You are on page 1of 16

DIPLOMA IN MANAGEMENT

MAY/ 2021

MPU2163_V2

PENGAJIAN MALAYSIA 2

NO. MATRIKULASI : 011201050455001


NO. KAD PENGENALAN : 011201050455
NO. TELEFON : 01123334375
E-MEL : Vinothsiva14@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : NEGERI SEMBILAN LEARNING CENTRE


Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan 1957 dapat membantu pembinaan
negara dan bangsa Malaysia. (Terhad kepada 2 halaman)

Pengenalan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang- undang tertinggi


bagi Negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-
mana undang- undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
secara automatik akan terbatal.1 Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali
pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan
apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.

Perlembagaan merupakan undang- undang tertinggi yang wujud dalam sesebuah


negara. Bagi negara Malaysia perlembagaan telah mengikat masyarakat untuk
merujuk pada satu undang yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak
bercanggah antara satu sama lain. Contohnya Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, „Bahasa
kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang
diperuntukkan oleh Parlimen, dengan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan
dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari
bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh
mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk
memelihara dan memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti
lain (PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN XII 1957).Ini bermaksud
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk urusan rasmi di Malaysia adalah
meliputi setiap agensi dan kementerian di Malaysia.Walau bagaimanapun penggunaan
Bahasa Inggeris boleh digunakan di Sabah dan Sarawak .

Perlembagaan penting kerana ia dapat menjamin kestabilan politik dan sistem


pentadbiran negara. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di
Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa
perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara
atau mana-mana bahagian daripadanya. Melalui perlembagaan, corak pemerintahan,
pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara
kuasa dilaksanakan. Selain itu, perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan
kesejahteraan rakyat dimana hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat
digunakan. Walaupun kebebasan bersuara dibolehkan namun ia masih dibawah
peruntukkan Akta Hasutan dan Keselamatan Dalam negari. Ini membawa maksud
walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan
masing- masing namun ia masih di bawah undang- undang di mana sekiranya berlaku
unsur hasutan yang boleh menghuru- harakan keharmonian masyarakat, seseorang
masih boleh didakwa.

Perlembagaan digubal bagi melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan


keadilan sosial antara kaum. Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan
menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di
bawah perkara ini, disebut bahawa mana- mana perbuatan atau perkataan yang
diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara
kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin
menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang
bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun
peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan
Diri),Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10
(Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap
Harta) (PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1957).

Perlembagaan yang telah diwartakan di Malaysia bukanlah bertujuan untuk mengikat


dan mengongkong rakyat dari mendapatkan hak kemanusiaan masing- masing.
Namun lebih dari itu, ia dilaksanakan bagi membentuk kerjasama dan mencapai
keharmonian sesama ahli masyarakat. Bayangkan sebuah negara yang tidak
mempunyai undang- undang atau undangundang yang sedia ada tidak dipatuhi,
pergolakan sering berlaku sehingga berlakunya rusuhan dan pembunuhan sesama
sendiri. Sebagai ahli masyarakat yang telah dilahirkan dalam keadaan yang sedia
aman, adalah menjadi satu tanggungjawab sosial untuk kita bersama mengekalkan
keamanan ini. Ini kerana apa yang dinikmati pada hari ini adalah hasil pengorbanan
para perajurit pada masa lepas.

Akhir sekali,Perlembangan Malaysia berpernan dalam mengekalkan hak


keistimewaan golonganbumiputerabiaitu orang Melayu,Sabah dan Sarawak Dalam
pekara 153 Perlembangaan Malaysia,hak isimewa yang disebut merangkumi jawatan
dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,perniagaan dan kemudahan khas lain.
Misalnya,bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah diangkat sebagai bahasa
kebangsaan dan agama islam sebagi agama rasmi Kerajaan Persekutuan. Walau
bagaimanapun, kaum lain bebas untuk menganuti agama masing-masing dan bersifat
hormat- menghormati atara satu sama lain. Tambahan pula,kita mempunyai Rukun
Negara di mana kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan adalah
rukun yang wajib dipatuhi oleh warganegara Malaysia Natijahnya, golongan
bumiputera seharusnya bersyukur dan menggunakan hak keistimewaan yang kita
berikan kepada sesorang, nescaya kita akan mendapat semula penghormatan tanpa
perlu meinta-minta.
Pada pendapat anda, mengapakah terdapat empat perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan? Huraikan. (Terhad kepada 3 halaman)

Agama bagi Perseketuan

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persektuan. Negeri - Negeri yang
mempunyai Raja, Ketua agama Islam ialah Raja / Sultan negeri berkenaan. Yang di-
Pertuan Agong ialah Ketua agama Islam di Negeri Melaka , Pulau Pinang , Sbah dan
Sawarak dan di Wilayah - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan
Putrajaya. Agama lain disekat daripada disebarkan kepada penganut islam seperti
yang di peruntukan dalam Perkara 11(4).

Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang - undang oleh Parlimen .Dengan syarat bahawa - Tiada
seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada mengajarkan atau belajar , apa -
apa bahasa lain dan Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana - mana kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana - mana kaum lain di dalam
Perskutuan.

Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Sebagaibukti,


perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayutahun
1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayusebagai
penduduk asal negara. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan
orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf
dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Sebelum perjanjian ini ditubuhkan ,
pihak British telah memperkenalkan Malayan Union yang sekaligus telah
melenyapkan kekuasaan Raja - Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat
Melayu,malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan melayu adalah
dianggap percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang melayu .Oleh hal yang
demikian , orang - orang Melayu melakukan penentangan secara meluas. Disebabkan
penentangan yang sangat hebat daridapa orang Melayu, pihak British telah
membubarkan Melayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Kedudukan Istimewa Raja Raja Melayu

Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa kita menyentuh
kedaulatan dan kekebalan (immunity) raja. Berikut dibicarakan beberapa
keistimewaan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Tidak Boleh Didakwa - Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana
mahkamah.Hak Prerogatif dan Bidang Kuasa Tidak Boleh Disentuh - Bagi raja-raja
lain, kedaulatan prerogatif kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan tiada
tindakan pun dalam mana-mana mahkamah boleh dikenakanke atas raja mana-mana
negeri atas sifat dirinya sendiri. Pembesar-pembesar memerintah Negeri Sembilan
dalam wilayah masing-masing juga kebal daripada tindakan mahkamah atas sifat diri
masing-masing. Jaminan Susunan Keutamaan - Perlembagaan membuat peruntukan
tentang susunan keutamaan bagi Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja lain.
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong diutamakan daripada kesemua orang di
Persekutuan dan kedudukan keutamaan raja-raja lain dalam kalangan mereka adalah
menurut tarikh mereka diangkat menjadi raja. Dalam negerinya sendiri, seorang raja
itu mengambil keutamaan mengatasi raja-raja lain.

Pada pendapat saya,terdapat empat perkara dalam Perlembangaan Persekutuan yang


tidak boleh dipersoalkan kerana

·         Menghormati ketuanan Melayu


·         Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
·         Menjaga keharmonian kaum
·         Menjamin hak asasi penduduk
·         Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum
·         Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah
Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah

 Pada pandangan anda, mengapakah Perlembagaan Malaysia perlu dipertahankan.

·         Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.


·         Menjaga keharmonian kaum
·         Melicinkan pentadbiran negara
·         Membentuk identiti negara
·         Melindungi hak istimewa orang Melayu
·         Memelihara kedaulatan institusi beraja
·         Mana-mana jawapan munasabah

Berdasarkan pengetahuan saya, apakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah


negara?                     
               
·         Menjamin kestabilan negara.
·         Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran negara.
·         Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan negara.
·         Panduan dalam menjalankan pemerintahan.
·         Menjamin taat setia rakyat kepada negara.
·         Perlembagaan membentuk semangat patriotisme.
·         Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
·         Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong
·         Menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Sejauh manakah hak-hak individu dilindungi di Malaysia? Bincangkan. (Terhad
kepada 2 halaman)

SEJAK kebelakangan ini rakyat Malaysia lebih peka kepada hak-hak yang
diperuntukkan kepada mereka melalui undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu
Perlembagaan Persekutuan. Perkembangan ini adalah baik kerana rakyat yang celik
undang-undang merupakan aset kepada perkembangan negara di samping tidak
mudah diperkotak-katik oleh individu yang ingin mengambil kesempatan.Shad
Saleem Faruqi telah mengkategorikan hak-hak yang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan ini kepada beberapa kategori antaranya:-

1. Hak yang dianugerahkan kepada semua orang tanpa mengira sama ada mereka
adalah warganegara Malaysia ataupun tidak.

2. Hak yang hanya diberikan kepada warganegara seperti hak bersuara dan berhimpun
seperti dalam Perkara 10 dan hak mendapatkan pelajaran Perkara 12.

