You are on page 1of 32

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity disorder) merujuk

kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku


ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti
kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih
kerap dan teruk berbanding dalam keadaan biasa yang
diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan
yang normal (Zipoli & Melloy, 2001)
Miltenberger (2012) mendefinisikan tingkah laku manusia
sebagai apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang.

sukar memberi tumpuan

sukar mematuhi arahan

selalu kehilangan barang

muda lupa walaupun tidak sepatutnya

menunjukkan perlakuan resah melalui pergerakkan tangan dan


kaki atau menggoyakkan badan di tempat duduk

sering berlari di sekeliling kawasan

gagal bersabar menunggu giliran semasa beratur ataupun


bermain
Kanak-kanak ADHD banyak mempunyai tingkah
laku bermasalah. Maka, guru perlu
melaksanakan pengurusan tingkah laku bagi
membentuk insan yang kamil.
Pengurusan tingkah laku adalah satu
pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana
perlu melakukan beberapa perkara penting
sebelum dan semasa proses pengurusan
tingkah laku (Zirpoli dan Melloy, 2001). Perkara
yang perlu dilaksanakan semasa intervensi:
Memerhati, mengukur dan menilai corak
perlakuan semasa

Kenalpasti antecedent dan consequence

Tentukan objektid tingkah laku baharu

Pembentukan tingkah laku baharu


Terdapat dua teori yang memainkan peranan dalam
pengurusan tingkah laku iaitu Teori pelaziman Operan
(Skinner & Thorndike) dan Teori Pembelajaran Sosial.

1. Teori Pelaziman Thorndike

Thorndike berpendapat bahawa hubungan antara


rangsangan dan gerak balas memberi kesan terhadap
tingkah laku. Daripada kajian beliau terhadap kucing,
beliau mengemukakan satu hukum iaitu hukum kesan
(law of effect). Hukum kesan ini mengatakan bahawa
tingkah laku yang memberi kesan yang diingini akan
berlaku kerap pada masa hadapan. Hukum ini
menyatakan bahawa tingkah laku yang diikuti dengan
kesan yang positif berlaku secara kerap dan sebaliknya
(McLeod, 2015).
2. Teori Pelaziman Operan Skinner

Skinner mengkaji pendapat tokoh-tokoh


sebelumnya dan mendapati bahawa tingkah
laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa-
apa yang berlaku sebaik sahaja sesuatu
tingkah laku ditunjukkan. Hal ini
menekankan hasil kesan-akibat yang
membawa kepada perubahan tingkah laku.
Kesan akibat ini boleh berlaku dalam bentuk
ganjaran ataupun hukuman. Pelaksanaan
kesan-akibat ini membawa kesan yang
tertentu kepada tingkah laku(McLeod,
2015)..
3. Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Menurut Bandura, proses mengamati dan


meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai
model merupakan tindakan belajaran. Beliau
menjalankan kajian terhadap patung Bobo dan
kanak. Daripada eksperimen ini, beliau
mendapati bahawa kanak-kanak meniru
perlakuan agresif dari orang dewasa di
sekitarnya (Ragbir Kaur, 2011).
Model Psikodinamik

Teori ini berasaskan kepada teori Sigmon Freud (1949)


dan Erik Erikson yang berfokuskan kepada proses
kejiwaan dan masalah dalaman individu (Azizi Yahaya,
Cathy Suhaila, Roslee Ahmand dan Sharifuddin Ismail,
2005).

Punca gangguan tingkah laku :

Masalah dalaman individu


Fakor persekitaraan yang menggangu kehidupan
intrapsikik

Strategi pengurusan :

Teknik kaunseling (temu bual)


Teknik media ekspresif (lakonan bebas, puppet,
tarian)
Model Biofizikal

Menurut model ini, tingkah laku saling berkait rapat


dengan faktor organik. Model ini melihat hubungan
antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan
dan penyakit dengan tingkah laku (Ragbir Kaur,
2011).

