You are on page 1of 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/287310903

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC): HARAPAN DAN CABARAN SABAH


DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC): ASPIRATIONS AND CHALLENGES .

Conference Paper · August 2008

CITATIONS READS

0 4,283

2 authors:

Kasim Mansur Mori Kogid


Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
92 PUBLICATIONS   218 CITATIONS    48 PUBLICATIONS   210 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Economic sustainability View project

Exchange Rate Exposure View project

All content following this page was uploaded by Kasim Mansur on 19 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 576 – 589
ISSN: 2231-962X

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC): HARAPAN DAN CABARAN


SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC): ASPIRATIONS AND CHALLENGES

Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

ABSTRAK

Program SDC yang telah dilancarkan di Sabah akan mewujudkan suatu paradigma ke arah
mentransformasi ekonomi Sabah di samping menjanjikan harapan, hasrat dan sekaligus merintis laluan
ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri yang termaju menjelang 2025. SDC merupakan salah satu
pelan strategik jangka panjang dan sebahagian besar perancangan awalnya adalah di bawah RMK9.
Bermatlamatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sifar kemiskinan tegar, SDC menjadi
tujahan kepada tiga sektor enjin pertumbuhan ekonomi yang utama iaitu sektor pertanian, perkilangan
dan perkhidmatan (pelancongan dan logistik). Perlaksanaan SDC diharapkan dapat menjadi ‘jambatan
transformasi’ masyarakat Sabah daripada arus kemiskinan kepada arus kemajuan. Maka sudah
pastinya, laluan yang bakal dilalui menjadikan SDC bakal mengharungi cabaran-cabaran yang akan
menyusul seterusnya menjadikan Sabah lebih mantap, membangun dan berdaya maju, kadar
kemiskinan yang rendah, kehidupan rakyat yang aman makmur dan sejahtera, membangun secara
tersusun dan mampan serta memulihara dan mengekalkan alam semulajadi yang lestari. Menjelang
2025, perlaksanaan SDC dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 900,000 kepada
penduduk negeri Sabah dengan kadar pengangguran dijangka dapat dikurangkan daripada 5.8% pada
tahun 2006 kepada 3.5% dalam jangka masa 18 tahun. KDNK Sabah juga dijangka akan meningkat
sehingga empat kali ganda daripada RM16.0 bilion pada tahun 2006 kepada RM63.2 bilion, sementara
KDNK per kapita dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda daripada RM5,331 pada tahun 2006
kepada RM14,784 dan kemiskinan dijangka akan dapat dibasmi dengan sepenuhnya.

Kod JEL: I00, O10, O20


Kata kunci: Sabah, SDC, Harapan dan Cabaran.

ABSTRACT

Sabah Development Corridor (SDC) program was launched in Sabah will create a new paradigm
towards Sabah economic transformation, hopes and aspiration simultaneously in order to transform
Sabah as a developed state by year 2025.. SDC is a long term strategic plan and a the planning were
included under the Ninth Malaysian Plan (RMK9). With the objectives for sustainable economic
growth and zero hard core poverty, SDC has been a target to three major economic growth i.e.
agricultural sector, manufacturing, and services (logistic and tourism). The implementation of SDC is
anticipated to be the “transformation bridge” for Sabah community to get out of poverty stream and
into prosperity. This paper try to attempt ……………….

Code JEL: I00, O10, O20


Keywords: Sabah, SDC, Aspirations and Challenges.

PENGENALAN

Lima pelan perancangan pembangunan ekonomi koridor telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia di
bawah RMK9 (2006-2010) iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Wilayah Ekonomi Koridor
Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Koridor Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC)
dan Koridor Tenaga Dapat Diperbaharui Sarawak (SCORE). Wilayah Pembangunan Iskandar (The
Iskandar Development Region, IDR) yang dilancarkan pada 30 Julai 2006 terletak di selatan
Semenanjung dan hanya melibatkan negeri Johor; Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor
Economic Region, NCER) melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak yang
dilancarkan pada 30 Julai 2007 di Alor Setar, Kedah dan pada 31 Julai 2007 di Butterworth, Penang;
Wilayah Ekonomi Koridor Pantai Timur (East Cost Economic Region, ECER) melibatkan beberapa
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan utara Mersing, Johor. ECER telah dilancarkan pada
30 Oktober 2007 di Kuala Terengganu dan Kota Bahru, sementara Kuantan pada 31 Oktober 2007.
Dua yang lain telah dilancarkan pada awal tahun 2008 ialah Koridor Pembangunan Sabah (Sabah

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III),


Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi Pengukuhan
Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 – 22 Ogos 2008
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 577

Development Corridor, SDC) iaitu pada 29 Januari 2008 dan Koridor Tenaga Dapat Diperbaharui
Sarawak (Sarawak Corridor of Renewable Energy, SCORE) iaitu pada 11 Februari 2008.
Umumnya, kesemua koridor pembangunan yang dirancang begitu rapi bermatlamat untuk
meransang dan menjana pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang 2020.
Usaha mewujudkan pelan pembangunan ekonomi koridor merupakan suatu pelan untuk mencapai
pembangunan yang berdaya saing dan berdaya tahan. Dalam masa yang sama, pelan koridor
pembangunan bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah koridor
pembangunan yang telah dikenalpasti. Pelan perancangan koridor pembangunan ini menyediakan
perancangan pembangunan yang tersusun dan strategik yang juga menyediakan kemudahan
infrastruktur seperti penggunaan tanah yang betul bersesuaian dengan jenis pertanian yang bakal
diusahakan. Secara tidak langsung, pelan ini juga bertujuan untuk melindungi biodiversiti yang
semakin terancam pada masa kini.
Konsep koridor yang diperkenalkan ini telah banyak digunakan sama ada di negara maju
ataupun negara sedang membangun. Manakala banyak definisi telah digunakan dalam merujuk koridor
yang dimaksudkan sama ada dalam bidang-bidang sains, sains politik dan sains sosial. Ada juga yang
berpendapat bahawa koridor pembangunan ini merupakan satu strategi pembangunan ekonomi dalam
usaha untuk memulihara penggunaan tanah yang bersesuaian. Di samping itu, konsep koridor
pembangunan ini juga merupakan pelan perancangan strategik agar pembangunan yang dilaksanakan
memberi kesan limpahan yang positif kepada persempadanan wilayah, bahagian atau zon
pembangunan.

PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH

Negeri Sabah mempunyai keluasan 74,876 km persegi dengan muka bumi yang berbukit bukau.
Keluasan ini meletakkan negeri ini yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak serta mempunyai
bilangan penduduk yang ketiga ramai iaitu 3,063,600 orang selepas Selangor dan Johor (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2007). Walaubagaimanapun, unjuran jumlah penduduk Sabah bagi tahun 2008
oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seramai 3,131,000 orang. Namun begitu, saiz ekonomi Sabah
masih kecil berbanding dengan saiz ekonomi negeri-negeri lain di negara ini. Di awal tahun 1970an,
negeri ini pernah mencatat pertumbuhan ekonomi antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di
Malaysia dan pernah menduduki tangga antara yang teratas dari segi pungutan hasil. Bagaimanapun,
kedudukan pencapaian ekonomi negeri ini telah berubah dengan ketara. Bermula pada pertengahan
tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah telah mengalami penurunan (Mohd Yusof Kasim et.
al., 2006). Sehingga pada hari ini, negeri Sabah masih mencatatkan kadar kemiskinan yang tertinggi di
Malaysia.
Statistik dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa bukan sahaja berlaku trend penurunan dalam
pertumbuhan ekonomi (KDNK) tetapi juga dalam KDNK per kapita bagi negeri Sabah dari tahun 2000
hingga 2004. Kecuali pada tahun 2002, pertumbuhan ekonomi mula menampakkan penurunan
daripada 6.2% pada tahun 2002 kepada 4.2% pada tahun 2004, sementara pendapatan per kapita
berkurang daripada 3.8% pada tahun 2002 kepada 1.7% pada tahun 2004. Keadaan ekonomi yang
positif pada tahun 2002 mungkin disebabkan oleh kesan pemulihan ekonomi selepas krisis kewangan
yang melanda pada tahun 1997. Pada masa itu, ekonomi mula kembali stabil dan pasaran mula
menunjukkan tanda-tanda pemulihan serta keyakinan pelabur kembali stabil seperti sediakala.
Sabah secara umumnya mempunyai banyak kelebihan berbanding negeri-negeri lain di
Malaysia. Kelebihan yang ada di negeri ini ialah kekayaan alam semula jadi, budayanya yang unik,
masyarakat yang berbilang kaum dan agama, keadaan politik yang stabil, prasarana yang kondusif serta
moden, flora dan fauna yang tidak terdapat dikebanyakan tempat di dunia. Kelebihan yang ada ini
berpotensi untuk melonjakkan pembangunan ekonomi di negeri ini pada tahap yang lebih baik. Dari
segi geografi, kedudukan negeri ini begitu strategik iaitu berada di antara Asia Timur, Australia dan
Lingkaran Asia Pasifik serta laut China Selatan di sebelah barat, laut Sulu di sebelah timur laut dan laut
Sulawesi di sebelah selatan. Dalam konteks pakatan ekonomi serantau yang dikenali sebagai Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina, East Asian Growth Area (BIMP-EAGA), kedudukan negeri ini menjadi
amat strategik.
Selain itu, Sabah juga mempunyai kekayaan sumber asli yang pelbagai, menyimpan khazanah
yang tidak ternilai dan antara lain turut menempatkan tapak warisan dunia UNESCO seperti Gunung
Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara dan Pulau Sipadan yang terkenal dengan
keindahan aslinya. Para pakar pemuliharaan serta peminat hidupan liar membanjiri Sabah untuk
menimba ilmu dan meraih pengalaman daripada hutan hujan tropika Lembah Danum, koridor
kehidupan Kinabatangan serta taman-taman marin yang terdapat di negeri ini (SDC Blueprint, 2007).
578 Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

Berasaskan kekayaan alam semulajadi ini, kajian biodiversiti mampu mewujudkan satu asas
pengetahuan yang kukuh dan menggalakkan kemunculan rangkaian usahasama pusat penyelidikan
bertaraf dunia merentasi dunia disiplin dalam bidang ini. Justeru, Sabah mempunyai pelbagai
kemampuan dan kemungkinan yang boleh digerakkan dalam usaha untuk merebut peluang yang bakal
memperlihatkan negeri ini mencapai potensi sepenuhnya sebagai penyumbang bersama kepada
keutuhan ekonomi negara. Apa yang lebih penting adalah kemungkinan dan kemampuan potensi yang
besar ini untuk merealisasikan kemajuan ekonomi Sabah yang mampan dan lestari.
Pembangunan ekonomi Sabah sejak negeri ini menyertai pembentukan negara Malaysia dalam
tahun 1963 bukanlah suatu yang mudah untuk diukur. Walaupun pencapaian ekonomi negeri ini sejak
44 tahun telah menampakkan perkembangan ke arah positif dan memberangsangkan, namun
peningkatan ini masih belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di
Malaysia. Di sebalik cabaran-cabaran yang membelenggu peningkatan pencapaian ekonomi negeri ini,
terdapat banyak peluang dan potensi yang terdapat di negeri ini. Peluang-peluang ini jika digembleng
dengan betul mampu meletakkan negeri ini sebagai penyumbang utama kepada ekonomi nasional dan
sekaligus berpotensi meletakkan wawasan 2020 sebagai realiti.

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC)

Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan satu pendekatan pembangunan ekonomi yang
dianggap komprehensif dan holistik. Pelancaran pelan pembangunan koridor Sabah pada 29 Januari
2008 tepat pada masanya dalam usaha memposisi ekonomi Sabah yang berdaya saing dalam era
globalisasi yang semakin mencabar. Di bawah SDC ini, beberapa perancangan telah disediakan untuk
membuka pusat-pusat pertumbuhan ekonomi baru yang dijangka membuka banyak ruang dan peluang
kepada penduduk khususnya masyarakat di Sabah dan ekonomi Malaysia amnya. Melalui SDC ini
juga beberapa program telah dirancang untuk menyediakan infrastruktur moden dan mantap serta
kemudahan-kemudahan lain ke arah merancakkan lagi aktiviti ekonomi. Program SDC berpaksikan
kepada tiga prinsip utama yang bakal memandu pembangunan di Sabah iaitu memenuhi keperluan
untuk menguasai aktiviti ekonomi bernilai tinggi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang seimbang dan memastikan pertumbuhan mampan melalui pemuliharaan alam sekitar.
Sejak RMK2 (1971-1975) sehingga RMK8 (2001-2005), matlamat pembangunan negeri
Sabah adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk, mengurangkan kadar kemiskinan,
meningkatkan prasarana, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan dalam
sumber-sumber asli (UPENS, 2001). RMK9 berteraskan tiga prinsip utama dalam menangani
ketidakseimbangan sosioekonomi. Tiga prinsip tersebut ialah pertama, pembasmian kemiskinan dan
memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pertumbuhan ekonomi; kedua, melaksanakan
pertumbuhan yang seimbang di semua negeri dan daerah serta mewujudkan lebih banyak peluang-
peluang dalam penyertaan pembangunan ekonomi negara dan yang ketiga, memastikan semua warga
menerima faedah daripada pertumbuhan ekonomi dengan cara yang adil dan saksama.
SDC telah dilihat sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang lebih
mampan dan berdaya saing. Sudah tentunya SDC ini dianggap penting dan kritikal di samping
memastikan berlaku loncatan pertumbuhan ekonomi ke arah wawasan 2020. Jika loncatan ekonomi ini
dapat direalisasikan, maka peluang untuk mentransformasi masyarakat luar bandar bersama dalam arus
perdana pembangunan ke arah mencapai wawasan 2020 amat cerah. Peruntukan sebanyak RM15.7
bilion dalam RMK9 disertai dengan peruntukan sebanyak RM2 billion melalui SDC ini merupakan
antara yang terbesar berbanding negeri lain. Peruntukan ini lebih besar berbanding dalam RMK8 iaitu
sebanyak RM13.18 bilion. Sudah tentu, peruntukan yang telah ditawarkan oleh kerajaan persekutuan
ini bukan sahaja menjanjikan harapan tetapi juga suatu cabaran yang memerlukan perancangan yang
teliti dari segenap sudut.
Program SDC telah mengenalpasti tiga sub-wilayah khusus di negeri ini untuk memberi
tumpuan kepada penggunaan sumber secara optimum dalam usaha membangunkan dan
memperluaskan kegiatan ekonomi yang berpotensi tinggi. Sub-Wilayah Barat dikhaskan sebagai zon
perindustrian Sabah dan pintu masuk pelancongan utama yang bakal menawarkan peluang kepada
pelbagai pelabur dalam bidang pelancongan kebudayaan dan pelancongan mewah, hartanah, logistik
dan juga aktiviti pembuatan yang menghasilkan pulangan bernilai tinggi bagi negeri Sabah dan juga
para pelabur. Pelabuhan utama dan lapangan terbang Sabah juga terletak di sub-wilayah ini.
Sementara, Sub-Wilayah Tengah menempatkan kawasan pertanian negeri dan merupakan
lingkaran pengeluaran makanan Sabah yang berpotensi menjana kekayaan bagi golongan usahawan
agro. Perniagaan berasaskan kraftangan Sabah yang terkenal dan program ‘homestay’ juga akan
dipromosikan secara aktif di sub-wilayah ini untuk mendorong pembabitan penduduk tempatan dalam
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 579