3. Hak yang dilindungi walaupun dalam darurat. Perkara 150(6A) menegaskan


terdapat enam hak yang tidak boleh digugat walaupun negara di dalam keadaan
darurat. Hak-hak tersebut adalah berkait dengan undang-undang Islam, adat Melayu,
kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan
Sarawak serta hak berkaitan dengan bahasa.

4. Hak yang tidak boleh dihakis pada masa biasa seperti Perkara 7 hak untuk
mendapat gantirugi sekiranya tanah diambil dan Perkara 13 hak kepada orang yang
ditangkap diberitahu alasan penangkapan dan menghubungi peguam. Dalam ertikata
lain hak-hak yang termasuk dalam kategori ini boleh dihapuskan, digantung ataupun
diketepikan ketika berlaku darurat dalam negara sahaja. Dalam situasi lain
Perlembagaan menjamin hak ini dilindungi.

5. Hak yang dihadkan atas alasan tertentu seperti hak kebebasan bersuara dan
berhimpun dibataskan selagi ia tidak menggugat ketenteraman awam, keselamatan
negara, menggalakkan perlakuan jenayah dan sebagainya.

Perkara yang menarik perhatian penulis ialah tentang kedudukan undang-undang


Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat
di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan dengan bahasa yang tidak terjejas walaupun
negara dalam keadaan darurat.

Kebebasan bersuara

Kebebasan bersuara di Malaysia telah banyak dipertikaikan apabila banyak


perhimpunan dan protes termasuk "bersih telah dilihat mempunyai ahli-ahlinya
ditangkap tanpa waran.

Kebebasan berhimpun dan pergerakan


Walaupun rakyat secara teknikal menikmati hak untuk berhimpun, perhimpunan
awam tertakluk kepada kelulusan polis. Akta Pertubuhan memerlukan pertubuhan
tujuh atau lebih orang mendaftar, dengan kerajaan menafikan pendaftaran kepada
kumpulan tertentu, termasuk organisasi hak asasi manusia, dan Akta Universiti dan
Kolej Universiti mengehadkan pembentukan kumpulan pelajar. Walaupun rakyat
Malaysia pada umumnya menikmati kebebasan untuk melancong di dalam negara dan
di luar negara, dan beralih ke luar negara dan kembali ke Malaysia, penduduk di
semenanjung Malaysia memerlukan pasport atau ID kebangsaan untuk memasuki
negeri Sabah dan Sarawak, dan rakyat tidak boleh melakukan perjalanan ke Israel
tanpa izin rasmi.

Kebebasan beragama
Perlembagaan menjamin kebebasan beragama, tetapi juga menggambarkan Islam
sebagai agama rasmi. Antara cuti rasmi di Malaysia (berbeza mengikut kawasan)
adalah hari-hari suci umat Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian. Perkahwinan antara
orang Islam dan bukan Islam adalah tidak diiktiraf;[12] ethnic Malays are considered
Muslim by law.[13] Non-Sunni interpretations of Islam are illegal.[13] Mahkamah
syariah menguatkuasakan undang-undang syariah dalam bidang tanggungjawab
tertentu.[13] Dalam amalan, orang bukan Islam menghadapi diskriminasi agama,
termasuk hak untuk memiliki tanah.[13] Tambahan pula di beberapa negeri,
kemurtadan oleh umat Islam boleh dihukum oleh kematian. Malaysia juga tidak akan
mendaftar perkahwinan antara agama dengan umat Islam.

Kebebasan politik
Walaupun Malaysia adalah pemerintahan beraja berperlembagaan berbilang parti,
parti yang sama telah memegang kuasa sejak 1957 dan parti pembangkang tidak
bersaing pada tahap bermain. Namun, parti itu telah dibatalkan daripada jawatan pada
tahun 2018, menamatkan pemerintahan mereka selama 61 tahun. Selama bertahun-
tahun, kuasa perdana menteri telah meningkat dan parlimen telah menurun. Satu-
satunya pegawai yang dipilih adalah anggota dewan negara dan parlimen persekutuan.
Sejak 1969, pegawai perbandaran dan lain-lain telah dilantik.

