You are on page 1of 7

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA
EDUP 3052
TAJUK :- BAGAIMANAKAH UNTUK
MENGEKALKAN
KEHARMONIAN NEGARA
BAGAIMANAKAH UNTUK
MENGEKALKAN
KEHARMONIAN NEGARA?

Cara untuk mengekalkan keharmonian


masyarakat berbilang kaum di Malaysia
adalah sikap individu itu sendiri. Hal ini
demikian kerana amannya sesuatu komuniti
bergantung kepada individu itu. Setiap
individu itu haruslah mengamalkan sikap
tolak ansur dan saling menyayangi antara
satu sama lain.
Institusi-institusi pendidikan perlu
bertanggungjawab menerapkan semangat
bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang
kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah
dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan.
Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah
membahagikan pelajar secara berkumpulan
dalam melaksanakan projek-projek sekolah,
seperti kajian sains, persembahan, dan
Golongan pelajar perlulah belajar dan
menghayati sejarah negara agar dapat
memahami erti perpaduan negara. Sebagai
satu daripada langkah untuk mewujudkan
permuafakatan bangsa, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mewajibkan
pelajar-pelajar agar lulus dalam mata
pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Rakyat Malaysia hendaklah
menghindari sebarang tindakan yang
boleh mencetuskan provokasi kaum.
Walaupun rakyat diberi hak kebebasan
bersuara, mereka haruslah tidak
mengambil kesempatan dengan
mencetuskan isu-isu sensitif dan
kontroversi yang dapat merosakkan
rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan

dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini

melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti

gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen

Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan

antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti

seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga

setempat, dengan membuka ruang dan peluang

komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.


TERIMA
KASIH

You might also like