sektor pelancongan. Sub-Wilayah Timur pula menempatkan sebahagian besar khazanah biodiversiti
dan ladang kelapa sawit yang pasti menarik perhatian pelabur dalam sektor pertanian, pelancongan dan
juga bioteknologi memandangkan ia terletak di salah satu kawasan hutan hujan tropika paling tua di
dunia (SDC Blueprint, 2007).
SDC merupakan suatu pilihan pintar bagi para pelabur bijak memandangkan Sabah
menawarkan kombinasi aset yang amat penting dan kritikal untuk kejayaan perniagaan dalam ekonomi
global. Para pelabur perlu berpegang kepada komitmen terhadap perkongsian yang saling
menguntungkan dan para pelabur hanya perlu memberi tumpuan kepada lima sebab utama untuk
memastikan mereka mempunyai bahagian dan peluang dalam pembangunan ekonomi yang amat
menarik.
Antara sebab-sebab tersebut termasuklah Sabah sebagai gerbang masuk pilihan perdagangan,
pelaburan dan percutian bagi perniagaan terkemuka dan modal insan berbakat dalam pelbagai bidang
penting dari seluruh dunia; komuniti bahagia dan sejahtera serta bersatu padu, hidup harmoni dan
makmur tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama; sebuah negeri mahir teknologi yang menggunakan
dan memperagakan teknologi dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan sehari-sehari; kaya dengan
peluang bagi kedua-dua pemastautin dan warga luar yang berbakat untuk mendapatkan peluang
pekerjaan dengan ganjaran memuaskan; dan Sabah merupakan lokasi di Asia yang paling selesa
didiami, lengkap dengan budaya, warisan, kualiti kehidupan dan alam sekitar yang masih bersih (SDC
Blueprint, 2007).

HARAPAN DAN CABARAN

Kertas kerja ini cuba menganalisa peluang-peluang dan harapan yang mampu membawa negeri ini
setanding dengan kemajuan yang dicapai oleh negeri-negeri lain di Malaysia. Seterusnya perbincangan
diikuti dengan beberapa cabaran-cabaran yang perlu ditangani dalam proses perlaksanaan dan
merealisasikan SDC.

Harapan

Pertumbuhan Ekonomi

Perlaksanaan SDC di Sabah dilihat sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan
dan lestari. Ekonomi negeri Sabah yang semakin menampakkan tanda-tanda positif sejak
kebelakangan ini memberikan satu harapan baru ke arah pertumbuhan yang lebih stabil dan kukuh.
Berdasarkan perkembangan ekonomi negeri tahun lalu serta unjuran pertumbuhan 6 hingga 6.5% tahun
ini, ia merupakan suatu petanda yang positif. Kekuatan eksport komoditi utama seperti minyak sawit
mentah, getah dan produk berasaskan kayu, ekonomi negeri ini dijangka terus kukuh termasuk
peningkatan dalam sektor pertanian dan pelancongan. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah
juga dipengaruhi oleh kebanyakan keadaan pertumbuhan ekonomi jiran serantau. Pertumbuhan
ekonomi yang positif dari negara jiran seperti China, Jepun, Vietnam, Korea, Singapura dan ekonomi
kawasan serantau banyak mempengaruhi ekonomi Malaysia pada amnya dan Sabah khususnya melalui
‘kesan rantaian’.
Sejak pulih daripada krisis kewangan Asia yang melanda negara pada tahun 1997/1998,
perdagangan negeri Sabah mengalami peningkatan dari semasa ke semasa. Pada tahun 2002,
perdagangan negeri Sabah telah meningkat sebanyak RM2,315.8 Juta, iaitu peningkatan sebanyak
141.6% berbanding pada tahun sebelumnya. Corak eksport Sabah juga telah berubah sejak
kebelakangan ini seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
Sabah sehingga kini tidak mengalami masalah dalam memasarkan barangan keluarannya.
Pasaran barangan yang luas bukan sahaja pasaran domestik, malah juga pasaran asing. Permintaan
yang tinggi terutama dari negara jiran sudah tentunya memastikan pasaran untuk barangan Sabah
sentiasa ada. Misalnya negara China dengan bilangan penduduk melebihi 1.6 bilion. Berteraskan tiga
prinsip utama iaitu keperluan untuk menjana kegiatan ekonomi bernilai tinggi, usaha menggalakkan
pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mengekalkan pertumbuhan mampan menerusi pemuliharaan
alam sekitar, SDC dijangkakan menjadi pemangkin pertumbuhan yang memanfaatkan kekuatan
dalaman dan sumber semulajadi di Sabah.
580 Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

Kawasan Geografi Yang Strategik

Sabah pada umumnya mempunyai banyak kelebihan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Sabah
dianggap sebagai satu lokasi yang agak strategik jika dilihat dari sudut geografi. Kelebihan yang ada
menjadikan Sabah berpotensi untuk menjana kembali pembangunan ekonomi di negeri ini. Kedudukan
geografi Sabah yang strategik berada di antara Asia Timur, Australia dan Lingkaran Api Asia Pasifik.
Jika dilihat dalam konteks pakatan ekonomi serantau yang dikenali sebagai Brunei, Indonesia,
Malaysia, Filipina, East Asian Growth Area (BIMP-EAGA), kedudukan negeri ini juga amat strategik
dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Memandangkan kedudukan Sabah yang strategik dan terletak antara pasaran ekonomi mewah
Asia utara dengan wilayah Filipina selatan, Kalimantan dan Brunei yang sedang pesat membangun,
Sabah merupakan pintu masuk dan laluan utama yang amat ideal bagi perdagangan serantau. SDC
akan memberi tumpuan kepada usaha membina dan meransang sektor-sektor berpotensi seperti
pertanian, pelancongan, pembuatan dan logistik dengan memanfaatkan sumber asli negeri ini dan
lokasinya yang strategik. Dengan adanya rancangan pembangunan meliputi 18 tahun ini dan
digerakkan oleh kombinasi tenaga bersepadu daripada pelbagai pihak yang berkarisma tinggi dan di
sokong oleh kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan, Sabah sudah tentunya akan muncul sebagai
satu kuasa ekonomi yang paling bertenaga dan berdaya saing di rantau ini.
Dengan lokasi Sabah yang kaya dengan pelbagai sumber asli ini, SDC berada dalam
lingkungan yang mampu mencapai 65 juta individu yang menghuni kawasan jiran sekelilingnya
termasuk Brunei, Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya di Indonesia serta Mindanao dan
Palawan di Filipina. Lingkungan wilayah ini merangkumi 1.54 juta kilometer persegi dan boleh
diakses dengan laluan udara melalui lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang menjadi pintu
masuk utama ke Sabah. Memandangkan potensi yang begitu luas yang perlu dimanfaatkan, maka SDC
telah dibentuk mengikut garis panduan yang jelas berteraskan kekuatan setiap sektor (SDC Blueprint,
2007).