Akhir sekali,Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Sebagai
bukti,pekara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah melayu
tahun 1948.Peruntukan ini diwujudkan bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang
Melayu yamg ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan
kaum bukan Melayu yang lebih maju.Sebelum perjanjian ini ditubuhkan,pihak British
telah memperkenalkan Malayan Union yang sekaligus telah melenyapkan kekuasaan
Raja-Raja melayu,agama islam dan adat istiadat Melayu,malah hak kerakyatan secara
jus soli kepada orang bukan melayu adalah dianggap percubaan menghapuskan hak
dan masa depan orang melayu. Oleh hal yang demikian, orang-orang Melayu
melakukan penentangan secara meluas.Disebabkan penentangan yang sangat hebat
daripada orang melayu,pihak British telah membubarkan malayan union dan
menggantikannya dengan perlembagaan persekutuan Tanah melayu 1948.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara. Justeru, anda dikehendaki
memilih DUA artikel dalam surat khabar (atas talian) yang menyentuh DUA daripada
183 Perkara dalam Perlembagaan Malaysia dan jelaskan iktibar-iktibar yang boleh
anda perolehi menerusi kedua-dua artikel tersebut. (Anda wajib menyertakan
pautan artikel-artikel tersebut sebelum menjawab soalan ini.) (Terhad kepada 2
halaman)

Artikel 1(4) ICERD bercanggah Perlembagaan Persekutuan


Peruntukan Artikel 1(4) Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dilihat bercanggah dengan beberapa
perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang
Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr
Shamrahayu Ab Aziz, Artikel 1(4) boleh memberi kesan negatif kepada hak
istimewa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, selain kedudukan Islam,
tanah rizab Melayu dan tanah adat Bumiputera.Katanya, Artikel 1(4) itu secara
dasarnya membenarkan kerajaan yang mahu meratifikasi ICERD untuk
melaksanakan inisiatif khas bagi membantu kaum tertentu yang ketinggalan,
seperti hak istimewa Melayu dan Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan.“Tetapi, kebimbangan saya ialah apabila artikel itu juga menyatakan
apabila tujuan inisiatif khas berkenaan tercapai, maka ia hendaklah dihapuskan.“Saya
tidak fikir peruntukan seperti kuota anak Melayu, Sabah, Sarawak serta komuniti lain
yang diperuntukkan dalam Perkara 153 boleh dihapuskan.“Walaupun laporan
Suruhanjaya Reid pernah mencadangkan Perkara 153 dilaksanakan dalam tempoh
masa yang sewajarnya, serta ada yang mencadangkan 15 tahun, ia tidak dipersetujui
ketika proses penggubalan Perlembagaan.“Lebih penting adalah Artikel 1(4) ICERD
turut bercanggah dengan Perkara 89 membabitkan tanah rizab Melayu, yang saya
yakin tiada tempoh masa ditetapkan untuk peruntukan itu,” katanya ketika dihubungi
NSTP, hari ini.Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata,
Kabinet memutuskan tidak akan meratifikasi ICERD dan kerajaan akan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub di dalamnya
kontrak sosial, yang dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan
negara.Shamrahayu berkata, keputusan Kabinet menggambarkan keprihatinan
kerajaan terhadap perjanjian yang dibuat pada 1957, membabitkan nilai berkaitan
dengan jurang antara komuniti dan masyarakat negara ini.“Keadilan adalah
tujuan pokok Perlembagaan Persekutuan, bukan kesamarataan kerana kedudukan
masyarakat, ekonomi, budaya dan agama yang berbeza.“Perkara 153 harus kekal
dan tiada had masa kerana bukan menyatakan soal kuota Bumiputera dan
Melayu semata-mata, tapi juga kewarganegaraan Malaysia,” katanya.Sementara
itu, Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata ratifikasi ICERD secara tidak langsung
boleh membuka ruang untuk Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan membabitkan
kedudukan agama Islam, dipertikaikan.Katanya, ia berikutan Perkara 11 memberi
keistimewaan kepada agama Islam apabila memperuntukkan sekatan
penyebaran ajaran bukan Islam, kepada orang Islam, yang boleh dilihat sebagai
bercanggah dengan ICERD.“Apabila ICERD diratifikasi, Malaysia akan tertakluk
kepada penilaian antarabangsa secara berkala dan sewaktu penilaian, panel petugas
atau mana-mana pihak yang ingin menyertai pembentangan itu boleh
mengemukakan sebarang pertikaian yang ada kaitan dengan hak persamaan
semua kaum.“Isunya bukan percanggahan dari sudut teknikal undang-undang
semata-mata, tapi juga risiko undang-undang kita terdedah dengan pertikaian pada
peringkat antarabangsa, dan mungkin terpaksa berdepan pindaan,” katanya.
'Bangsa' Malaysia bersatu di bawah Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi Persekutuan yang


