You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN
FUN RUN (LOKOMOTOR)
DAN BOLA BERACUN (MANIPULATIF ALATAN)

DIANJURKAN OLEH:
MUHAMMAD HAMIZAN BIN MUSA

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KIBABAIG
PETI SURAT 664
89507, PENAMPANG
SABAH, MALAYSIA
1. PENGENALAN

Permainan aktiviti Fun Run merupakan satu permainan dimana murid-murid


perlu berlari mengikut halangan yang telah disediakan. Seterusnya permainan
bola beracun pula ialah permainan yang melibatkan pasukan yang membaling
dan pasukan yang mengelak daripada terkena bola dari pembaling.

2. OBJEKTIF

2.1 Menguji kelajuan murid-murid


2.2 Menguji ketangkasan murid-murid.
2.3 Menguji kuasa murid-murid.
2.4 Menguji kekuatan otot murid-murid.
2.5 Mewujudkan semangat kerjasama diantara ahli pasukan.
2.6 Mewujudkan semangat persaingan dan keinginan untuk menang dalam
diri murid-murid.

3. KUMPULAN SASARAN

Murid tahun 5 Dedikasi Sk Kibabaig

4. TARIKH KARNIVAL KIDBALL

27 Mac 2018 ( Selasa )

5. TEMPAT

Padang Sekolah Sk Kibabaig

6. AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengadil : Muhammad Hamizan bin Musa

7. MASA PERMAINAN

60 minit

8. PELAKSANAAN PERMAINAN FUN RUN (LOKOMOTOR)


8.1 Peserta terdiri daripada 2 pasukan yang terdiri daripada bilangan ahli
yang sama.
8.2 Peserta dari kedua-dua pasukan perlu berdiri dalam satu barisan lurus
dan tunggu di tapak permulaan masing-masing.
8.3 Wisel akan ditiup bagi memulakan permainan.
8.4 Peserta pertama akan berlari berlari zig-zag megikut cone marker yang
telah diletakkan.
8.5 Kemudiannya peserta tersebut perlu melompat kedalam gelung rotan
yang telah diletakkan.
8.6 Seterusnya peserta tersebut perlu berlari pecut menuju cone marker yang
telah diletakkan.
8.7 Selepas itu, peseta tersebut perlu berlari kearah tapak penamat.
8.8 Setelah peserta pertama telah tiba di tapak penamat barulah peserta yang
seterusnya boleh memulakan larian.
8.9 Begitulah langkah yang seterusnya sehinggalah peserta terakhir
menamatkan larian.
8.10 Peserta yang menghabiskan permainan terlebih dahulu dikira sebagai
pemenang.

9. PERATURAN PERMAINAN FUN RUN (LOKOMOTOR)


9.1 Peserta yang berlari awal sebelum wisel ditiup dikehendaki untuk bermula
semula di tapak permulaan.
9.2 Peserta yang berlari awal sebelum ahli pasukannya tiba di tapak penamat
akan dikehendaki untuk bermula semula di tapak permulaan sehingga ahli
pasukannya tiba di tapak penamat.

10. PELAN LANTAI FUN RUN (LOKOMOTOR)

5 meter 1 meter 5 meter 10 meter


1 meter

PETUNJUK

Cone maker Tapak permulaan Cone marker

Cone marker Cone marker Tapak penamat

Gelung rotan Arah larian


11. PELAKSANAAN PERMAINAN BOLA BERACUN (MANIPULATIF
ALATAN)
10.1 Peserta terdiri daripada 2 kumpulan yang dibahagi sama rata dimana
terdapat pasukan pembaling dan pasukan yang mengelak.
10.2 Pasukan yang membaling akan membuat bulatan yang besar dan
pasukan yang mengelak perlu berada di dalam bulatan.
10.3 Permainan akan bermula apabila wisel dibunyikan.
10.4 Pembaling haruslah membaling bola mengenakan kesemua peserta
pasukan yang berada di dalam bulatan.
10.5 Peserta dalam bulatan yang terkena bola pada mana-mana bahagian
anggota badan akan dikehedaki keluar dari permainan.
10.6 Setelah kesemua peserta dalam bulatan berjaya dikeluarkan, peranan
akan bertukar dimana pasukan yang berada dalam bulatan tadi pula yang
akan menjadi pembaling.
10.7 Masa akan diambil dimana pasukan yang mempuyai masa yang singkat
dalam menghabiskan peserta di dalam bulatan akan dikira sebagai
pemenang.

12. PERATURAN PERMAINAN BOLA BERACUN (MANIPULATIF ALATAN)


12.1 Hanya 1 bola sahaja digunakan untuk membaling.
12.2 Peserta yang keluar dari kawasan permainan akan dikenakan dendaan
kepada masa pasukan yang ditambah sebanyak 30 saat.

13. PELAN LANTAI BOLA BERACUN (MANIPULATIF ALATAN)

15 meter

15 meter
Kawasan permainan
14. PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Peralatan Bilangan

Cone marker 16

Kon 4

Wisel 1

Gelung rotan 3

15. PENUTUP

Permainan ini sangatlah sesuai dimainkan bagi menguji kelajuan,


ketangkasan, kuasa dan kekuatan otot pemain. Ia juga membantu
meningkatkan hubungan silaturrahim diantara pemain melalui komunkasi dan
kerjasama semasa bermain bagi memenangi permainan.

Disediakan oleh ; Disemak Oleh ;

…………………………………… ……………………………………
(Muhammad Hamizan bin Musa) (Kamarul Azhar bin
Kamaruddin)
Setiausaha Pensyarah
Pertandingan Fun Run & Bola Beracun Pengurusan PJMS

Disahkan oleh ;

………………………………….
(Hj. Ghazali Bin Ismail)
Ketua jabatan Kokurikulum

You might also like