You are on page 1of 6

Standard Version of WPS Office Suite with PDF Editor - https://www.wps.

com

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI


KADET REMAJA SEKOLAH DAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
DAERAH PETALING PERDANA
KATEGORI A

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah


dan Tunas Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan
dan bukan kerajaan yang menjadi ahli gabungan KRS dan TKRS Daerah Petaling
Perdana sahaja.

1.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah sekolah bagi
pertandingan peringkat daerah. Pilihan penyertaan samada :
a. Kategori lelaki
b. Kategori perempuan

1.3 Platun-platun yang menjuarai setiap kategori akan mewakili Daerah Petaling
Perdana ke peringkat negeri.

1.4 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh


dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah
sekolah. Namun keutamaan diberikan kepada sekolah yang menjadi JOHAN di
peringkat daerah

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
sedang menuntut di sekolah ( sehingga Tingkatan 6 ) bagi KRS dan ( sehingga
Tahun 6 ) bagi TKRS. [Pindaan 2023]
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
daripada 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang ketua platun dan
anggota simpanan. [Pindaan 2023]

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan
perempuan tidak dibenarkan).

2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang
disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Kadet
Remaja sekolah (pakaian No: 4 – pakaian kawad dan aksesori yang disenaraikan
sahaja (pelapik beret, jambul, mafla, lencana poket, kolar dot dan sarung tangan).
Manakala Tunas Kadet Remaja Sekolah ( pakaian No: 3 – pakaian kawad dan
aksesori yang disenaraikan sahaja (pelapik beret, jambul, mafla, lencana poket,
kolar dot dan sarung tangan)

kawadkrs2006
1
Standard Version of WPS Office Suite with PDF Editor - https://www.wps.com

4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter (rujuk pelan)

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 17 minit.


Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan
berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari padang kawad. Selepas 17 minit persembahan tidak dinilai
dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “BUKA BARISAN”
sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2
bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului


oleh kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:


a) pada minit ke 15
b) tamat masa

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Kadet Remaja


Sekolah yang telah ditetapkan.

6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun


ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31
orang semasa @ sebelum pemeriksaan pakaian atau sebelum
memasuki litar pertandingan akan dipenaltikan mengikut perkara 4
frasa b borang markah kawad asas. [Pindaan 2023]

b) Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa
juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang
daripada 28 orang maka penyertaan akan dibatalkan. [Pindaan 2023]

c) Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan selepas pemeriksaan


pakaian dan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun
sebabnya. [Pindaan 2023]

kawadkrs2006
2
Standard Version of WPS Office Suite with PDF Editor - https://www.wps.com

6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian


sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.
( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah)
ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang
daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri


pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk
diuji, tuan).

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada


pergerakan berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.
v) Tutup barisan....gerak
vi) Ke kanan, lurus...pandang depan.

g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman
kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

j) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D


dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota
platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan
melintang melintasi para hakim.

k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan


pergerakan berikut mengikut urutan:

kawadkrs2006
3
Standard Version of WPS Office Suite with PDF Editor - https://www.wps.com
i. Buka barisan ( hanya untuk KRS sahaja, manakala TKRS ke
perbuatan ( ii )
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri;


kiri pusing” diberikan.

m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun


berada antara kon C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti
dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk
Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat


ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukar langkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ).


(Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

p) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri
semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke
padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5
markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat


persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

kawadkrs2006
4
Standard Version of WPS Office Suite with PDF Editor - https://www.wps.com

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan


pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-
masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up
atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan
(hentak kaki) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi
hukuman/arahan kawad formasi. ( TIADA unsur suara bagi kawad formasi TKRS )

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi ( untuk KRS ) dan 2


formasi untuk TKRS yang berlainan.
(Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan pergerakan kekanan lurus.
[Pindaan 2023]

f) Pergerakan selain daripada kawad (contoh silat, tatu dll) dibenarkan tetapi tidak
melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur
tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau
dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :


i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.


( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan,
kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )

6.7 PENGHAKIMAN

a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling
rendah tidak diambil kira.

c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS)


hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.

d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah


kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah
kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi
diambil kira. Sekiranya masih sama Ketua Hakim akan membuat keputusan
berdasarkan rakaman video.
kawadkrs2006
5
Standard Version of WPS Office Suite with PDF Editor - https://www.wps.com

e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika
kawad dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.

f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:


i. Persediaan (pakaian) : 10%
ii. Kawad asas : 50%
iii. Kawad formasi : 30%
iv. Ketua platun : 10%

g) Keputusan hakim adalah muktamad. [Pindaan 2023]

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik (
Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).

6.9 PERINGKAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan akan dijalankan pada 3 peringkat iaitu :


i. Peringkat Daerah / Zon
ii. Peringkat Negeri
iii. Peringkat Kebangsaan.

kawadkrs2006
6

You might also like