menjelaskan konsep kedaulatan dan prinsip perlembagaan sebuah Persekutuan
yang terdiri daripada negeri berdaulat.Ketinggian perlembagaan seperti yang
diperuntukkan oleh Perkara 4(1) tidak bermaksud bahawa buku Perlembagaan
Persekutuan itu lebih agung daripada konsep kedaulatannya.Konsep kedaulatan itu
kerangka undang-undang yang menentukan keabsahan sesuatu undang-undang. Ia
dinamakan juga sebagai kedaulatan undang-undang atau 'rule of law'.Justeru,
melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, konsep kedaulatan negara kita
ditetapkan.Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa
kedaulatan Persekutuan itu terletak pada Raja-Raja Melayu sebagaimana yang
sedia ada dan dinikmati sehingga kini adalah tetap dan tidak terjejas, tertakluk
kepada peruntukan Perlembagaan.Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu
dinyatakan oleh Perjanjian Negeri 1948 adalah seperti yang dimiliki oleh Raja-Raja
Melayu pada 1 Disember 1941 yang terakam dalam Laporan Suruhanjaya Reid.Dalam
pada itu, Laporan Penggubalan Perlembagaan 1946 menjelaskan bahawa kedaulatan
Raja-Raja Melayu itu hendaklah menurut adat Melayu.Kedaulatan di atas adalah
berfahaman continuum yang meletakkan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang
negara kita itu hendaklah 'patuh syariah'. 'Continuum' adalah sesuatu yang dianggap
sebagai satu keseluruhan, struktur atau siri yang berterusan yang tidak harus
dipisahkan.Ringkasnya, kedaulatan negara kita adalah berkonsepkan Raja-Raja
Melayu bersendikan adat Melayu dan bersumberkan ajaran Islam.Huraiannya boleh
didapati dalam buku 'Kedaulatan Raja-Raja Melayu: Jurisprudens, Governan &
Prinsip Perlembagaan (2018).Adat MelayuPerlembagaan Persekutuan menetapkan
bagaimana konsep kedaulatan Raja-Raja Melayu bersendikan adat Melayu
bersumberkan ajaran Islam itu dilaksanakan dalam kerangka undang-undang watan.Ia
dijelaskan melalui Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, iaitu prinsip kuasa
eksekutif Persekutuan.Prinsip bersumberkan ajaran Islam selaras dengan
kedaulatan Raja-Raja Melayu inilah yang perlu ditegakkan oleh pelaksana
fungsi kuasa eksekutif.Konsep dan prinsip kedaulatan Raja-Raja Melayu ialah
satu per- untukan yang tidak boleh dipinda, bukan sahaja ia tertakluk pada Perkara
38(4) bahkan akidah Raja-Raja Melayu itu sendiri.Secara spesifik, Perkara 38(4)
berbunyi "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan
dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja."

Perkara-perkara lain yang tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja
dinyatakan dalam Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

Raja-Raja sebagai ketua agama Islam (Perkara 3(2), (5)


Kedudukan dan fungsi Majlis Raja-Raja termasuk Perkara 38
Persempadanan semula wilayah negeri-negeri (Perkara 2)
Perkara 10(4) berhubung dengan kuasa Parlimen untuk mengadakan sekatan demi
kepentingan ketenteraman awam; melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa
perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang
ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan berkenaan kewarganegaraan, bahasa
Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum lain
dan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta prerogatif Pembesar Memerintah Negeri
Sembilan
Kewarganegaraan
Pengecualian imuniti ahli Parlimen
Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri
Jaminan Persekutuan terhadap hak perlembagaan, keistimewaan dan pewarisan Raja
dalam Perlembagaan Negeri
Pengecualian imuniti Ahli Dewan Undangan Negeri
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum lain
menurut Perlembagaan Persekutuan
Perkara 159(5) itu sendiri
Pertahan Perlembagaan

