You are on page 1of 4

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

HARI KOKURIKULUM
SK BANDAR PUTRA
TAHUN 2023

1.BUTIRAN PERTANDINGAN

Tarikh 29 JANUARI 2023


Masa 8.30 Pagi
Tempat Gelanggang Bola Jaring SKBP

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang
sedang menuntut.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan adalah seramai 16 orang termasuk
ketua platun.

2.3 Pasukan boleh mendaftarkan peserta lelaki dan perempuan (campuran) dalam
satu pasukan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi
Unit beruniform masing

4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 25 meter x 15 meter

KETUA
HAKIM B
A

F
E

C D
5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit.


Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan
berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari padang kawad. Selepas 10 minit persembahan tidak
dinilai dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari Arahan “ BUKA BARISAN ”
sebelum melapor kepada ketua hakim.

5.3 Isyarat akan dibunyikan:


a) pada minit ke 8 (WISEL DITIUP SEKALI)
b) tamat masa (WISEL DITIUP DUA KALI)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi pergerakan kawad


mengikut pasukan unit beruniform masing-masing

6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 16 anggota termasuk ketua


platun ketika bertanding.

b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan


pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan
anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan
ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang).
Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan
pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c) Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad


sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum
pertandingan kawad dijalankan.

6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian


sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.
( 5 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )
6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-
tengah) ketua hakim.

b) Menghadap ke hadapan ( Arahan : Menghadap ke hadapan


...........kanan/kiri pusing. )

c) Buka barisan (Arahan: Buka Barisan…….Gerak )

d) Arahan secara statik (Arahan: Ke kanan lurus……….pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua


Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka
barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan ……………………….
....... siap untuk diuji, tuan)
f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada
pergerakan berikut :
i) Ke kanan lurus……….. Pandang depan. ii)
Bergerak ke kiri; kiri.........pusing. iii)
Bergerak ke kanan ; belakang…pusing. iv)
Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
v) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g) Tutup barisan ( Arahan : Tutup barisan……….Gerak)

h) Arahan bergerak ke kanan diberi (Bergerak ke kanan.... Kanan pusing).

i) Arahan berjalan (Dari Kiri.. Cepat Jalan).

j) Arahan Berhenti diberi Ketika platun menghampiri kon E (Baris.. Berhenti).

k) Arahan bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri… Ke belakang pusing)


diikuti Arahan berjalan (Dari Kanan.. Cepat Jalan).

l) Semasa melintasi di hadapan ketua hakim, Arahan hormat (Hormat,


Hormat ke Kanan.. Hormat)
m) Arahan Berhenti diberi Ketika platun menghampiri kon E (Baris.. Berhenti).

n) Arahan bergerak ke kanan diberi (Bergerak ke kanan… Ke belakang


pusing) diikuti Arahan berjalan (Dari Kiri.. Cepat Jalan).

o) Arahan berhenti di hadapan ketua hakim (Baris… Berhenti)


p) Menghadap ke hadapan ( Arahan : Menghadap ke hadapan
...........kanan/kiri pusing. )

q) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.


( Bahasa Arahan : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan,
kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )
r) Arahan keluar baris (Baris… Keluar Baris)

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya Arahan ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa
kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad
semasa keseluruhan Kawad Asas.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan
ditolak 5 markah.

4. Bahasa arahan yang digunakan mengikut Bahasa arahan yang standard mengikut
unit masing-masing.

You might also like