You are on page 1of 21

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN (JST),

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) DAN, RUBRIK

1
Sebagai seorang guru, adakah anda
menanya soalan-soalan sebegini :
• Sejauhmanakah pelajar saya
bersedia untuk pelajaran berikutnya ?
• Sejauhmanakah pelajar mencapai
kehendak-kehendak minima kursus
tersebut ?
• Apakah jenis-jenis kesukaran
pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar ?
2
DEFINISI
• Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
• Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar
bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).
• Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek
atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.
TUJUAN PENTAKSIRAN
• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran· Menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran·
• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-
pembelajaran.·
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid.·
• Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam
kelas secara efektif.·
• Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang
berkesan.·
• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
4
KONSEP PENTAKSIRAN

Pengujian, pengukuran, penilaian


dan pentaksiran merupakan empat
konsep asas pentaksiran pendidikan
yang mempunyai makna yang
berbeza tetapi saling berkaitan
PENGUJIAN
• Merupakan satu prosedur yang
sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada semua aspek
tingkah laku seseorang individu
terhadap pembelajarannya.
• Bertujuan untuk menentukan
pencapaian seseorang pelajar dalam
sesuatu pembelajaran dan berguna
dalam usaha menempatkan pelajar
dalam kumpulan belajar yang sesuai.

6
BAGAIMANA PENGUJIAN
DILAKUKAN

• PEMERHATIAN
• UJIAN BERTULIS
• UJIAN LISAN

BILA DILAKUKAN ?
• Selepas atau beberapa pelajaran
diajar

7
PENGUKURAN
• Suatu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif bagi menentukan
peringkat pencapaian dan
kedudukan pelajar dalam
pembelajaran.
• Bertujuan untuk membuat
perbandingan pencapaian dan
kedudukan antara pelajar dalam
penguasaan pembelajaran

8
PENGUKURAN
• Hasil pengukuran amat berguna
untuk pengelasan, pensijilan dan
penempatan pelajar dalam jurusan
yang sesuai.
• Pengukuran berlaku dengan
pengiraan markah selepas ujian
ditadbirkan

9
PENILAIAN
• Merupakan proses memperoleh
maklumat dan menggunakannya
untuk membuat keputusan..
• Bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian pelajar, objektif
pembelajaran, kaedah pembelajaran
dan pelaksanaan kurikulum.

10
PENILAIAN
• Berguna sebagai maklum balas bagi
menambahbaik kurikulum ,mengesan
punca kelemahan dan membuat
ramalan terhadap pencapaian
pelajar
• Boleh dibuat berdasarkan jadual atau
gred yang dihasilkan melalui
pengiraan perangkaan (statistic)

11
PENILAIAN
• Boleh dilakukan sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan
pembelajaran
• Mengandungi aspek-aspek
pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan membuat
kesimpulan.

12
PENTAKSIRAN (3 KATEGORI)
• PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN
(ASSESSMENT FOR LEARNING)

• PENTAKSIRAN SEBAGAI
PEMBELAJARAN (ASSESSMENT AS
LEARNING)

• PENTAKSIRAN TENTANG
PEMBELAJARAN (ASSESSMENT OF
LEARNING)
13
PENTAKSIRAN UNTUK
PEMBELAJARAN

• Melibatkan pensyarah menguji


pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran pelajar sebagai bukti
maklum balas terhadap
keberkesanan pengajaran guru.
• Juga dikenali sebagai pentaksiran
formatif.

14
PENTAKSIRAN UNTUK
PEMBELAJARAN
• Berlaku sepanjang tempoh proses p
dan p untuk memastikan
pembelajaran dan kefahaman
pelajar terhadap pembelajaran
• Adalah proses mencari dan mentafsir
bukti untuk digunakan oleh pelajar
dan guru dalam membuat keputusan
dan menunjukkan langkah yang perlu
diambil untuk meningkatkan
pembelajaran seterusnya

15
PENTAKSIRAN UNTUK
PEMBELAJARAN BERTUJUAN
• Membantu pelajar untuk membuat
refleksi dan belajar dengan lebih
berkesan dan bukan pencapaian
markah dan gred semata-mata
• Melibatkan aktiviti pentaksiran secara
formal dan tidak formal
• Merangkumi matlamat yang jelas
untuk aktiviti pembelajaran

16
PENTAKSIRAN UNTUK
PEMBELAJARAN BERTUJUAN
• Membekalkan maklum balas efektif
yang dapat memotivasikan pelajar
untuk penambahbaikan
• Mencerminkan kepercayaan bahawa
semua pelajar boleh memperbaiki diri.
• Menggalakkan pentaksiran kendiri dan
pentaksiran rakan sebaya
• Memberi maklum balas kepada guru,
ibu bapa, pihak pentadbir tentang
prestasi
17
PENTAKSIRAN SEBAGAI
PEMBELAJARAN
• Berlaku apabila pelajar membuat
refleksi dan memantau pencapaian
mereka sendiri bagi tujuan
menambahbaikan pembelajaran
mereka.
• Mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan sendiri dan membuat
penerokaan kendiri seterusnya

18
PENTAKSIRAN TENTANG
PEMBELAJARAN
• Apabila guru menggunakan bukti
pembelajaran pelajar untuk membuat
pertimbangan terhadap pencapaian
pelajar berdasarkan sesuatu standard.
• Bertujuan untuk
akauntabiliti/kebertanggungjawaban
kepada masyarakat. Pencapaian dan
perkembangan pelajar perlu dilaporkan
kepada ibu bapa, masyarakat dan
pihak pentadbir

19
PENTAKSIRAN TENTANG
PEMBELAJARAN

• Pensijilan
UPSR, PT3, SPM, Program PISMP

• Meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran

20

You might also like