You are on page 1of 9

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2017

PASUKAN BADAN BERUNIFORM


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG
KATEGORI A

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan
bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau
swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.
1.2 Sekolah yang disenaraikan kategori B layak menyertai kategori A dengan syarat mematuhi syarat-syarat
kategori A.
1.3 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu:
a. Kategori Lelaki
b. Kategori Perempuan
1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah dan daerah sahaja.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang sedang menuntut di sekolah
rendah (Tahun 3-6).
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 19 orang dan tidak
melebihi 20 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau
perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan Guru Besar untuk
tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan
memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan
sahaja. ( penuh / separuh )
3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk,
walaupun ada item yang tidak dinilai.
3.3 Kasut kawad yang dibenarkan ialah kasut yang sesuai untuk berkawad.( Drill Boot tidak dibenarkan )
3.4 Aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad.
3.5 Jika gagal mematuhi Perkara 3.4 di atas, penalti di bawah perkara berkaitan aksesori tidak di
tempatnya akan dikenakan.
3.6 Aksesori yang dinilai hanyalah sarung tangan putih sahaja. Aksesori lain iaitu jambul, mafla, anklet dan
selempang tidak dibenarkan.
3.7 Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar
pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua
Hakim.
3.8 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian
sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.
3.9 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.8 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam
litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

1
4 PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 21m. (Rujuk pelan).


4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di dalam litar
hendaklah bersaiz 6 inci iaitu kun A,kun B,kun C ,kun D dan warna tidak sama dengan kun sempadan luar
.Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.

4.3 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5 JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah
bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang
ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 10 minit, persembahan tidak akan dinilai.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada
Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad Asas dan kawad Formasi.Hanya satu formasi sahaja
yang dipertandingkan berserta unsur suara di akhir formasi.
5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad statik
5.4 Isyarat akan dibunyikan:
5.4.1 pada minit ke 8. (sekali)
5.4.2 masa tamat. (dua kali)

6 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang
telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:


6.2.1 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 19 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding.
Platun yang bilangan anggotanya kurang atau lebih daripada 19 orang semasa memasuki
litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
6.2.2Jika ada anggota yang sedang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 19 orang maka
penalti akan dikenakan
6.2.3 Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan
walau apa pun sebabnya.

6.3 Pemeriksaan Pakaian:


Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran
undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan kawad.

2
7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM.

7.1. Kawad Asas:


a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam
masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah
120 -135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.
b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke
kanan pusing.
c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak.
d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman Ke
kanan...lurus. Pandang...depan
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan
berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk
diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi
hukuman Terima kasih tuan.

f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:

i. Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri , ke kiri.....pusing.


ii. Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan , ke belakang pusing
iii. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:
Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing
iv. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan,
ke belakang pusing .

g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad statik. Contoh bahasa hukumannya, tutup
barisan.......gerak.

h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.

i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Contoh bahasa hukuman:
bergerak ke kiri , ke kiri......pusing.

j. Berjalan dalam masa cepat jalan selepas penanda melepasi kun B dan C bahasa hukuman
Hormat ke hadapan akan diberi. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.

k. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar
langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.

l. Hormat selaku terima sijil. Selepas penanda melepasi kun A dan kun D. Bahasa hukuman:
Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.

m. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.

n. Bergerak ke kanan . Selepas penanda melepasi kun B dan kun C. Bahasa hukuman: Bergerak
ke kanan , ke belakang....pusing.

3
o. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.
p. Bergerak ke kiri . Selepas penanda melepasi kun A dan kun D. Bahasa hukuman: Bergerak ke
kiri , ke belakang....pusing.

q. Hormat Kekanan hormat. Bahasa hukuman; Hormat ke kanan........hormat.

r. Bergerak ke kanan . Selepas penanda melepasi kun B dan kun C. Bahasa hukuman: Bergerak
ke kanan , ke belakang....pusing.

s. Hentak kaki dan maju.Bahasa hukuman: Hentak kaki, maju.

t. Bergerak ke kiri . Selepas penanda melepasi kun A dan kun D. Bahasa hukuman: Bergerak ke
kiri , ke belakang....pusing.

u. Skuad Henti.bahasa hukuman: Skuad........Henti.

v. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan


.......pusing.

w. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.

x. Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).


Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja.
(contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak
bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar
litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri
berhampiran kun A atau B.

