You are on page 1of 2

PERATURAN PROGRAM

SAYEMBARA PERSILATAN NUSANTARA


PERINGKAT SABAK BERNAM 2014

1. KAEDAH PERSEMBAHAN
 Ditampilkan secara berpasukan, minimum pesilat dalam satu pasukan ialah 8 orang (8 org di
dalam gelanggang) dan maksima 10 orang termasuk jurulatih dan pengurus pasukan.
 Setiap pasukan diberi tempoh masa peragaan selama 10 minit. Wisel pertama dibunyikan pada
permulaan, wisel kedua pada detik 9 minit untuk peringatan dan wisel ketiga dibunyikan tepat 10
minit peragaan.
 Penolakan markah dikira berdasarkan : ( markah penuh ialah 300 markah)
Kekurangan Masa 09.45 – 09.49 = Tolak 5
09.40 – 09.44 = Tolak10
09.35 – 09.39 = Tolak 15
Lebihan masa 10.11 – 10.15 = Tolak 5
10.16 – 10.20 = Tolak 10
10.21 – 10.25 = Tolak 15
Keluar Gelanggang = Tolak 5 markah Setiap Kali Keluar
( maksimum 3 Kali)
2. URUTAN PERSEMBAHAN
 Persembahan mestilah mengandungi dan mengikut urutan ketentuan seperti berikut :

NO. PERKARA MASA PESERTA


I Gerak mula salam perguruan/ langkah sembah 2 MINIT 8 – 10 orang

II Jurus / langkah silat perguruan 2 MINIT 6 – 10 orang

III Tempur tangan kosong 3 MINIT 2 orang

IV Buah pukulan dan kuncian 2MINIT 6 - 10 orang

V Sembah penutup 1MINIT 8- 10 orang

3. PANDUAN PERSEMBAHAN

Tertib persembahan
 Pasukan yang akan membuat persembahan akan menunggu di sudut gelanggang yang
ditetapkan. Masuk membuat persembahan apabila dipanggil sahaja.
 Melangkah masuk ke tengah gelanggang memberi hormat kepada ketua pertandingan di
hadapan dan juri yang berada di sudut gelanggang.
 Memulakan persembahan apabila mendapat isyarat “ Mula” daripada ketua
pertandingan. Persembahan dimulakan dengan mengadap ketua pertandingan.
 Apabila persembahan tamat, pesilat hendaklah hormat kepada ketua pertandingan dan
kemudian berundur tiga langkah ke belakang, berpusing ke belakang dan terus keluar gelanggang.
Larangan persembahan
 Persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai persembahan.
 Kelakuan yang tidak sopan seperti mengejek, meludah dan sebagainya.
 Memakai pakaian yang bukan menunjukkan sifat murni kependekaranMelayu.
 Pendedahan Aurat.
4. MAKLUMAT AM PERSEMBAHAN
 Umur pesilat yang menyertai mestilah berumur 8 tahun ke atas. Lelaki atau perempuan adalah
terpulang kepada pasukan masing masing.
Semua pesilat hendaklah memakai pakaian silat yang bercirikan silat Melayu.
 Setiap persembahan akan diiringi oleh muzik silat sama ada disediakan sendiri oleh pasukan atau
pihak penganjur. Alat yang digunakan adalah alat tradisional.

 Semua pasukan yang menyertai hendaklah melapor diri dan bersedia di sudut gelanggang yang
ditetapkan iaitu 15 minit sebelum giliran persembahan pasukan. Jika gagal hadir selepas panggilan
ketiga oleh ketua pertandingan, pasukan tersebut dibatalkan penyertaanya.
 Semua pasukan yang terlibat tidak dibenarkan membuat bantahan. Keputusan hakim adalah
muktamad.
 Saiz Gelanggang / kawasan persembahan ialah 10 meter X 10 meter ( Matress
@ padang rumput @ Gelanggang berpasir)
 Semua pasukan yang melanggar dan tidak mematuhi peraturan persembahan ini akan dibatalkan
(diskualifikasi ) persembahan dan penyertaanya.

5. PEGAWAI TEKNIKAL / PENGADIL-PENGADIL

 Teknikal Delegat, Ketua Pertandingan, Dewan Wasit Juri, Dewan Hakim / Juri akan dilantik
oleh PESAKA Sabak Bernam yang berhubung terus dengan Biro Teknikal PESAKA Negeri
Selangor.
 Semua keputusan yang dibuat oleh Hakim / Juri adalah muktamad.

6. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN


 Borang penyertaan pasukan hendaklah sampai sebelum atau pada 20 September 2014 semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Undian akan dijalankan.

7. MESYURAT PENGURUS PASUKAN


 Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Undian akan diadakan pada
20 September 2014 Hari Sabtu Jam 9.00 malam di Bangunan UMNO Pekan Sabak.
 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama perserta menggunakan
borang seperti yang dilampirkan.

8. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung masalah teknikal sila hubungi:

EN.AHMAD LUTFI BIN HASHIM 0192534789


lutfi3781@gmail.com

You might also like