Punca gangguan tingkah laku :

baka
Fakor persekitaraan

Strategi pengurusan:

Kaunseling genetic
Penjagaan sebelum dan selepas kelahiran
Model Persekitaraan

Persekitaraan sangat mempengaruhi terhadap


tingkah laku manusia. Pendekatan ini
menggunakan persekitaran sebagai intervensi
tingkah laku. Contohnya, kanak-kanak diasingkan
daripada persekitaran yang boleh menyebabkan
berlakunya tingkah laku. (Ragbir Kaur, 2011)

Punca gangguan tingkah laku :

Perubahan persekitaran

Strategi pengurusan :

Interface-centered
Model Behavioral

Model ini menekankan langkah-langkah pengurusan


yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Langkah-
langkah ini bertujuan untuk mengubah tingkah laku
negatif kepada ke arah positif yang boleh diaplikasikan
dalam bilik darjah. Tingkah laku ini melibatkan (Ragbir
Kaur, 2011):

A= Peristiwa awal (Antecedent )

B= Tingkah laku (Behaviour)

C - Kesan akibat (Consequent)

A B C
Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang
dapat mengekalkan atau mengubahsuai tingkah laku kanak-
kanak Ia merupakan aspek yang sangat penting dalam
pengurusan tingkah laku. Terdapat 2 jenis peneguhan iaitu
(Ragbir Kaur, 2011):

Peneguhan positif digunakan untuk meningkatkan


tingkah laku yang diingini
Peneguhan negatif - digunakan untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini

Peneguhan negatif :

Peneguhan negatif berlaku apabila sesuatu unsur


dikurangkan untuk menambah tingkah laku yang diingini.
Contohnya, memberi pelepasan kepada seorang murid
daripada membuat kerja rumah kerana menyerahkan
semua tugas pembelajarannya awal.
Jenis jenis peneguhan positif:

1. Tangible (dibahagi kepada 2)


Edible reinforcement makanan dan minuman yang
murid minat. Contohnya, ais krim, biskut, jus
Non edible reinforcement barang yang selain
daripada makanan dan minuman. Contohnya, baju,
pensel, patung

2. Sosial kasih sayang, senyuman, pujian, perhatian yang


diberi oleh guru.

3. Aktiviti - aktiviti yang disukai oleh murid seperti lawatan,


menonton kartun, mewarna

4. Sensory sensasi yang mengembirakan murid.

a. Sentuhan (tactile) sentuhan kulit ke kulit antara guru


dan murid. Contohnya, pelukan, usap kepala
b. Visual menggunakan alat-alat yang menarik perhatian
dan mengembirakan murid. Contohnya, kaleidoscope.
c. Auditory bunyi yang disukai oleh murid. Contohnya,
lagu kesukaan murid
Jenis-jenis pemerhatian
dikategorikan mengikut tujuan dan
aspek yang hendak diperhati :

melapor apa yang dilihat


memerhati sesuatu
tingkah laku tanpa
menggunakan tafsiran untuk
membuat tafsiran membuat hipotesis
melaksanakan secara menggunkan senarai
berterusan mengikut semak atau rekod
keperluan anekdot

memerhati apa menilai sesuatu tingkah laku


yang dirancang dan yang diwujud tanpa dijangka
secara "open
pemerhatian
ended"
dilaksanakan secara
jangka masa
pemerhatian mengikut
global atau analitik
keadaan dan keperluan
mengikut objektif

pemerhatian yang
memerhati untuk dilaksanakan mengikut
jangka pendek dan urutan dalam jangka masa
maklum balasyangdiperoleh
berperingkat
jangka panjang melalui pemerhatian
guru
Semua
tingkah laku
adalah
dirangsang
secara
khusus
intervensi
perlu Tingkah laku
berfokus boleh diajar
kepada dan diubah
kanak-kanak