Sektor Pelancongan

Sektor pelancongan merupakan sektor yang kedua besar negara selepas sektor pembuatan
menyumbang kepada pendapatan negara. Sektor ini menyumbang sebanyak RM44.5 bilion kepada
hasil pendapatan negara, melebihi RM10 bilion hasil kutipan dalam tahun 2005. Pada tahun 2004,
Sabah mencatat jumlah ketibaan pelancong seramai 1.5 juta dengan anggaran perolehan pendapatan
sebanyak RM2.5 bilion.
Melalui SDC, sektor pelancongan menjadi sandaran kepada peningkatan dalam jumlah purata
perbelanjaaan oleh pelancong pada tahun 2025 daripada RM2,517 dalam tahun 2006 kepada RM3,383
pada tahun 2012 dan seterusnya kepada RM5,364 pada tahun 2025. Sementara perolehan daripada
sektor pelancongan dijangka akan mengalami peningkatan daripada RM2.88 bilion pada tahun 2006
kepada RM8 bilion pada tahun 2012 dan seterusnya meningkat lagi kepada RM48.5 bilion pada tahun
2025. Sementara itu, perolehan daripada pelancongan masyarakat atau komuniti luar bandar
(handicrafts dan homestay) dijangka meningkat daripada RM1.5 juta dalam tahun 2006 kepada RM4.5
juta pada tahun 2012 dan seterusnya meningkat kepada RM48 juta dalam tahun 2025 (SDC Blueprint,
2007).
Berdasarkan statistik tahun-tahun lepas, sektor pelancongan di Sabah berpotensi untuk
dimajukan. Dalam tahun 2003 negeri Sabah mencatat kehadiran pelancong dari luar negara sebanyak
1.07 juta dan meningkat kepada 1.94 juta pada tahun 2005. Dianggarkan kutipan hasil yang diperolehi
dari sektor ini pada tahun 2005 sebanyak RM2 bilion lebih tinggi dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak
RM1.4 bilion. Kerajaan negeri Sabah mensasarkan sebanyak 2.7 juta pelancong akan datang dalam
tahun 2007 dan 4 juta dalam tahun 2010 (Sabah State Government, 2006).
Corak aliran kedatangan pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun
dengan kehadiran pelancong yang agak ketara dari tahun 2003 hingga 2006 seperti dalam Jadual 3 iaitu
peningkatan sebanyak 97.5% atau hampir sekali ganda hanya dalam 4 tahun daripada 1,066,879
pelancong pada tahun 2003 kepada 2,107,288 pelancong pada tahun 2006. Sudah tentu ini memberi
kesan positif dan amat menggalakkan dalam menyumbang kepada sumber pendapatan bagi negeri
Sabah.
Negeri Sabah kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik bukan saja destinasi-destinasi
yang terdapat di negeri ini unik dengan alam flora dan fauna semulajadi tetapi sebahagian besar adalah
bertaraf dunia. Tempat-tempat yang telah mendapat pengiktirafan dunia ialah seperti Lembah Danum,
Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu, hutan simpan Sepilok, Sandakan dan ‘tips of Borneo’, Kudat.
Lembah Danum umpamanya mempunyai keluasan 483 km persegi merupakan kawasan di mana
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 581

terdapatnya 124 spesies mamalia, 72 spesies reptilia, 56 spesies amfibia dan 37 spesies ikan. Lembah
Danum bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tetapi juga suatu tempat yang mempunyai daya tarikan
yang unik dan mampu menarik perhatian pengkaji-pengkaji biodiversiti dan pemuliharaan dari dalam
dan luar negeri.
Umumnya, negeri Sabah mempunyai potensi yang tinggi dan mempunyai daya tarikan yang
tersendiri. Selain itu, sektor pelancongan juga berupaya untuk menarik pelabur asing dari luar negara.
Sehubungan dengan ini, dalam RMK9, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan untuk pembesaran
dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang telah menjadi mercu
tanda kepada tarikan pelancong ke negeri ini. Kekerapan penerbangan Air Asia mendarat di lapangan
terbang antarabangsa Kota Kinabalu juga dilihat sebagai pemacu kepada peningkatan jumlah
pelancong datang ke ‘negeri di bawa bayu’ ini. Dengan sendirinya, industri penerbangan tambang
murah ini juga menjanjikan harapan yang positif ke arah memajukan sektor pelancongan di negeri ini.

Sektor Pertanian dan Perikanan

Sesungguhnya sektor pertanian mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri Sabah.
Sektor ini juga masih memainkan peranan sebagai tempat menawarkan peluang-peluang pekerjaan.
Beberapa kawasan telah dikenalpasti sebagai pengeluar utama hasil-hasil pertanian. Umpamanya
Semenanjung Bengkoka dan Pulau Banggi telah dikenalpasti sebagai kawasan untuk dimajukan.
Bersesuaian dengan kedudukan negeri ini yang terletak di utara Pulau Borneo dan muka bumi yang
dikelilingi oleh Laut Cina Selatan di sebelah Barat dan di sebelah Timur negeri ini berpotensi untuk
sumber-sumber hasil laut. Negeri ini mensasarkan sebanyak 457,200 tan hasil tangkapan ikan dan
sumber-sumber penternakan marin dengan anggaran pendapatan sebanyak RM3.23 bilion menjelang
tahun 2010.
Secara umumnya sektor pertanian menyumbang antara 20-23% kepada KDNK. Dalam
tempoh perlaksanaan RMK9 ini, sektor pertanian dijangka menyumbang antara 25 hingga 30% kepada
KDNK. Dalam RMK9, negeri Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM1.141 billion untuk
memajukan sektor pertanian di negeri ini. Peruntukan besar yang pernah diperuntukkan kepada negeri
ini dijangka dapat mencapai sasaran 60% tahap sara diri pengeluaran beras menjelang tahun 2010.
Tiga pusat memproses benih padi yang ada di Papar, Kota Belud dan Tenom dijangka berupaya
mengeluarkan 18,000 tan metrik benih padi yang bermutu tinggi setiap tahun. Sehubungan dengan itu,
kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan 10,000 hektar di Kota Belud untuk dijadikan mini
jelapang padi Sabah. Statistik 2004 menunjukkan 94.6% daripada 2.12 juta hektar kawasan tanah di
negeri ini yang sesuai untuk pertanian dibangunkan dengan tanaman sawit, koko, getah dan kelapa.
Dalam tahun 2004, ketiga-tiga komoditi utama ini telah mencatat nilai eksport berjumlah RM8.9 bilion
berbanding nilai import sebanyak RM793 juta (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah,
2006).
Sektor pertanian (termasuk perikanan) dijangka akan menyumbang kepada KDNK sebanyak
4.1 kali ganda daripada RM4.1 bilion pada tahun 2005 kepada RM17 bilion pada tahun 2025, jumlah
nilai eksport dijangka meningkat daripada RM9.1 bilion pada tahun 2005 kepada RM60 bilion pada
tahun 2025 dan mengurangkan defisit dalam imbangan pembayaran terhadap makanan sebanyak 60%
daripada RM955 juta pada tahun 2005 kepada RM353 juta pada tahun 2025 (SDC Bluprint, 2007).

