You are on page 1of 22

Definisi Pengurusan Tingkah laku.

Pengurusan Tingkahlaku ialah program tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibubapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005) pula mentakrifkan Pengurusan tingkah laku sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku Program Pengurusan Tingkahlaku adalah merupakan dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara seperti jenis perlakuan yg dinilai, kekerapan perlakuan dan keadaan semasa perlakuan dinilai. Sebagai contoh, setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas bagi membolehkan berlakunya pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru perlu membimbing tingkah laku murid kearah positif dan menghentikan tingkah laku negatif agar murid bebas dari sebarang gangguan. Terdapat beberapa langkah asas bagi pengurusan tingkahlaku iaitu dengan men genal pasti jenis tingkahlaku yang hendak dikaji terlebih dahulu dan kemudian tentukan sasaran. Seterusnya pilih strategi yang hendak digunakan serta mengkaji kesan dan akhir sekali mengaplikasi strategi baru jika perlu.

ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.

a) Peneguhan Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan peneguhan. b) Hukuman Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tigabahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif. Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan

pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan. c) Prompts Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan responyang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikanpada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi. d) Kiu Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.

Konsep Pengurusan Tingkah Laku Tingkah laku dipelajari sepanjang masa. Tingkah laku boleh diubah mengikut situasi. Tingkah laku dianggap sebagai satu masalah apabila ia tidak diterima dalam satu situasi.

Langkah-langkah dalam menguruskan tingkah laku 1. Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubahsuai, kita mesti spesifik. 2. Kumpul semua maklumat : Bila tingkah laku itu berlaku? Berapa kerap ia berlaku? Dalam keadaan apa ia berlaku? Apa terjadi sebelum tingkah laku itu ditunjukkan? Apa pandangan kanak-kanak terhadap tingkah lakunya itu? Apakah tingkah laku itu selalu berlaku apabila dia bersendirian? Semasa di bawah penyeliaan? Semasa dengan orang lain? 3. Tafsir maklumat yang telah dikumpul 4. Rancangkan pengubahsuaian 5. Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda.

Pendekatan dalam pengurusan tingkah laku 1.Pendekatan Intimidation Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan) Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk

memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masingmasing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

LANGKAH-LANGKAH MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU Untuk memulakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu menjalankan beberapa langkah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah mengesan tingkah laku-tingkah laku bermasalah. Selepas itu, guru perlu memerhati dan merekod beberapa perkara berikut iaitu hasil tugasan (out-come of a given task), time sample recording, interval (sela), peristiwa semasa (event) dan selfrecording (merekod tingkah laku sendiri). Guru juga perlu mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan). Kemudian guru perlu mengkaji punca tingkah laku yang telah dikenal pasti serta merancang program intervensi yang sesuai untuk masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid.

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satusatu tingkah laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

PENAKSIRAN TINGKAH LAKU Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak

tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanakkanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktorfaktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhatibagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.

i. Perekodan Peristiwa Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod.

Teknik Pengurusan Tingkah Laku 1. Alat pengukuran personal (personal tools) v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah. v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan. v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa. v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini

2. Teknik pencegahan (preventive techniques)

v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar v Iklim positif v Peramah, peneguhan, berhati-hati v Persekitaran terurus v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima

3. Tindakan Pembetulan (corrective measures) v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah v Caranya:v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran v Bimbing perlakuan yang positif v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.

Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku 1. Peneguhan 2. Tukar persekitaran fizikal 3. Ubahsuai program pengajaran 4. Guru menukar tingkahlaku sendiri

5. Kualiti guru 6. Penggunaan ganjaran 7. Pembentukan 8. Pengasingan (time-out) 9. Dendaan / hukuman 10. Penghapusan 11. Rakan sebaya (modelling) 12. Kejalakan (satiation) 13. Bimbingan dan Kaunselling

Langkah-langkah dalam menguruskan tingkah laku 1. Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubahsuai, kita mesti spesifik. 2. Kumpul semua maklumat : Bila tingkah laku itu berlaku? Berapa kerap ia berlaku? Dalam keadaan apa ia berlaku? Apa terjadi sebelum tingkah laku itu ditunjukkan? Apa pandangan kanak-kanak terhadap tingkah lakunya itu? Apakah tingkah laku itu selalu berlaku apabila dia bersendirian? Semasa di bawah penyeliaan? Semasa dengan orang lain? 3. Tafsir maklumat yang telah dikumpul 4. Rancangkan pengubahsuaian

5. Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda.

