You are on page 1of 11

Lampiran 2

Bil 2/ Pin 1/ 270407

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI


BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PINDAAN 2023

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah


menengah kerajaan dan bantuan kerajaan bawah KPM yang berdaftar dengan badan
induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan bawah KPM atau swasta boleh
menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri jika dipilih menjadi pemenang.
[Pindaan 2023]

1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap
kategori iaitu:
a. Kategori Lelaki
b. Kategori Perempuan

1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai
oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi
mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku
pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.

1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
sedang menuntut di sekolah (sehingga Tingkatan 6). [Pindaan 2023]

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31
orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota
simpanan. [Pindaan 2023]

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh
pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak
dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di
sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar
perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh
menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

1
3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan badan
beruniform yang diwakili.

3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk.

3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa
pertandingan kawad dijalankan.

3.4 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi badan bukan kerajaan (NGO) hanyalah
sarung tangan putih.

3.5 Pengantian anggota tidak boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum
masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor
kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim. [pindaan 2023]

3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah
memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan
pakaian.

3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik
sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau
aksesori yang tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).

4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-
kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau
manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ).

4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.

4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit.
Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar
pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai.

2
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’
sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas
dan kawad formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan


didahului kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:


a. pada minit ke 12. (sekali)
b. masa tamat. (dua kali)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform
berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:


a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun
ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31
orang semasa @ sebelum pemeriksaan pakaian atau sebelum
memasuki litar pertandingan akan dipenaltikan mengikut perkara 5
frasa b borang markah kawad asas. [Pindaan 2023]

b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa
juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang
daripada 28 orang maka penyertaan akan dibatalkan. [Pindaan 2023]

c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan selepas pemeriksaan


pakaian dan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun
sebabnya. [Pindaan 2023]

6.3 Pemeriksaan Pakaian:


Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk
ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan
kawad.

7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman


pasukan masing-masing.

7.1. Kawad Asas:


a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-
tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit.
Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.

3
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”.

c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.

d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”.


“Pandang......depan”.

e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan.
Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat
Sejahtera Tuan, Pasukan ( Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan”.
[Pindaan 2023]

f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib


melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, ke
kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, ke
belakang pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman:
“menghadap ke belakang, ke kanan....pusing”
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “menghadap ke
hadapan, ke belakang pusing”.

g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa


hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.

h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.

i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).


Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, ke kiri......pusing”.

j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila


membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).

k. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun


melepasi kon D dan sebelum kon A. (60-70 langkah seminit) [pindaan 2023]

l. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama
dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman
“menghadap ke hadapan, ke kanan....pusing” diberikan. Platun akan
perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .

4
m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan.

i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)


ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)

n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, ke


kiri.....pusing” diberikan.

o. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada
antara kon C dan kon D.

p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan
kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E,
skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil,
hormat ke hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan,
perlahan.....jalan”.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak
ke kanan, ke belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat,
cepat jalan”.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, ke
belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang,
ke kiri......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan,
ke belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika
mara mengadap)

q. Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).

Peringatan :

5
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman
Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan,
kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke
arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A
dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik
akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang
persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri
berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan
masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.

3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak


dibenarkan membawa alatan.

7.2. Pergerakan Membentuk Formasi

a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan


pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon
akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.

b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti


hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali
isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.

c. Perbuatan kawad Senjata, Pedang dan Tongkat dibenarkan dengan syarat


mengikut tertib kawad asas yang telah ditetapkan. Sekiranya perbuatan yg
berkenaan tidak mengikut tertib pasukan boleh dikenakan penalti perbuatan
bukan kawad. [Pindaan 2023]

d. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat


sebelum ketua platun melapor keluar. [Pindaan 2023]

e. Ketua Platun hendaklah masuk menyertai kawad formasi secara


keseluruhan untuk diberi keutamaan dipilih sebagai ketua platun terbaik.
[Pindaan 2023]

f. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi


yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi. (Pergerakan
setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan pergerakan kekanan lurus.
[Pindaan 2023]

NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan


kawad kecuali pergerakan ke kanan lurus pertukaran antara formasi
(perkara 7.2 frasa f).
7.3. Melapor Keluar

6
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor
keluar ialah “Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pengakap L1 / P1)
telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan”

8. PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :

Semasa Kawad Asas


Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Pergerakan cepat jalan tidak kurang 128 – 135 10 sekali
seminit / perlahan jalan tidak kurang 60 - 70
seminit
2 Anggota gagal meneruskan kawad 5 3 kali
3 Pakaian Asas terlucut / tertanggal/ terjatuh 3 5 kali
4 Aksesori terlucut / terjatuh 1 5 kali
5 Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 5 5 kali
6 Terlanggar kun 3 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali

Semasa Kawad Formasi


Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali
2 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5 kali
3 Ketua platun Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali
4 Anggota mengeluarkan arahan/isyarat 5 5 kali
5 Bersuara di tempat tidak dibenarkan 5 5 kali
6 Perlakuan / aksi kurang sopan 5 5 kali
7 Menggunakan peralatan / bahan 5 5 kali
8 Pakaian Asas terlucut / tertanggal / terjatuh 3 5 kali
9 Aksesori terlucut / terjatuh 1 5 kali

Ketua Platun
Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti ditolak
1 Ketua Platun bergerak bersama pasukan 15 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar kawasan 10 sekali
yang ditetapkan
3 Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam) 10 sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tertanggal / terjatuh 3 5 kali
6 Aksesori terlucut / terjatuh 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
7
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali

Pemberian penalti akan diselaraskan oleh ketua hakim selepas tamat persembahan
kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin
hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

9. PENGHAKIMAN

a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim


berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Seramai lima belas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i. Seorang Ketua Hakim
ii. Seorang Penolong Ketua Hakim
iii. Tiga orang hakim pakaian.
iv. Tujuh orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
v. Tiga orang hakim Ketua Platun ( tidak termasuk Ketua dan Penolong
Ketua Hakim ).
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan mula
dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras pemarkahan
dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik
sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.

b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah (oleh Hakim Kawad pasukan) bagi
setiap pasukan tidak diambilkira.

c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian


Pendidikan Malaysia iaitu Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi Kategori
NGO manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-
Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia atau gabungan badan induk dan
Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia yang berpengetahuan,
berkemahiran dan berpengalaman dalam kawad kaki.

d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang


bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih
sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga,
markah Ketua Platun akan diambil kira.

e. Keputusan hakim adalah muktamad.

f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

8
i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad formasi 30% dan
iv. Ketua Platun 10 %

Jumlah Keseluruhan 100%

f. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh
menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras
pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah
pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua
Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama
dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai
Ketua Platun Terbaik.

g. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad (bahasa hukuman dan pergerakan
kawad) hendaklah diambil kira.

h. Keputusan hakim adalah muktamad.

Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

Lampiran II

9
KAWAD FORMASI
AGENSI BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

FORMASI

Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka
keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah
disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya
sekali.

Terbahagi kepada 3 unsur:


1. UNSUR GERAK
2. UNSUR PENGHAYATAN
3. UNSUR SUARA

Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :

1. Kekayaan Gerak Formasi


Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau
pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2. Keseragaman Gerak Formasi


Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari
dan sebagainya.

3. Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

a) Gerakan dalam Unsur Kawad


Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

b) Keseimbangan dalam penggunaan ruang


Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu
bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c) Kesatuan Gerakan
Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan
formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu
terdapat cambahan ’jalan perlahan’ maka di setiap formasi terdapat cambahan
’jalan perlahan’. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan
pergerakan. Cambahan ’jalan perlahan’ merupakan tindakan untuk menyatukan.
Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

d) Kepelbagaian Gerakan

10
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja
berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan
pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e) Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.

UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya

a) Unik/kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya
sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

b) Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi,
dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c) Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada
arahan Ketua platun

d) Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua
Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

UNSUR SUARA
Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi.
Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan
tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi/suara.

1. Slogan yang betul


Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan
mengeratkan kerjasama.
2. Tepat
Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan
3. Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya


UNSUR GERAK,UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN

11

You might also like