You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KENT, TUARAN SABAH.

KEMBARA & IKHTIAR HIDUP


OBJEKTIF:

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
2. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.
3. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
secara berkumpulan.

AKTIVITI:
Aktiviti Kembara & Ikhtiar Hidup disusun dengan kesepaduan dengan mengabungkan beberapa tugasan iaitu
Membaca Kompas dan Bearing; Masakan Rimba, Solat & Tayammum, Perangkap Haiwan dan Pertolongan
Cemas.

HURAIAN:
1. Peserta dibahagikan ke dalam kumpulan masing- masing terdiri 10 – 12 orang.
2. Peserta dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang telah disenaraikan.
3. Ketua Jurulatih akan menerangkan Penggunaan Kompas dan ARAH (Bearing)
4. Kumpulan diberikan ARAH (Bearing).
5. Kumpulan akan bergerak mengikut ARAH (Bearing) yang diberi. (ARAH (Bearing) berbeza antara
Kumpulan)
6. Setiap Kumpulan diiring oleh seorang Penolong Jurulatih yang akan bertindak sebagai Penilai
sahaja (Tidak dibenarkan untuk menunjukcara).
7. Aktiviti akan mengambil masa lebih kurang 5 – 6 jam.

TUGASAN:

1. Kompas dan Arah (Bearing).


2. Masakan Rimba
3. Solat & Tayammum
4. Perangkap Haiwan
5. Pertolongan Cemas

PERATURAN:

1. TAPAK (Base Camp):


a. Kumpulan akan berada di TAPAK (Base Camp) yang telah ditentukan oleh Ketua Jurulatih.
b. Ketua Jurulatih akan memberikan taklimat Kembara.
c. Ketua Jurulatih akan mengedarkan Kertas ARAH (Bearing) kumpulan masing- masing.

2. ARAH (Bearing) 1:
Tugasan: Tiada

3. ARAH (Bearing) 2:
Tugasan: Tiada

4. ARAH (Bearing) 3:
Tugasan: Tiada
5. ARAH (Bearing) 4:
Tugasan:
a. Memasak Masakan Rimba:
Kumpulan dikehendaki memasak Masakan Rimba mengikut kreativiti kumpulan dan makan
tengahari selepas dinilai oleh Penolong Jurulatih.

b. Tayammum dan Solat.


Peserta Muslim dikehendaki mendirikan Solat Zuhur. Wudu’ mengikut kaedah Tayammum.

6. ARAH (Bearing) 5:
Tugasan: Membuat 3 Perangkap Haiwan
Kumpulan dikehendaki menghasilkan sekurang- kurangnya 3 jenis Perangkap Haiwan.

7. ARAH (Bearing) 6:
Tugasan: Pertolongan Cemas.
Salah Seorang Ahli Kumpulan cedera di kaki dan tidak boleh berjalan, Ahli kumpulan dikehendaki
menguruskan ahli yang cedera ini hingga sampai ke TAPAK (Base Camp).

PANDUAN:

1. Mestin mesti dilumur dengan minyak masak sebelum diguna untuk memasak. Dicuci sehingga putih
sebelum dikembalikan.
2. Ponco pelbagai guna untuk berehat, berlindung, makan, solat.
3. Penolong jurulatih tidak dibenarkan menunjukcara. Mereka adalah penilai sahaja.
4. Sila lakukan pembacaan awal untuk ilmuTayammum dan Arah Kiblat.
5. Keselamatan Diutamakan.

Ketua Jurulatih Darat


Kapt (KRS) Zainudin Ab. Ghani
31 Januari 2022
KEMBARA & IKHTIAR HIDUP
SENARAI SEMAK PERALATAN DAN BAHAN
(Pakej Untuk 1 Kumpulan 10– 12 orang)

Bil Peralatan Kuantiti Persediaan Catatan (/)


1 Mestin 6 unit (3 set) AJK Peralatan
2 Poncho 3 Unit AJK Peralatan
3 Peti Pertolongan Cemas 1 unit AJK Peralatan
4 Tali Keselamatan 6 meter AJK Peralatan
5 Kompas 1 unit Ketua Kumpulan
6 Parang Bersarung 3 unit Kumpulan
7 Pisau Bersarung 3 unit Kumpulan
8 Pinggan 1 orang 1 Kumpulan
9 Sudu 1 orang 1 Kumpulan
10 Cawan 5 buah Kumpulan
11 Mancis (Lighter) 1 unit Kumpulan
12 Lampu Suluh 2 unit Kumpulan

BAHAN:

Bil Peralatan Kuantiti Persediaan Catatan (/)


1 Beras 5 cawan Kumpulan
2 Telur 1 orang 1 biji Kumpulan

3 Sardin 2 tin besar Kumpulan

4 Keledek 5 biji Kumpulan

5 Kubis Seperempat buah Kumpulan

6 Biskut 1 bungkus Kumpulan

7 Minyak Setengah botol kecil Kumpulan

8 Bawang/Kunyit/Serai Sedikit Kumpulan

9 Garam Sedikit Kumpulan

10 Gula Sedikit Kumpulan

11 Tali Plastik 2 gulung Kumpulan


12 Air Botol Mineral 2.5L 1 orang 1 Kumpulan

You might also like