You are on page 1of 2

LAMPIRAN 3

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN-PASUKAN BADAN BERUNIFORM


SEMPENA PERKHEMAHAN PERDANA SMK SADONG JAYA 2016

1. PENYERTAAN
Terbuka kepada ahli-ahli Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan
Sadong Jaya.Pertandingan hanya untuk satu kategori sahaja iaitu kategori campuran.
2. BILANGAN PESERTA
Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang dari
34 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.
PAKAIAN
Setiap peserta perlu memakai pakaian kawad yang sesuai dan melambangkan PBB
yang diwakili.
3. JANGKA MASA PERSEMBAHAN
3.1Masa persembahan maksima bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian
markah
bermula apabila platun bergerak masuk padang kawad dan berdasarkan
persembahan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3.2Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum
lapor kepada
Ketua Hakim.
3.3Persembahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kawad Statik dan Kawad
Dinamik.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului
oleh Kawad Statik.
3.4Sekiranya masa persembahan melebihi 15 minit, 5 markah akan dipotong dan
persembahan selepas
15 minit itu tidak akan diberi markah.
4. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN
4.1Semasa pertandingan dijalankan, setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 31 ahli
termasuk Ketua Platun.
4.2Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa
jua sebab sehingga
menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang, 5 markah akan
ditolak bagi setiap
anggota yang kurang.
4.3Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang
berjalan.
Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk
setiap pasukan.
5. PADANG KAWAD
5.1Keluasan litar pertandingan ialah 14m X 36m. (Rujuk Litar Pertandingan 1).
5.2Terdapat 4 kon di dalam litar berlabel A, B, C dan D ,
1

LAMPIRAN 3
5.3Sempadan luar litar ditandakan dengan garisan putih.
6. MAKLUMAT TAMBAHAN
Lain-lain maklumat, peraturan dan syarat-syarat pertandingan yang tidak dinyatakan
dalam butiran ini
akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa pengelola.

You might also like