Prinsip
pengurusan
tingkah laku

intervensi matlamat
perlu pengurusan
mengikut tingkah laku
peredaran perlu jelas
zaman kini dan khusus
intervensi
perlu
dirancang
mengikut
masalah
individu
Guru perlu melaksanakan intervensi bagi menangani
tingkah laku bermasalah yang ada pada murid. Teknik
modifikasi tingkah laku dibahagikan kepada 2 iaitu
intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
dan intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang
tidak diingini. Langkahlangkah melaksanakan strategi
pengurusan tingkah laku adalah berikut:

1. Mengenal pasti dan memilih tingkah


laku (sasaran)

2. Mengumpul dan merekod data

3. Mengenal pasti dan menentukan


peneguhan

4. Melaksanakan program intervensi

5. Menilai keberkesanan intervensi


Intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini

1. Token ekonomi
Satu sistem modifikasi tingkah laku berdasarkan
pelaziman operan
Teknik ini meneguhkan tingkah laku positif dengan
memberikan token atau hadiah kepada murid-murid apabila
mereka mencapai tingkah laku yang telah ditetapkan.

1. Guru telah mengenal pasti tingkah laku yang berkurangan


dalam murid. Contohnya :
Tidak membuat kerja rumah
Berlari dalam kelas
Mengganggu rakan
Tidak menumpuhkan perhatian dalam kelas
Tidak memberi salam kepada guru dan rakan

2. Setelah mengenal pasti, guru telah menetapkan matlamat


intervensi iaitu membentuk tingkah laku yang diingini.
Contohnya :

Membuat kerja rumah


Duduk diam dalam kelas
Menumpuhkan perhatian dalam kelas
Memberi salam kepada guru dan rakan
Tidak menganggu rakan
3. Guru telah mengumpul data kekerapan murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini selama 1 minggu.
4. Guru juga telah mengenal pasti token iaitu "star".
5. Guru telah mengenal pasti peneguhan yang akan diberi
semasa intervensi iaitu jus oren, menonton televisyen,
bermain game 'angry bird' dan "teddy bear".
6. Guru memperkenalkan tentang kaedah token ekonomi
kepada murid. Jika murid menunjukkan tingkah laku yang
diingini, murid akan mendapat token.

Tingkah laku Token


Membuat kerja rumah
3
Duduk diam dalam kelas
5
Menumpuhkan perhatian
7
dalam kelas
Memberi salam kepada
4
guru dan rakan

5
Tidak menganggu rakan

Jadual 1 menunjukkan token yang akan diberi bagi tingkah


laku yang diingini
7. Manakala, jika murid menunjukkan tingkah laku yang
tidak diingini, guru akan mengambil balik token tersebut.

Tingkah laku Token


Tidak membuat kerja
1
rumah
Berlari dalam kelas
4
Tidak menumpuhkan
5
perhatian dalam kelas
Tidak memberi salam
3
kepada guru dan rakan

2
Menganggu rakan

8. Setelah mendapat beberapa token, murid boleh


menukarkanya dengan ganjaran seperti yang ditunjukkan
dalam jadual.

Ganjaran Token
Jus oren 3
Menonton kartun 10
Bermain game 15
Teddy bear 25
9. Setelah menerapkan tingkah laku yang diingini, guru
perlu membuat penilaian.

Contoh Papan Ekonomi Token

Contoh token
Contoh graf data
Intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini

2. Kontrak bertulis
Teknik ini merupakan persetujuan di antara murid dan
guru secara bertulis.
Guru membuat kontrak dengan murid supaya murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini iaitu berduduk
diam semasa guru mengajar dalam kelas.
Guru menjelaskan perkara-perkara yang perlu
dijalankan oleh murid.
Murid dan guru menandatangani kontrak tersebut.
Jika murid melanggari kontrak tersebut, murid akan
menjalani peneguhan negatif iaitu mengambil balik
buku berwarna kegemarannya.
Jika murid dapat menunjukkan tingkah laku yang baik,
maka murid akan diberi ganjaran seperti murid dapat
menonton kartun kegemarannya.
Contoh kontrak bertulis
Intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini

3. Shaping
Shaping merupakan satu usaha memberikan ganjaran
kepada murid setiap kali murid semakin hampir kepada
satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru.
Ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin
besar apabila murid bergerak hampir ke arah
pencapaian matlamat tingkah laku yang ditetapkan.
Jika murid secara progresif dapat mencapai objektif
tingkah laku positif, guru akan terus menyediakan
ganjaran/ hadiah yang lebih besar sehingga tingkah
laku bermasalah berhenti terus.
Kanak-kanak ADHD sering makan bergopoh-gopoh dan
makanan tersebut bertaburan.
Guru perlu menjalankan kaedah shaping bagi
membentuk tingkah laku makan secara bersih.
Cara pelaksanaan Shaping

1. Guru telah menetapkan satu matlamat. Contohnya, guru


mengajar murid untuk makan secara bersih dengan
menggunakan sudu dan garpu.

2. Guru mengajar cara memegang sudu dan garpu. Jika


murid mengikut dengan betul, guru akan memberi ganjaran.

3. Seterusnya, guru akan mengajar murid untuk mengambil


makanan dengan sudu dan garpu.

4. Setelah mengambik makanan, guru akan mengajar murid


untuk mengambil makanan tersebut dekat dengan mulut
dan memakannya.
Cara- cara untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini

1. Time-out
Satu teknik modifikasi tingkah laku dimana guru
mengalikkan murid daripada persekitaran di mana
tingkah laku negatif berlaku sebagai satu cara untuk
mengurangkan dan menghapuskan tingkah laku
negatif.
Kanak-kanak ADHD sering menganggu rakan-rakan
sebelahnya di kelas. Tingkah laku bermasalah ini
mengganggu kelancaran pengajaran dan
pembelajaran.
Guru perlu mengenali minat kanak-kanak ini dan
melakukan kaedah "time-out" pada aktivti minat
kanak-kanak itu.
Contohnya, jika murid tersebut suka aktiviti mewarna,
guru perlu 'time-out' mereka semasa aktiviti tersebut.
Semasa 'time-out' guru perlu menjelaskan mengapa
murid tersebut tidak boleh terlibat dalam aktiviti
tersebut.
Daripada kaedah ini, murid tersebut akan
mengurangkan tingkah laku menganggu rakan-
rakannya bagi mengelakkan 'time-out'.
Cara- cara untuk mengurangkan tingkah laku yang
tidak diingini

2. Penghapusan (Extinction)
Penghapusan merupakan suatu modifikasi tingkah
laku yang tidak diingini yang menyekat murid
daripada melakukan tingkah laku negatif dan
mengantikkannya dengan tingkah laku positif secara
beransur-ansur.
Contohnya,kanak-kanak ADHD sering membuat
bising di dalam kelas telah mendapat perhatian
sosial oleh gurunya. Maka, murid tersebut sering
membuat bising dalam kelas supaya mendapat
perhatian gurunya.
Jika guru tidak memberi perhatian semasa murid
membuat bising dalam kelas, tingkah laku tersebut
akan berkurang seterusnya akan lenyap.
Hal ini demikian kerana setiap kali murid membuat
bising, guru telah mengekalkan tingkah laku tersebut
dengan memberi perhatian (peneguhan positif).
Setelah guru tidak melayan murid tersebut, tingkah
laku tersebut tidak berlaku kerana tidak mendapat
respons dari guru.
Kanak-Kanak ADHD mengalami masalah tingkah laku
yang ketara berbanding dengan murid berkeperluan
khas yang lain. Guru dan ibu bapa perlulah berganding
bahu untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini dan meningkatkan tingkah laku yang diingini
dalam kalangan murid.

You might also like