7.2 Pergerakan Membentuk Formasi

a. Sebaik sahaja tamat kekanan lurus pandang depan , platun akan mempersembahkan
pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh
petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau
pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad
formasi.
c. Unsur suara(slogan) dibenarkan di hujung formasi sahaja dan akan dinilai.
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan satu formasi sahaja. Pergerakan formasi
hendaklah ditamatkan dengan cara 3 barisan menghadap ke hadapan.
f. Penalti akan dikenakan untuk kesalahan-kesalahan berikut:
i. Keluar dari kawasan litar pertandingan
ii. Memberi isyarat.
iii. Mengeluarkan suara selain unsur suara di hujung formasi .

g. Melapor keluar.Bahasa hukuman: Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pasukan


BSMM P1 / Pengakap L1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas
seterusnya, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah
memberi hukuman Terima kasih tuan.

h. Bergerak kekiri/kanan.Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri/kanan, kiri/kanan..........pusing.


Cepat jalan..

4
8. PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :

Semasa Kawad Asas

Markah Maksimum
Bil Jenis Kesalahan
Penalti ditolak
1 Pergerakan cepat jalan tidak 120 135 seminit / 3 3 kali
Pergerakan perlahan jalan tidak 60 70 seminit
2 Anggota Gagal Meneruskan Kawad 3 3 kali
3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 1 3 kali
4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 3 kali
5 Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 1 3 kali
6 Terlanggar kon 1 3 kali
7 Tidak mengikut urutan 3 5 kali
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 3 5 kali

Ketua Platun

Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Bergerak bersama pasukan * 15 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 sekali
3 Gagal Meneruskan Kawad 5 sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 3 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 3 5 kali
9 Hukuman di beri bukan pada tempatnya. 3 5 kali

Kawad Formasi

Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum


Penalti ditolak
1 Gerakan Bukan Kawad 1 3 kali
2 Keluar Kawasan Kawad 3 3 kali
3 Mengeluarkan Arahan / Isyarat 3 3 kali
4 Unsur suara tidak di tempatnya 3 sekali
5 Perlakuan / Aksi Kurang Sopan 1 2 kali
6 Pakaian Asas Terlucut / Tidak Di Tempatnya 1 2 kali
7 Aksesori Terlucut / Tidak Di Tempatnya 1 2 kali
8 Menggunakan Peralatan / Bahan 1 2 kali

Nota : Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya
kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak
dilihat oleh hakim di kanan litar.
* Kecuali semasa membawa platun masuk dan keluar litar pertandingan,

5
6
9. PENGHAKIMAN

a. Pada peringkat Daerah Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan
dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Seramai 9 hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i. Seorang Ketua Hakim (kira masa dan langkah )
ii. 2 orang hakim Ketua Platun
iii. 2 orang hakim pakaian
iv. 4 orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
b. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
Pegawai Pasukan GO/NGO yang bertauliah, manakala hakim-hakim lain mestilah terdiri
daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.
c. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah
kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah ketua platun akan diambil kira.
Sekiranya masih sama juga, markah pakaian akan diambil kira.
d. Keputusan hakim adalah muktamad.
f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

i. Kawad Asas 60 %
ii. Ketua Platun ( kawad + pakaian ) 20 %
iii. Pakaian Pasukan 10 %
iv. Kawad Formasi 10 %

Jumlah Keseluruhan 100%

g. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
Sekiranya berlaku persamaan markah di antara Ketua Platun, maka markah kawad (bahasa
hukuman dan pergerakan kawad) hendaklah diambil kira.

10. BANTAHAN

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan dalam aspek-aspek teknikal sahaja.
Bantahan hendaklah dibuat secara rasmi menggunakan borang yang disediakan bersama wang cagaran
sebanyak RM180.00 kepada urus setia pertandingan melalui pengurus pasukan masing-masing dalam
masa 30 minit selepas pasukan tersebut membuat persembahan.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

7
KAWAT FORMASI

FORMASI

Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawat apabila mereka keluar dan masuk
atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan
tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali.

Terbahagi kepada 3 unsur:


1. UNSUR GERAK
2. UNSUR PENGHAYATAN
3. UNSUR SUARA

Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :

1. Kekayaan Gerak Formasi


Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan
cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2. Keseragaman Gerak Formasi


Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan
sebagainya.

3. Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

a) Gerakan dalam Unsur Kawad


Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

b) Keseimbangan dalam penggunaan ruang


Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian
sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c) Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk
gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut
tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad

d) Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.

8
UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya

a) Unik/kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang
baru serta unik boleh diberi lebih markah

b) Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan
menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c) Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua
platun

d) Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan
tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

UNSUR SUARA
Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk
menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan
bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi/suara.

1. Slogan yang betul


Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan
kerjasama.

2. Tepat
Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan

3. Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Unsur suara adalah dipenghujung formasi yang terakhir.

Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya


UNSUR GERAK,UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN

You might also like