You are on page 1of 4

SEPAK MANGGIS

BILANGAN PEMAIN
Setiap kumpulan 6 orang.

KAWASAN BERMAIN
Kawasan padang

PERALATAN
 2 tiang yang diperbuat daripada bambu
 2 kotak yang dihiasi dengan kain/kertas berwarna warni.
 2 bola "sepak takraw" yang diperbuat daripada rotan
 4 skital

CARA DIMAINKAN / PERATURAN PERMAINAN 


1. Bahagikan murid-murid dalam dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid.
3. Bambu yang panjangnya antara 15m – 25m dipacakkan di atas tanah dan di hujung
bambu itu ada diikat kotak dihias berwarna-warni.
4. Seorang murid dalam kumpulan A akan membaling bola takraw kepada murid lain
dalam kumpulan yang sama dan murid tersebut akan menyepak bola takraw ke arah
kotak berhias yang digantung di atas bambu.
5. Kedua-dua kumpulan menjalankan aktiviti ini serentak.
6. Kumpulan yang berjaya menjatuhkan kotak dalam masa yang lebih singkat dikira
menang.

UNDANG-UNDANG
1. Pemain tidak boleh melangkah ke luar kawasan yang telah ditetapkan.
2. Pemain tidak boleh mencederakan orang lain.
3. Pemain tidak dibenarkan menyentuh kotak dengan tangan.
4. Pemain tidak dibenarkan membaling bola untuk menjatuhkan kotak.
5. Sebarang kelakuan atau tindakan yang melanggar peraturan/undang-undang akan
dikira sebagai kesalahan (foul).
ASPEK KESELAMATAN
1. Pastikan kawasan padang adalah selamat.
2. Setiap kumpulan hanya boleh bermain dalam kawasan masing-masing yang telah
ditetapkan.
3. Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum permainan bermula dan aktiviti
menyejukkan badan selepas permainan.
4. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai semasa permainan berlangsung.
LOMPAT-LOMPAT BULUH

BILANGAN PEMAIN
Setiap kumpulan 10 orang.

KAWASAN BERMAIN
Kawasan padang

CARA DIMAINKAN / PERATURAN PERMAINAN 


1. Bahagikan murid-murid dalam dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang murid.
3. 6 orang murid dari kumpulan A akan memainkan peranan sebagai pemegang palang
kayu manakala 4 orang murid akan memainkan peranan sebagai pelari dan berbaris
dalam satu barisan.
4. Kumpulan B juga menjalankan aktiviti yang sama.
5. Pemegang palang kayu akan memegang palang kayu secara melintang dan berbaris
dalam satu barisan.
6. Apabila aktiviti dimulakan, pemegang palang kayu akan mula menepuk palang kayu
bersama-sama mengikut rentak yang sama.
7. Pemain dari kedua-dua kumpulan akan berlari dengan secepat mungkin secara bergilir-
gilir dan cuba mengelakkan semua halangan palang kayu tersebut sehingga sampai ke
garisan penamat.
8. Hanya seorang pemain sahaja dibenarkan berlari sambil mengelakkan halangan kayu,
pemain seterusnya perlu menunggu pemain sebelum itu menghabiskan atau sampai ke
garisan penamat barulah boleh mula berlari.
9. Apabila seseorang pemain tersepit oleh palang kayu, maka pemain tersebut akan dikira
gagal dan perlu mengulang semula pelarian tersebut dari garisan permulaan.
10. Kumpulan mana yang dapat sampai ke garisan penamat dengan lebih cepat dan lancar
akan dikenali sebagai pemenang.

PERALATAN
 6 batang palang kayu
 4 skital
UNDANG-UNDANG
1. Pemain tidak boleh melangkah ke luar kawasan yang telah ditetapkan.
2. Pemain tidak boleh mencederakan orang lain.
3. Pemain perlu beratur semasa menunggu giliran.
4. Gerakan buluh harus mengikut rentakan yang sama, jikalau terdapat pemain yang
sengaja menambah kelajuan rentaknya akan disingkir keluar daripada pemainan.
5. Pemain yang sampai garisan penamat tidak boleh menganggu pemain lain yang sedang
berlari.
6. Sebarang kelakuan atau tindakan yang melanggar peraturan/undang-undang akan
dikira sebagai kesalahan (foul).

ASPEK KESELAMATAN
1. Pastikan kawasan padang adalah selamat.
2. Pemain hanya boleh bermain dalam kawasan yang telah ditetapkan sahaja.
3. Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum permainan bermula dan aktiviti
menyejukkan badan selepas permainan.
4. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai semasa permainan berlangsung.
5. Pemain tidak boleh menolak antara satu sama lain semasa beratur menunggu.
6. Pemain harus mengikut rentak gerakan buluh supaya kaki tidak tersepit oleh palang
buluh yang akan menyebabkan pemain tersebut jatuh.

You might also like