Perancangan: Program Pembasmian Kemiskinan

Beberapa usaha dan perancangan telah dilaksanakan kearah pembasmian kemiskinan di Sabah.
Antaranya ialah meningkatkan pendapatan, meningkatkan kualiti hidup dan meningkatkan kemahiran
kumpulan sasar.
Dalam RMK8 sebanyak RM12.51 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk
melaksanakan beberapa program pembasmian kemiskinan. Manakala kerajaan persekutuan juga telah
memperuntukkan sebanyak RM77.70 juta untuk tujuan tersebut. RMK9 pula menjanjikan satu
peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri iaitu sebanyak RM70 juta, manakala sebanyak
RM578.42 juta telah dipohon oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan untuk tujuan yang
sama. Antara program yang telah dilaksanakan termasuklah ‘program satu daerah satu produk’, iaitu
satu program di bawah program pembangunan usahawan desa.
Sementara SDC mensasarkan sifar kemiskinan tegar selepas berakhirnya RMK9 dan
keseluruhan kadar kemiskinan dapat dikurangkan daripada 23% pada tahun 2004 kepada 12% pada
tahun 2010 (SDC Blueprint, 2007).
582 Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

Sektor Perindustrian dan Perniagaan

Sektor perindustrian merupakan salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negeri Sabah. Beberapa lokasi perindustrian seperti Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP),
Taman Perindustrian Kecil Teluk Sepanggar serta Pelabuhan Teluk Sapanggar berupaya menjadi nadi
penggerak utama ke arah memantapkan aktiviti perindustrian di negeri ini.
Dalam tahun 2003, sektor ini menyumbang 11.7% kepada KDNK dan dijangka meningkat
kepada 18% dalam tahun 2010 (Sabah Industrial Development Ministry, 2006). Sektor ini dilihat
sebagai penggerak kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Sehubungan dengan ini, dalam
RMK9, sebanyak RM68 juta telah diperuntukkan untuk menyediakan prasarana premis perindustrian
dan perniagaan. Angka ini sudah tentu memberi impak yang positif ke arah merubah suasana dan
kondisi aktiviti perindustrian dan perniagaan di negeri ini.
Melalui SDC, sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan jumlah pelaburan modal
daripada RM208 juta pada tahun 2006 kepada RM2.96 bilion pada tahun 2025. Selain itu, bilangan
gunatenaga dalam sektor ini juga dijangka akan meningkat daripada 135,000 kepada 228,704 pada
tahun 2025 serta peningkatan bilangan perkadaran (peratusan) tenaga kerja yang mempunyai
pendidikan tinggi dalam sektor ini daripada di bawah 10% pada tahun 2005 kepada 45% pada tahun
2025.

Kemudahan Prasarana dan Jaringan Komunikasi dan Logistik

Sesungguhnya kemudahan prasarana dan jaringan komunikasi merupakan aspek yang perlu diberikan
penekanan dalam memastikan proses pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Kebanyakkan proses
pembangunan adalah lambat atau terbantut disebabkan oleh ketiadaan kemudahan prasarana
infrastruktur dan sistem jaringan komunikasi yang baik seperti jalan raya, telefon dan sebagainya. Oleh
itu, perlaksanaan SDC diharapkan dapat menjadi platform dalam usaha untuk memastikan kemudahan-
kemudahan seperti ini dapat disediakan berasaskan teknologi yang serba moden dan lengkap agar
matlamat SDC dalam menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang termaju pada tahun 2020 dapat
direalisasikan.
Jalan perhubungan melalui laut, udara dan darat perlu diperbaiki dan dipertingkatkan lagi
penggunaannya agar ketiga-tiga jalan perhubungan ini menjadi ‘jambatan transmisi’ bagi pelbagai
bentuk aktiviti perniagaan dan pelaburan dari dalam dan luar Sabah. Laluan udara misalnya,
penerbangan secara langsung harus diperbanyakkan seperti penerbangan pergi balik dari Kota Kinabalu
(KK) ke Jakarta, Bali, Manila, China, Jepun, Johor Baharu, Singapura, Bangkok dan sebagainya bagi
menarik masuk dan meningkatkan daya tarikan para pelabur daripada luar untuk melabur di Sabah dan
juga menarik masuk lebih ramai pelancong asing ke Sabah.

Taraf Hidup

Menjelang 2025, perlaksanaan SDC dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 900,000
kepada penduduk negeri Sabah dengan kadar pengangguran dijangka dapat dikurangkan daripada 5.8%
pada tahun 2006 kepada 3.5% dalam jangka masa 18 tahun. Selain itu, menjelang 2025, KDNK Sabah
juga dijangka akan meningkat sehingga empat kali ganda daripada RM16 bilion pada tahun 2006
kepada RM63.2 bilion, sementara KDNK per kapita dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda
daripada RM5,331 pada tahun 2006 kepada RM14,784 dan kemiskinan dijangka akan dapat dibasmi
dengan sepenuhnya. Akhirnya, perlaksanaan SDC dijangka akan menjadikan Sabah lebih membangun
dan maju, kadar kemiskinan yang rendah, kehidupan rakyat yang aman makmur dan sejahtera,
membangun secara tersusun dan mampan serta menikmati alam semulajadi yang lestari (SDC
Blueprint, 2007).

Cabaran

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang termaju
menjelang 2025, beberapa cabaran harus diberi penekanan dan perhatian penuh bagi memastikan
program SDC dapat dilaksanakan dengan licin, telus dan lancar.

Pemilikan Ekuiti Bumiputera

Cabaran yang memerlukan perancangan yang rapi di negeri ini ialah memastikan 30% pemilikan ekuiti
bumiputera dapat dicapai. Pemilikan ekuiti bumiputera ini termasuklah pemilikan harta kediaman dan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 583

perniagaan bukan hanya sekadar meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera tetapi juga sebagai
pencetus harapan ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pada ketika ini, pemilikan ekuiti
bumiputera di Sabah adalah pada tahap rendah iaitu di sekitar 8 hingga 10% sahaja. Oleh yang
demikian, penglibatan kaum bumiputera seperti mana dalam RMK9 ini perlu diberi keutamaan di
samping program-program peningkatan kapasiti kaum bumiputera dan matlamat ini perlu diteruskan
dan dipertingkatkan lagi dalam SDC dengan memberi peluang yang lebih kepada kaum bumiputera.

Kemiskinan

Masalah kemiskinan bukanlah merupakan suatu isu yang baru dalam sejarah Sabah khususnya kadar
kemiskinan yang tinggi dikalangan kaum Bumiputera. Malah isu ini merupakan cabaran utama yang
perlu ditangani dengan segara dan harus dilihat sebagai suatu isu utama secara global. Sabah
mencatatkan kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia. Kemiskinan dikalangan suku kaum
merupakan satu komposisi yang membimbangkan. Hampir keseluruhan suku kaum etnik di Sabah
mencatatkan kadar kemiskinan pada kadar di antara 24.2% hingga 75%. Kadar kemiskinan ini banyak
tertumpu dikawasan-kawasan luar bandar. Jurang pendapatan serta kualiti hidup antara penduduk
bandar dan luar bandar semakin melebar. Selaras dengan dasar dan strategi pembangunan nasional,
pembasmian kemiskinan negeri Sabah menjadi agenda utama dan menyasarkan pengurangan kadar
kemiskinan sebanyak 6% menjelang 2010. Malah usaha dan matlamat untuk membasmi kemiskinan
ini diterusakan dan diperhebatkan lagi dalam program SDC. Senario kemiskinan di negeri ini
sememangnya serius kerana mereka bukan hanya sekadar miskin tetapi kumpulan ini dibelenggu oleh
ketiadaan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta prasarana sosial seperti
balai raya, klinik kesihatan dan taman rekreasi. Manakala sistem pengangkutan dibeberapa tempat
hampir tidak wujud begitu juga sistem pengangkutan di tempat-tempat lain dikawasan pedalaman
berada pada tahap yang kurang baik.
Berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dalam Jadual 4, negeri Sabah
mencatatkan jumlah PGK yang agak tinggi berbanding PGK di negeri-negeri lain di Malaysia. Keadaan
ini adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja dikawasan bandar tetapi juga
dikawasan di luar bandar. Tentunya PGK ini memberi tekanan kepada penduduk untuk menyara
kehidupan harian mereka.
Berdasarkan statistik bilangan isirumah miskin tegar berdaftar pada tahun 1995/1996 yang
dikeluarkan oleh KPLB Sabah, daerah-daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan
Tawau dikategorikan sebagai daerah-daerah yang mempunyai bilangan isirumah miskin tegar yang
paling ramai. Walaubagaimanapun, bilangan ini bertambah pada tahun 2001 dan 2004 dan melibatkan
lingkungan daerah yang lebih banyak seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Nabawan,
Tawau, Papar, Tenom, Sandakan, Tuaran, Tongod, Beluran dan Kunak (lihat Jadual 5).

