You are on page 1of 2

PENGENALAN JSU

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah
guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus
yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains
kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk
mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah
berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran
(measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran,
individu didedahkan kepada
pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang
dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet,
Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama
perlu diambil.
(a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin
meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian,
mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka
(b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merancang dan
membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti
pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan
penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan
dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan
saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang
diambil adalah benar-benar bersesuaian.
Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan
kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi
untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal
pasti kelemahan-kelemahan pelajar.

You might also like