Selain di atas, Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan pindaan


yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah atau Sarawak.Oleh
demikian, amatlah penting dan mustahak, setiap rakyat faham dan memelihara
setiap peruntukan di atas.Tanggungjawab yang sama dipikul oleh setiap Ahli
Parlimen, apatah lagi mereka disyaratkan untuk mengikrarkan sumpah
jawatan.Sumpah jawatan di atas menuntut setiap Ahli Dewan Negara untuk
memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.Lantaran
itu, saya menyeru setiap warga Malaysia untuk memelihara kedaulatan Malaysia
bersendikan adat Melayu dan bersumberkan ajaran Islam yang melestarikan jati diri
watan tanah air seperti berikut:

Islam sebagai undang-undang watan bagi Persekutuan


Kesetiaan kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu
Bahasa Melayu dan tulisan Jawi
Nilai murni adat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu serta adat anak negeri bagi
Sabah dan Sarawak
Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagai bangsa asal serta kepentingan
sah kaum lain
Hak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dengan aman.
Jati diri di atas perlu dibaca bersama dengan peruntukan yang ada dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan di setiap negeri dalam Malaysia.

Demi perpaduan nasional dalam kalangan rakyat berbilang agama, kaum dan
keturunan, setiap rakyat perlu menjunjung jati diri watan tanah air serta
peruntukan Perkara 38(4) dan Perkara 159 seperti di atas, di samping peruntukan
Perlembagaan yang ada.Atas premis di atas, insya-Allah kita mampu untuk wujudkan
'bangsa' Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/501460/artikel-14-icerd-
bercanggah-perlembagaan-persekutuan

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/05/424944/bangsa-malaysia-
bersatu-di-bawah-perlembagaan
Sila baca artikel “Perlembagaan Persekutuan jayakan agenda kebangsaan” di pautan
(https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/08/458465/perlembagaan-
persekutuan-jayakan-agenda-kebangsaan). Selepas membaca artikel ini, anda
dikehendaki membuat refleksi tentang kepentingan Perlembagaan Persekutuan
dalam mewujudkan hubungan etnik yang baik dalam kalangan kehidupan mahasiswa
dan mahasiswi di universiti. (Terhad kepada 3 halaman)

SEMALAM tanggal 5 Ogos, genaplah 61 tahun Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu


dimeterai yang menyaksikan Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-
undang tertinggi mentakrifkan prinsip perlembagaan dan sistem politik tanah air.
Atas kedaulatan Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
diinstitusikan melalui perjanjian berkenaan yang dimeterai pada 5 Ogos 1957.
Perjanjian itu pada hakikatnya merakamkan persetujuan Raja-Raja Melayu untuk
melangsungkan konsep pemerintahan secara persekutuan yang diasaskan dalam
Perjanjian Negeri 1948.Perlu dinyatakan bahawa prerogatif Yang di-Pertuan Agong
terhasil daripada delegasi kuasa kedaulatan dan prerogatif Raja-Raja Melayu bagi
pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat demi memelihara
kepentingan bersama-sama di antara Persekutuan dan negeri.Undang-undang
tertinggi bermaksud apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu
mengatasi peruntukan mana-mana undang-undang yang digubal selepas Hari
Merdeka, sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan,
namun ia tidak bermaksud kedudukan Raja-Raja Melayu hari ini diwujudkan oleh
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip perlembagaan negara kita terbina atas
kedaulatan dan prerogatif Raja-Raja Melayu. Perkara 181(1) perlembagaan
menetapkan kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu
seperti sedia ada seperti sebelum Hari Merdeka tetap terpelihara dan tidak
terjejas, melainkan setakat dihadkan oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Bukan ciptaan perlembagaan Prerogatif itu adalah kuasa, hak keistimewaan,
kelebihan dan kelayakan terletak secara eksklusif pada seseorang atau kumpulan
atau entiti atas sifat tertentu yang diiktiraf di sisi undang-undang.
Walaupun kedudukan itu tidak dinikmati semua, ia sah dan bukanlah satu bentuk
diskriminasi yang bercanggah dengan kedaulatan undang-undang. Dalam hubung-
kait di antara kedaulatan dengan prerogatif, prerogatif itu adalah manifestasi
kepada kedaulatan.Ia bermaksud prerogatif tertakluk pada kerangka kedaulatan di
sisi undang-undang sesebuah negara, sama ada bercirikan continuum (berasaskan
ajaran agama) atau dichotomy (berasaskan sekularisme yang terpisah daripada
keagamaan dan tiada nilai khusus bersifat tetap, dipanggil dalam bahasa Inggeris
sebagai 'relativism').Perkara 181(1) juga memelihara prerogatif, kuasa dan bidang
kuasa pembesar memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah masing-masing,
tertakluk pada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri.
Prerogatif Raja-Raja Melayu bukan ciptaan Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia
sudah sedia ada dan diwarisi sekian lama atas sifat mereka sebagai pemerintah
tertinggi negeri-negeri di Tanah Melayu.Kedudukan itu selain termaktub dalam
Perkara 181(1), juga diperjelaskan oleh Perkara 77 bahawa Badan Perundangan
Negeri berkuasa untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa jua yang tidak
terkandung dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.Peruntukan Perkara 77 itu
sesungguhnya satu manifestasi sumber kuasa penginstitusian Perlembagaan
Persekutuan yang terbit daripada prerogatif Raja-Raja Melayu, memberi jaminan
kepada hak Raja-Raja Melayu di bawah perlembagaan negeri masing-masing.
Hal ini terkandung dalam Perkara 71 (1) yang berbunyi: Persekutuan adalah
menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan
menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan Raja negeri itu mengikut
Perlembagaan negeri itu, akan tetapi apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi
sebagai Raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan hanya oleh mana-mana pihak
berkuasa dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh
perlembagaan negeri itu.Perlu difahami bahawa sistem demokrasi berparlimen
tidaklah bermaksud Parlimen berkedudukan lebih tinggi daripada Perlembagaan
Persekutuan. Prinsip itu termaktub dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kerangka undang-undang Malaysia, sistem demokrasi berparlimen
menunjukkan bagaimana proses pemilihan ahli-ahli dewan perundangan Malaysia
dibuat seperti termaktub dalam Bahagian 4, Bab 4 Perlembagaan Persekutuan.
Parlimen tidak boleh menggubal sebarang undang-undang yang bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. Sekatan sedemikian termaktub dalam Perkara
38(4) dan Perkara 159(5) yang mensyaratkan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Sekatan lain diperuntukkan oleh Perkara 150(6A) yang menyentuh adat Melayu,
hukum syarak, agama, kewarganegaraan dan bahasa juga di bawah Perkara 74
berkenaan had kuasa perundangan Parlimen.Prinsip kedaulatan dan prerogatif Yang
di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu akan menjadi lebih jelas sekiranya dirujuk
kepada Laporan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan (Constitutional Working
Committee Report) bertarikh 18 November 1946.
Laporan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan menyebut bahawa kedaulatan dalam
setiap negeri Melayu hendaklah terpasak pada diri Raja negeri itu mengikut adat
Melayu (CO 537/1530 No 50823 Part III).
Paksi adat Melayu, ajaran Islam Laporan jawatankuasa itu penting kerana
ketetapannya menghasilkan Perjanjian Negeri bertarikh 21 Januari 1948 yang
menjadi batu asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,