Kemudahan Prasarana

Umumnya kawasan-kawasan pendalaman masih menghadapi masalah kekurangan liputan atau


ketiadaan prasarana dan ameniti yang lengkap dan sempurna. Sehingga tahun 2004, hanya 45% sahaja
penduduk luar bandar di negeri ini yang menikmati bekalan air paip. Peratusan ini tentunya
membimbangkan kerana sebilangan besar (55%) daripada penduduk mendapatkan bekalan air bersih
daripada sumber-sumber seperti perigi, sungai, air hujan dan air yang turun dari kawasan tanah tinggi.
Kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air paip, api serta jalan raya telah membantutkan
pertumbuhan ekonomi khususnya kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar.
Jadual 6 menunjukkan bahawa bilangan populasi yang mendapat bekalan air paip dan elektrik
di Sabah masih lagi rendah. Bilangan populasi yang mendapat bekalan elektrik mengalami
peningkatan yang agak memberangsangkan iaitu daripada 48% pada tahun 1990 kepada 78% pada
tahun 1995. Begitu juga dengan bilangan populasi yang mendapat bekalan air paip yang mengalami
peningkatan daripada 64.3% pada tahun 1990 kepada 77.3% pada tahun 1995. Walaubagaimanapun,
keadaan sebaliknya berubah pada tahun 2000 apabila berlaku kejatuhan dalam peratusan bilangan
populasi yang mendapat bekalan air paip kepada 66.9%. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh
peningkatan dalam jumlah populasi yang ketara di negeri Sabah (lihat juga Jadual 1).

Pendatang Tanpa Izin

Peningkatan penduduk negeri Sabah secara mendadak merupakan suatu isu yang banyak
diketengahkan sejak akhir-akhir ini. Mengikut statistik tahun 1970, negeri Sabah mencatatkan jumlah
penduduk sebanyak 697,900 berbanding negeri Sarawak sebanyak 1 juta orang. Walaubagaimanapun,
584 Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

statistik tahun 2004 menunjukkan bahawa jumlah penduduk negeri Sabah telah mencecah hampir 3 juta
berbanding Sarawak sebanyak 2.3 juta sahaja. Peningkatan ini telah membimbangkan banyak pihak.
Isu kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) merupakan isu yang telah lama bertapak di Sabah.
Bagaimanapun, isu ini sukar dibendung meskipun bermacam-macam pendekatan telah di ambil dan
dilaksanakan untuk membendung kebanjiran pendatang asing ke negeri ini. Setakat tahun 2006,
dianggarkan lebih satu per tiga daripada penduduk Sabah adalah PATI. Kebanjiran PATI ini telah
mengakibatkan kerajaan negeri Sabah mengalami ‘drain resources’. Ini dapat dilihat melalui tiga aspek
iaitu kesihatan, kos pencegahan dan pengusiran dan kos logistik kem tahanan. Sebagai contoh, kerajaan
negeri Sabah telah membelanjakan lebih sejuta ringgit setiap hari untuk menampung kos makanan
PATI yang berada di kem-kem tahanan sementara yang terdapat di negeri ini.

Masalah Setinggan

Sabah merupakan negeri yang paling banyak berdepan dengan masalah sosial seperti masalah
setinggan berbanding dengan negeri-negeri di Malaysia. Negeri ini mencatatkan sebanyak 140,000
penempatan setinggan yang melibatkan sebanyak 26,000 keluarga. Salah satu penyebab kepada
permasalahan setinggan yang semakin meningkat ini adalah akibat daripada penghijrahan beramai-
ramai penduduk dari kawasan-kawasan pedalaman ke kawasan perbandaran. Kawasan-kawasan
perbandaran yang menjadi tumpuan penghijrahan ialah seperti bandar Kota Kinabalu, Tawau dan
Sandakan. Kehadiran PATI (Pendatang Tanpa Izin) dan penghijrahan masyarakat tempatan dari
kawasan-kawasan pedalaman telah mewujudkan suasana yang kurang disenangi. Kebersihan kota dan
beberapa bandar di negeri ini turut terjejas dan ditambah dengan ketidakpatuhan terhadap undang-
undang yang sedia ada.

Pembalakan Haram

Aktiviti pembalakan haram telah menunjukkan tanda pengurangan sejak kebelakangan ini.
Walaubagaimanapun, usaha-usaha yang berterusan untuk mengawal dan menghapuskan aktiviti ini
adalah perlu. Pada tahun 2005, Sabah telah mencatatkan sebanyak 40 kes pembalakan haram yang
melibatkan kawasan-kawasan hutan simpan dan tanah milik kerajaan negeri.

Pendidikan

Dari segi pendidikan, negeri Sabah masih lagi ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain.
Walaupun nisbah guru kepada pelajar di Sabah adalah setara dengan negeri-negeri lain, namun prestasi
pelajaran dan tahap pendidikan penduduk Sabah masih lagi belum boleh dibanggakan. Misalnya Sabah
mempunyai antara tahap tertinggi penduduk yang tidak mempunyai pendidikan formal (lihat Jadual 7).
Tahap pencapaian pelajar di pendalaman (luar bandar) juga berada jauh ketinggalan di
belakang pelajar di bandar. Salah satu sebabnya ialah kesukaran untuk mendapatkan guru-guru yang
berpengalaman dan berkelayakan untuk bekerja dikawasan-kawasan pendalaman. Salah satu sebab lagi
ialah jurang teknologi maklumat antara kawasan pedalaman dan bandar. Memandangkan kerajaan
persekutuan banyak menekankan perkembangan ekonomi dalam sektor teknologi maklumat dan
bioteknologi, sistem pendidikan, terutamanya di pedalaman, memerlukan kelengkapan terkini seperti
komputer dan peralatan makmal.
Jadual 8 menunjukkan statistik kadar kebolehan membaca dan menulis dikalangan penduduk
Sabah pada amnya dan Malaysia umumnya. Bilangan peratusan penduduk Sabah (individu berumur 10
tahun dan ke atas) di kawasan luar bandar jauh lebih rendah iaitu 79.2% berbanding kawasan bandar
89.7%. Sementara jumlah peratusan keseluruhan penduduk Sabah yang boleh membaca dan menulis
masih jauh ketinggalan iaitu 84.6% berbanding di peringkat nasional (Malaysia), 91%.
Bilangan peratusan individu berumur 6 tahun dan ke atas yang pernah bersekolah di Sabah
bagi kawasan luar bandar masih rendah iaitu 76.2% berbanding 81.2% kawasan bandar. Jumlah
keseluruhan peratusan individu bagi penduduk Sabah yang pernah bersekolah adalah jauh lebih rendah
iaitu 78.8% berbanding 90.2% di peringkat nasional (Malaysia).
Peratusan taburan individu bekerja dan tidak bekerja mengikut pencapaian akademik
ditunjukkan dalam Jadual 9. Peratusan individu (bekerja dan tidak bekerja) yang tidak mempunyai
pendidikan formal masih lagi tinggi dari tahun 1999 hingga 2003. Sementara mereka yang mempunyai
latar belakang pendidikan daripada kolej atau universiti agak kecil bilangan peratusannya berbanding
dengan peratusan taburan bagi mereka yang hanya mempunyai tahap pendidikan setakat peringkat
sekolah rendah dan menengah. Walaubagaimanapun, berlaku penurunan peratusan taburan individu
yang tidak mempunyai pendidikan formal dari tahun 1999 hingga tahun 2003 bagi kedua-dua kategori
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 585

bekerja dan tidak bekerja. Sebaliknya, secara umum, berlaku peningkatan dalam peratusan taburan
individu bagi mereka yang berpendidikan sekolah rendah, menengah dan tinggi bagi kedua-dua
kategori dari tahun 1999 hingga 2003.
Di bawah RMK9, sejumlah RM2.87 bilion telah diperuntukkan bagi membangunkan
prasarana pendidikan. Penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 1994 tentunya telah
menyumbang serta memberikan nilai tambah kepada ekonomi negeri secara amnya. Penubuhan pusat
pengajian tinggi seperti UMS, kewujudan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara di Menggatal
(UiTM) dan beberapa institusi pengajian tinggi swasta seperti UNITAR dan Open university adalah
wajar dalam proses peningkatan modal insan. Institusi-institusi ini dengan sendirinya menjadi indikasi
tarikan kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar negara. Graduan yang dihasilkan oleh pusat-pusat
pengajian tinggi di negeri ini tentunya dapat memberi isyarat kepada pengusaha-pengusaha dari dalam
dan luar negara untuk membuat pelaburan di Sabah.

