You are on page 1of 10

Bil 2/ Pin 1/ 270407

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAT KAKI


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peringkat Kebangsaan 2013
Agensi Kerajaan (GO) dan Agensi Bukan Kerajaan (NGO)

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-


sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan
induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai
tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.
1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap
kategori iaitu:
a. Kategori Lelaki
b. Kategori Perempuan
1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh
dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa
sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama.
Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan
dibatalkan.
1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
sedang menuntut di sekolah ( sehingga Tingkatan 6 ).
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota
simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan
tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di
sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar
perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh
menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan
beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua
kontinjen.
3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai
semasa pertandingan kawad dijalankan.
3.4 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung
tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanyalah sarung
tangan putih.
3.5 Pengantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum
masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah
dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.
3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi
hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa
pemeriksaan pakaian.
3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik
sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau
aksesori yang tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).


4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara
kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau
manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ).
4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau
kuning.
4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit.
Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar
pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’
sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad
asas dan kawad formasi.
5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan
didahului kawad asas.
5.4 Isyarat akan dibunyikan:
a. pada minit ke 12. (sekali)
b. masa tamat. (dua kali)
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit
beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:


a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua
Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang
daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan
pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas
apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan
kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.
c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan
kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3 Pemeriksaan Pakaian:


Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk
ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar per-
tandingan kawad.

7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman


pasukan masing-masing.

7.1. Kawad Asas:


a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan
(tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah
seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”.
Ketua platun dan platunnya akan mengadap kehadapan bersama-
sama.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”.
Selepas hukuman diberi, Ketua platun akan berpusing mengadap
platunnya.
“Pandang......depan”.
e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua
Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka
barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum /
Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap
untuk diuji, tuan”.
f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib
melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan,
belakang pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman:
“menghadap ke belakang, kanan....pusing”
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke
hadapan, ke belakang pusing “.

g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa


hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).
Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila
membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
k. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah
platun melepasi kon D dan sebelum kon A.
l. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan
pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman
“menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan
perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)

n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri,


kiri.....pusing” diberikan.
o. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad
berada antara kon C dan kon D.
p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan
dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi
kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut
urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah,
maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima
sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan,
perlahan.....jalan”.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak
ke kanan, belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat,
cepat jalan”.
viii.Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri,
belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang,
kiri......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan,
belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii.Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad
ketika mara mengadap)
q. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Peringatan :

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali
hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa;
kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke
arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun
A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad
dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar
sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja
berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun
akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama
platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak
dibenarkan membawa alatan.

7.2. Pergerakan Membentuk Formasi

a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan


pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon
akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi
seperti hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut
kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
c. Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat.
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang
tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih
sebagai ketua platun terbaik.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi
yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3
barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan
litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad
formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.

NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad.

7.3. Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor
keluar ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan PKBM /
Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas
seterusnya, tuan “

8. PENALTI

Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :

Semasa Kawad Asas


Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit 10 sekali
2 Anggota jatuh ( pengsan / pitam ) 5 3 kali
3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
5 Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 5 5 kali
6 Terlanggar kun 3 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali

Semasa Kawad Formasi


Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali
2 Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 5 5 kali
3 Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali
4 Perlakuan / aksi kurang sopan 5 5 kali
5 Menggunakan peralatan tambahan 5 5 kali
6 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
Ketua Platun
Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Bergerak bersama pasukan 15 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 sekali
3 Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam ) 10 sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali
Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad
pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya
dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

9. PENGHAKIMAN

a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim


berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran.
Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i. Seorang Ketua Hakim
ii. Seorang Penolong Ketua Hakim
iii. Empat orang hakim pakaian.
iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
v. Empat orang hakim Ketua Platun ( termasuk Ketua dan Penolong
Ketua Hakim ).
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan mula dan tamat
pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras pemarkahan dan penalti sahaja. Dalam
keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi
menggantikannya.
b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan )
bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian
Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan
Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi Kategori NGO, manakala hakim-
hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian
Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian
Pelajaran.
d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang
bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih
sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama
juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.
e. Keputusan hakim adalah muktamad.
f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad formasi 30% dan
iv. Ketua Platun 10 %

Jumlah Keseluruhan 100%

f. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim
boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai
penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan
markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih
sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak
bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK
LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
g. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( bahasa hukuman dan
pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.
Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

10. BANTAHAN

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui


pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam
aspek-aspek teknikal.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

Lampiran II
KAWAT FORMASI
KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO)

FORMASI

Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawat apabila mereka
keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah
disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-
duanya sekali.

Terbahagi kepada 3 unsur:


1. UNSUR GERAK
2. UNSUR PENGHAYATAN
3. UNSUR SUARA

Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :

1. Kekayaan Gerak Formasi


Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau
pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2. Keseragaman Gerak Formasi


Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka,
jari dan sebagainya.

3. Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

a) Gerakan dalam Unsur Kawad


Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

b) Keseimbangan dalam penggunaan ruang


Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-
satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c) Kesatuan Gerakan
Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk
mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam
formasi satu-satu terdapat cambahan ’jalan perlahan’ maka di setiap formasi
terdapat cambahan ’jalan perlahan’. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini
dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan ’jalan perlahan’ merupakan tindakan
untuk menyatukan.
Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

d) Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja
berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan
pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e) Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya

a) Unik/kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya
sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

b) Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan
Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c) Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada
arahan Ketua platun

d) Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua
Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti
lucah.

UNSUR SUARA
Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi.
Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton.
Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi/suara.

1. Slogan yang betul


Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan
mengeratkan kerjasama.
2. Tepat
Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada
pergerakan
3. Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya


UNSUR GERAK,UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN

You might also like