Pendekatan dalam pengurusan tingkah laku 1.Pendekatan Intimidation Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan) Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masingmasing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

LANGKAH-LANGKAH MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU Untuk memulakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu menjalankan beberapa langkah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah; 1Mengesan tingkah laku-tingkah laku bermasalah Memerhati dan merekod - hasil tugasan (out-come of a given task) - time sample recording - interval (sela) - peristiwa semasa (event) - self-recording (merekod tingkah laku sendiri)

Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan) Mengkaji punca tingkah laku yang telah dikenal pasti Merancang program intervensi yang sesuai

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam program

pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu;

Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? Bila tingkah laku itu berlaku? Kekerapan tingkah itu berlaku. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku? Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

TAJUK 4

STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU

4.1 Pelupusan dan peningkatan tingkah laku

Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;

ganjaran (reinforcers) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll

dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak

pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya

pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.

prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.

fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid

kejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu

melakukannya dan berhenti sendiri - Over Correction adalah satu teknik kejelakan. desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia)

bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku

terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan

penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif

pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas)

- mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan

kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

4.2 Isu, polisi, dan etika dalam pengurusan program pendidkan khas

Dalam melaksanakan program pengrusan tingkah laku, terdapat banyak isu yang mungkin timbul. Di antara isu yang

Sulit (confidential) Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit

Zero reject (education for all) Semua murid behak endapat pendidikan yang sesuai secara prcuma

Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation)

Setiap murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum diditempatkan dalam program pendidikan khas Rancangan Pendidikan Individu (Individualized Educational Plan) Setiap murid yang berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pencapaiain semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur, dan hasil (out-come) Persekitaran yang kurang terhad (least restricted environment) Seboleh-bolehnya murid perlu diberikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad Due process Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa Penglibatan dan persetujuan ibu bapa Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.

4.3 Penglibatan ibu bapa dalam program pengurusan tingkah laku

Peranan ibu bapa - Ibu bapa boleh terlibat dalam pengesanan, pengujian (assessment), membina program, mengajar, dan penilaian (evaluation)( e.g. keberkesanan program) - harapan ibu bapa dan juga harapan profesional

Bentuk penglibatan - mengenal pasti dan merujuk - diberitahu dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk membina program - temu duga sejarah hidup murid - pengujian secara formal - memerhati dan membuat carta/rekod - melibatkan murid dalam pengujian (asssessment)

Perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa (conferencing) - persediaan untuk perjumpaan - cara komunikasi - melapor keputusan - membentuk matlamat (goals) program - kelulusan untk penempatan

Due process Dalam due proses hak dan tanggungjawab ibu bapa diperjelaskan

Memantau pelaksanaan program Merupakan proses yang berterusan

Kerjasama ibu bapa

Kerjasama ibu bapa dengan profesional dapat menjamin kejayaan program

Pendidikan ibu bapa - Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidkan khas, keperluan anak - Latihan cara berkomunikasi, terapi , kaunseling, perundangan - membina rangkaian (net working) kelab sokongan ibu bapa

Guru mengarah murid Pandang cikgu Murid B membaling buku kepada murid A

Murid memandang guru Guru menegur murid tersebut

Guru memujinya Guru memberi gula-gula sebagai ganjaran

Model lain yang seakan-akan sama seperti di atas adalah Model A-B-C

Antrecedent -------- Behaviour ---------- Consequences

A ----- peristiwa sebelum

B ----- Tingkah laku yang ditunjukkan (response)

C ----- Akibat/kesan

You might also like