Sistem Penyampaian

Keberkesanan sesuatu program atau projek yang dijalankan oleh kerajaan adalah sangat berkait rapat
dengan sistem penyampaian yang semakin menjadi isu dan mendapat perhatian penuh daripada
pelbagai pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun swasta. Sistem
penyampaian merupakan isu yang banyak diperkatakan sama ada di peringkat kerajaan tempatan
ataupun kerjaan pusat. Jika sistem penyampaian ini tidak ditangani dengan baik, maka ia boleh
melambatkan proses perlaksanaan projek-projek kerajaan yang telah direncanakan.
Salah satu daripada sistem penyampaian yang banyak dibahaskan ialah proses mendapatkan
kelulusan geran tanah yang mengambil masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun. Kelewatan
untuk mendapatkan kelulusan ini boleh menjadi penghalang ke arah memaju dan meningkatkan hasil
pertanian. Keadaan ini semakin terasa apabila kelulusan untuk bantuan pertanian bagi tanah adat sukar
untuk diperolehi. Sudah tentunya proses yang tidak cekap ini mambantutkan perancangan pembukaan
tanah-tanah terbiar khususnya kawasan-kawasan di luar bandar.

CADANGAN

Dalam usaha negeri Sabah menjadikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kompetitif, perlu ada
usaha untuk mengeluarkan produk-produk dan perkhidmatan berdaya saing melalui peningkatan
produktiviti, kecekapan, kreativiti dan inovasi. Diharapkan melalui SDC ini, sistem pengangkutan,
infrastruktur sokongan dan utiliti dapat di tambah dan dipertingkatkan lagi. Kemudahan ini bukan
sahaja dapat mengurangkan kos pembuatan tetapi juga berupaya untuk menarik pelaburan dari dalam
dan luar negara melabur di negeri ini.
Sektor pelancongan yang dilihat sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi perlu
dirancakkan lagi dengan promosi pelancongan dalam dan luar negara yang terancang dan berkesan.
Sehubungan dengan ini, prasarana yang baik, kemudahan pendaratan pengangkutan udara dan laut
yang menghubungkan negeri ini dengan dunia luar perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan. Jaringan
hubungan kerjasama ekonomi dengan negara-negera luar seperti ASEAN dan khususnya antara negara-
negara anggota dalam kesepakatan Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area
(BIMP-EAGA) perlu diperhebatkan (Kasim M, & et. al., 2004). Tidak dapat dinafikan bahawa
kumpulan kerjasama ini meliputi satu kawasan yang strategik dengan jumlah penduduk di sekitar 400
juta orang. Memajukan sektor pertanian merupakan salah satu pendekatan yang wajar dan perlu di beri
perhatian. Negeri Sabah yang memang memiliki iklim dan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian
merupakan satu lagi peluang yang baik ke arah memperkasa masyarakat luar Bandar.

RUMUSAN

Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) tidak dapat dinafikan boleh memberi impak positif
kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini. Bagaimanapun pengalaman beberapa tahun yang lepas
khususnya sejak krisis kewangan yang melanda beberapa negara ASEAN dalam tahun 1997,
pertumbuhan ekonomi yang dialami oleh negeri ini sangat menggalakkan jika dilihat dari sudut sejarah
perkembangan ekonomi sabah itu sendiri. Namun demikian, kemajuan dalam perkembangan ekonomi
Sabah masih belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Oleh
itu, melalui SDC harapan disandarkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang sejak
kebelakangan ini terus kukuh dan memberangsangkan ditambah dengan perutukan sebanyak RM15.7
586 Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

bilion dalam RMK9 dijangka merintis laluan ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri maju menjelang
2015. SDC juga bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang berkekalan.
Memang tidak dapat dinafikan negeri Sabah berdepan dengan bermacam halangan dan
cabaran. Antara halangan yang memerlukan pemerhatian yang serius ialah masalah kemiskinan yang
tinggi dan membimbangkan, kemudahan infrastruktur yang serba kekurangan dan sebagainya. Pun
demikian, negeri ini yang kaya dengan sumber-sumber alam menjanjikan banyak potensi sebagai pusat
pertumbuhan ekonomi. Sektor pertanian dan pelancongan boleh dijadikan sandaran dan harapan yang
berdaya saing serta bertahan lama. Justeru itu, negeri ini memerlukan perancangan yang strategik
seperti SDC ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.

RUJUKAN

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Pendidikan & Ciri-ciri Sosial Penduduk.
Buku Tahunan Perangkaan Sabah, 2004, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.
Buku Tahunan Statistik Sabah 2005, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.
Buletin Statistik Bulanan Sabah, Februari 2006.
Buletin Statistik Bulanan Sabah, Februari 2007, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.
Buletin Statistik Bulanan Sabah, Januari 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.
Devaraj, Jeyakumar. 2004. Has Malaysia really eradicated poverty? Aliran Monthly (2).
Gusni Saat. 2004. Peribumi Teluk Sapanggar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kasim Mansur, Sidah Idris & Dullah Mulok. 2004. BIMP-EAGA: Peranannya ke Arah Mewujudkan
Kerjasama Ekonomi, Peluang Niaga, Prospek dan Cabaran. Dalam Prosiding Seminar
MACFEA ke-9 2004, Pengguna Domestik dan Perdagangan Pemacu Pertumbuhan Ekonomi
Negara. Anjuran bersama KPDN-HEP, UKM dan MACFEA.
Kasim Hj. Mansur dan Mori Kogid. 2008. Koridor Pembangunan Sabah (SDC): Pemangkin
Pertumbuhan Ekonomi Negeri Sabah yang Berdaya Tahan dan Berdaya Saing. Kertas kerja
dibentangkan di Konferensi Antara Universiti Se Borneo – Kalimantan Ke – 4, Universitas
Mulawarman, Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). 2005. Sabah.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, 2006. Laporan tahunan Kementerian Pertanian
dan Industri Makanan Makanan. Kota Kinabalu: Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.
Malaysia, Third Outline Perspective Plan, 2001-2010.
Mohd. Yusof Kasim, Kasim Mansur & Dullah Mulok. 2002. Paradigma dan Pendekatan Mampan
Dalam Konteks Pembangunan Wilayah: Kesesuaiannya Dalam Konteks Pembangunan di
Sabah. Kertas dibentang dalam bengkel Menjana Pembangunan Ekonomi di Koridor
Tenggara Sabah: Isu dan Prospek, Hotel Eksekutif, Lahad Datu, 30 April 2002.
Mohd. Yusof Kasim, Kasim Mansur & Gari Itam. 2006. Isu Kemiskinan Bandar: Kes Negeri Sabah.
Dalam Ekonomi Malaysia: Ke Arah Pascaindustri. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Johan, Musalmah. 2005. Eradicating rural and urban poverty: MIER.
Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-2000; Kajian Semula Pertengahan Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-
2000.
Rancangan Malaysia Ke-8, 2001-2005.
Sabah Industrial Development Ministry, 2006. Sabah Industrial Development Ministry Annual Report.
Kota Kinabalu: Sabah Government publication.
Institute for Development Studies (IDS), Sabah. 2007. Sabah Development Corridor Blueprint 2008 –
2025: Harnessing Unity in Diversity for Wealth Creation and Social Well-Being.
The North Borneo Chartered Company. 1962. North Borneo Report on Sabah Population: p. 27.
UNDP in Malaysia: poverty reduction. 2005. UNDP.
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah (UPENS), Sabah. 2005. Laporan Tahunan UPEN. Kota
Kinabalu: Pencetakan Kerajaan Negeri Sabah.
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah. 2001. Strategi Kerajaan Negeri Sabah Untuk Melaksanakan
Aspek Pembasmian Kemiskinan dan Penyusunan Semula Masyarakat Di Bawah RRJP3 dan
RMK8. Kota Kinabalu (Tidak diterbitkan).
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 587

