Sistem serah pula berbeza dengan sistem kerah di mana rakyat telah diharuskan
untuk menyerahkan sebahagian harta mereka kepada golongan pemerintah.
kunjungan Musyi Abdullah ke negeri-negeri Melayu mengatakan bahawa
golongan atasan telah merampas harta golongan bawahan
- Sistem hamba abdi dan hamba berhutang pula memaksa golongan ini bekerja
dengan pemerintah sebagai pengawal, askar, buruh di ladang dan di rumah.

C. EKONOMI MONOPOLI

-Meliputi bidang perniagaan, perdagangan dan perlombongan


-Dalam bidang perdagangan yang dimonopoli oleh sultan dan para pembesar, ia
meliputi semua hasil merangkumi dalam negeri dan jajahan takluk. Hasil tersebut
boleh dipungut melalui dua sistem iaitu sistem pajak dan pajakan monopoli.
- Penguasaan juga boleh dibuat dengan mengisytiharkan barang-barang tertentu
sebagai monopoli seperti garam, candu dan tembakau.
- Contoh pembesar yang terlibat ialah seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim dalam
sektor perlombongan bijih timah

EKONOMI GOLONGAN DIPERINTAH

Golongan diperintah ini menjalankan kegiatan ekonomi dengan dua kaedah sama ada
secara sara diri mahupun secara komersial

A. EKONOMI SARA DIRI

- “Ekonomi masyarakat kebanyakan atau golongan bawahan adalah bercorak sara


diri” – Azmah Abdul Manat (2001)
- Ekonomi sara diri ini merujuk ekonomi untuk keperluan sendiri sahaja dan
dijalankan dalam skala yang kecil.
- Lebihan hasil ekonomi akan digunakan dalam sistem pertukaran barang atau
barter, diadikan hadiah atau untuk bayaran zakat.
- Menurut Janes Low pada 1820 telah berpendapat bahawa Semenanjung Tanah
Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan.
- Kedudukan atau lokasi sesuatu penempatan akan mencorak bentuk jenis pekerjaan
penduduknya. Misalnya masyarakat yang duduk di sekitar lembah sungai atau
dataran subur lebih cenderung menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam
padi, memburu hasil hutan dan menternak binatang. Manakala masyarakat di
kawasan persisiran lautan pula menjalankan aktiviti menangkap hasil laut.
- Semasa lawatan Abdullah Munsyi ke Kelantan, beliau ada menyebut bahawa pada
abad ke-15 masyarakat Kelantan telah mula menanam kelapa, pisang, keledek dan
keladi.

B. EKONOMI KOMERSIAL

- Sebelum kuasa-kuasa Barat menguasai negeri-negeri Melayu pada abad ke-19,


masyarakat juga amat aktif dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan secara
komersial di perairan Nusantara terutamanya semasa zaman Kesultanan Melaka.
- Menurut Abdullah Munsyi yang melawat Kelantan pada tahun 1838, beliau
menyatakan barang-barang yang dijual di pasar-pasar pada masa itu membuktikan
adanya kegiatan perdagangan berlaku pada era prakolonial.

“Maka saya lihat dalam pasar ini segala jenis hulam (ulam) dan sayur dan sambal
dan nasi gulai yang sudah sedia: tetapi yang sahaya lihat dalam pasar itu
kebanyakan perkara makanan yang busuk-busuk seperti pekasam, dan tempoyak
dan ikan asin dan siput asin dan jering dan petai dan banyak jenis sambal-sambal
belacan dan ikan dan segala kerangan laut dan pucuk-pucuk kayu.”

- Khoo Kay Kim juga ada menyentuh tentang kegiatan perdagangan di Rembau
pada sekitar abad ke-19 yang menyatakan barangan dagangannya yang terkenal
seperti damar dan kayu balak.
- Gullick dalam penulisannya telah menonjolkan bagaimana beberapa orang
Melayu pada abad ke-19 telah berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Secara amnya, taburan pendapatan ekonomi antara golongan pemerintah dan golongan
diperintah dapat digambarkan seperti berikut:

Raja

Pentadbir/Bangsawan

Rakyat biasa yang


merdeka

Hamba
IV. RUMUSAN

 Populasi utama penduduk semasa zaman prakolonial Semenanjung Tanah Melayu


terdiri daripada masyarakat Melayu yang menetap di sekitar kawasan pedalaman,
dengan kelompok mereka yang lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran
dengan laut atau di pinggir sungai.
 Secara amnya, lokasi pendudukan sesebuah masyarakat menentukan kegiatan
ekonomi dan sosialnya.
 Namun, ekonomi masyarakat tersebut juga dipengaruhi oleh faktor sosiopolitik
yang dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
 Hal ini dapat dibuktikan seperti melalui perkembangan ekonomi di Melaka
sebelum kedatangan British dikuasai oleh golongan pembesar dan sultan,
manakala rakyat jelata hanya bertugas menjalankan kegiatan ekonomi golongan
tersebut sahaja.
 Di samping itu, barang dagangan yang keluar dan masuk dalam ekonomi Melayu
lazimnya dikawal oleh kelas diraja dan aristokrat, terutama melalui sistem cukai
yang wujud ketika itu kecuali ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat secara
sara diri.
 Sistem serah dan kerah yang didominasi oleh golongan pemerintah atau golongan
kelas atasan terhadap golongan yang diperintah seperti hamba sepertinya telah
mewujudkan ketidakadilan sosial yang menjadi jurang pemisah dalam corak
kehidupan kedua-dua golongan.
RUJUKAN

J.M Gullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman. (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-
Kolonial. International Journal of the Malay World and Civilisation. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

You might also like