LAMPIRAN JADUAL

Jadual 1: Sabah - Kdnk Per Kapita Pada Harga Tetap 1987

Tahun KDNK % Populasi KDNK Per %


(RM Pertumbuhan Pertengahan Kapita (RM) Pertumbuhan
Juta) Tahun (’000)
2000 11,976 - 2,603.4 4,600 -
2001 12,242 2.2 2,667.3 4,590 -0.2
2002 13,007 6.2 2,730.1 4,764 3.8
2003 13,756 5.8 2,795.1 4,922 3.3
2004 14,333 4.2 2,862.3 5,008 1.7
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah.

Jadual 2: Perubahan Corak Dalam Eksport Di Sabah

Ekonomi 1995 (%) 2004 Nilai 2004


(RM Juta)
Asia Timur Japan 18.8 1268.3 5.6
PRC 11.5 3853.9 17.0
Negara Asia S. Malaysia 19.5 3145.4 13.9
yang lain Sarawak 6.4 1652.3 7.3
Singapura 6.0 536.7 2.4
Korea 6.7 1728.6 7.6
Lain-lain Belanda 2.7 1447.0 6.4
Sumber: Buku Statistik Tahunan Sabah

Jadual 3: Jumlah Bilangan Kedatangan Pelancong Ke Sabah, 2003 – 2006

Tahun Bilangan Kedatangan


2003 1,066,879
2004 1,565,662
2005 1,940,671
2006 2,107,288
Sumber: Buletin Statistik Bulanan Sabah, Januari 2006 dan Februari 2007, Jabatan Statistik Malaysia,
Sabah.

Jadual 4: Pendapatan Garis Kemiskinan (Pgk) 1995-2005

Negeri 1977 1995 1997 1999 2002 2005 (RM) Purata


(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) Bandar Luar Saiz Isi
Bandar Rumah
Semenanjung 543 425 460 510 529 663 657 4.6
Malaysia
Sarawak 608 516 643 584 600 777 753 4.8
Sabah 704 601 633 685 690 881 897 4.9
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Sabah. 2005

Jadual 5: Bilangan Isirumah Miskin Tegar Mengikut Daerah Di Sabah, 1996, 2001 & 2004

Daerah Berdaftar 13 Mac 2001 13 Mei 2004


1995/1996
Kudat 1,286 1,861 1,441
Kota Marudu 1,518 1,583 1,583
Pitas 1,284 3,272 3,581
Kota Belud 1,625 3,315 3,581
Nabawan 973 1,833 1,833
Tawau 1,000 1,033 1,030
Papar 232 2,258 2,703
588 Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid

Tenom 868 1,214 1,249


Ranau 637 411 1,055
Tambunan 257 503 814
Sandakan 583 2,280 2,283
Tuaran 651 2,337 2,523
Semporna 440 738 744
Tongod 536 1,499 2,548
Beluran 232 2,019 2,685
Kuala Penyu 427 113 118
Penampang 167 390 703
Kinabatangan 418 130 400
Beaufort 286 466 548
Keningau 326 453 304
Kunak 282 1,880 1,599
Bandaraya Kota Kinabalu 39 88 490
Lahad Datu 184 140 337
Sipitang 109 73 166
Total 14,362 29,889 34,589
Sumber: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Sabah.

Jadual 6: Indikator Sosio-Ekonomi Terpilih Bagi Sabah** & Malaysia, 1990-1995

Sabah Malaysia
1990 1995 2000 1990 1995 2000
Kadar Kebolehan Membaca & 71.5 78.4 84.6 85.1 89.3 -
Menulis (%)
Kadar Kematian Bayi Per 1000 31.6 37.8 11.5^ 13.1 9.9 3.7*
Kelahiran HidupInfant
Bilangan Doktor Per 10,000 2.4 2.2 2.4* 4.8 5.3 6.6*
Populasi
Populasi Dengan Bekalan Air 64.3 77.3 66.9* 80.1 89.1 92*
Paip (%)
Populasi Dengan Bekalan 48.0 78.0 - 83.8 95.8 -
Elektrik(%)
Panjang Jalan Telah Diturap Per 0.4 0.5 - 1.2 1.5 -
10 sq. km (km)
Telefon Per 1,000 Populasi 62.9 81.7 120.8* 89.3 164.3 228.4*
Sumber: Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-2000; Kajian Semula Pertengahan Rancangan Malaysia Ke-
7, 1996-2000 dan Rancangan Malaysia Ke-8, 2001-2005.
Nota: ^ adalah angka bagi tahun 1998, * adalah angka bagi tahun 1997 dan ** adalah termasuk Labuan.

Jadual 7: Peratus Penduduk Tidak Mempunyai Pendidikan Formal

Tahun Sabah Kedah Kelantan


1990 14.15 11.18 13.15
1996 12.36 10.09 11.63
2002 10.08 7.08 8.69
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Malaysia, Kualiti Hidup Malaysia, 2004.

Jadual 8: Kadar Kebolehan Membaca & Menulis, 2000

Malaysia Sabah
Kadar Kebolehan Membaca & Menulis Bagi Warganegara Malaysia (%)
Individu Berumur 10 Tahun & Ke Atas :
Jumlah 91.0 84.6
Bandar 94.3 89.7
Luar Bandar 85.4 79.2
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008 589

Individu Berumur 6 Tahun dan Ke Atas Yang Pernah Bersekolah (%)


Jumlah 90.2 78.8
Bandar 92.7 81.2
Luar Bandar 87.6 76.2
Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Pendidikan & Ciri-ciri Sosial Penduduk.

Jadual 9: Peratusan Taburan Individu Bekerja & Tidak Bekerja Mengikut Pencapaian
Akademik Di Sabah, 1999 - 2003

Pencapaian 1999 2000 2001 2002 2003


Akademik (a) (b) (a) (b) (a) (b) (a) (b) (a) (b)

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0
Tiada
Pendidikan 12.3 3.1 11.8 6.6 11.2 4.7 10.8 6.2 10.8 4.6
Formal
Sekolah
Rendah 37.2 15.5 33.6 15.0 34.0 13.6 34.3 19.6 33.8 15.7
Sekolah
Menengah 46.5 72.5 45.6 68.8 45.8 69.8 44.7 62.7 45.3 65.3
Pendidikan
Tinggi (Kolej / 4.0 8.9 9.0 9.6 9.1 11.8 10.1 11.6 10.1 14.4
Universiti)
Sumber: Malaysia, 2004. Buku Tahunan Perangkaan Sabah, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.
Nota: (a) Berkerja, (b) Tidak Berkerja

View publication stats

You might also like