selanjutnya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
Ia mensyaratkan bahawa prerogatif, kuasa dan bidang kuasa yang dimiliki oleh Raja-
Raja Melayu adalah seperti pada 1 Disember 1941, iaitu satu tarikh sebelum
pendudukan Jepun dan Perjanjian Harold MacMichael. Pentakrifan kedaulatan Raja-
Raja Melayu mengikut adat Melayu dengan sendirinya mengabsahkan sistem
politik dan prinsip undang-undang, iaitu Islam sebagai undang-undang watan (law
of the land) dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam sejak
sebelum Hari Merdeka. Justeru, prerogatif Raja-Raja Melayu sehingga hari ini masih
berpaksi pada adat Melayu dan prinsip ajaran Islam yang perlu dilaksanakan
menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Kajian teks undang-undang
bertulis dan sejarah perundangan menunjukkan bahawa Adat Melayu itu adalah apa
yang ditakrifkan sebagai adab budaya dan undang-undang pada hari ini selain hukum
hakam diwahyukan dalam al-Quran dan al-Sunnah.Ia merangkumi sistem, peraturan,
ethos dan nilai yang tidak bercanggah dengan prinsip ajaran Islam seperti diwarisi
daripada amalan masyarakat dan Kerajaan Melayu pada masa silam.
Hal ini kerana adat Melayu yang kekal adalah selagi ianya tidak bercanggah dengan
ajaran Islam. Pemakaian adat Melayu sesungguhnya masih relevan dan
terpelihara.
Tafsiran undang-undang di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan,
"termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat berkuatkuasa di dalam
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dan apa-apa adat atau kelaziman yang
mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya" menunjukkan legitimasi adat Melayu dalam kerangka Perlembagaan
Persekutuan.Kedudukan adat Melayu dan hukum syarak juga dilindungi
Perlembagaan Persekutuan walaupun ketika berlakunya darurat seperti dinyatakan
dalam Perkara 150(6A).Dari sudut prinsip kuasa eksekutif, oleh kerana adat Melayu
itu mentakrifkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, maka prinsip adat Melayu dan ajaran
Islam itulah rujukan sebenar prerogatif Raja-raja di bawah Perkara 181(1).
Kuasa eksekutif Seri PadukaYang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu
melaksanakan prerogatif mereka berdasarkan adat Melayu dan prinsip undang-
undang Islam menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Prerogatif Yang di-Pertuan Agong masih perlu dihuraikan meskipun di sisi undang-
undang, Perlembagaan Persekutuan menetapkan kebanyakan kuasa eksekutif
baginda dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri, Jemaah Menteri atau pihak
yang diberi kuasa sedemikian.Ini kerana Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan
semua pihak yang diberikan fungsi kuasa eksekutif itu pada hakikatnya adalah
pelaksana kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong.Dari sudut lain, nasihat Perdana
Menteri, Jemaah Menteri dan mana-mana pihak yang diamanahkan untuk
menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk pada prinsip kedaulatan undang-
undang.Justeru nasihat yang diberikan di bawah mana-mana peruntukan undang-
undang tidaklah boleh bercanggah dengan prinsip prerogatif Yang di-Pertuan
Agong. Prinsip yang sama juga terpakai di setiap negeri Melayu.Dari sudut
pentadbiran keadilan, setiap mahkamah yang melaksanakan kuasa kehakiman
Persekutuan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada hari ini perlulah
menjadikan satu amalan apabila ada lakuna dalam undang-undang atau prinsip
perundangan, maka terlebih dahulu pentafsiran menurut adat Melayu dan prinsip
perundangan Islam diberi keutamaan.Hal yang sama terpakai ke atas setiap ahli
Majlis Parlimen kerana mereka berikrar untuk memelihara, melindungi dan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.Akhirnya, sekiranya setiap pihak yang
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di bawah Perlembagaan
Persekutuan berpegang pada kedaulatan Malaysia berkonsepkan prinsip prerogatif
Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menurut tafsiran jurisprudens watan
tanah air, sudah pasti agenda kebangsaan dapat dilaksanakan atas landasan betul.
Sudah pasti juga ia mampu menguruskan pelbagai isu yang dilihat mampu
menggugat ketenteraman hidup warganegara Malaysia tercinta ini dengan
seadilnya.
Kepentingan Perlembagaan Persekutuan dalam mewujudkan hubungan etnik yang
baik dalam kalangan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di universiti.

Toleransi atau Toleran berasal dari bahasa Latin “tolerare” yang bererti "sabar dan
menahan diri". Toleransi juga bererti suatu sikap saling menghormati dan
menghargai dalam masyarakat ataupun dalam lingkup yang lain. Malaysia
mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup
secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan
menjadi kebanggaan rakyat kita. Keharmonian dalam kemajmukan ini
menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa,
namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya sikap toleransi
yang tinggi adalah kekuatan sebenar untuk kehidupan yang harmoni terutama ketika
negara sedang menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang melibatkan kaum dan
agama di Malaysia.Berdasarkan Global Peace Index 2019, Malaysia tersenarai antara
negara paling aman, iaitu di tempat ke-16. Indeks ini meningkat dari tangga ke-30
pada 2017 dan tangga ke-25 pada 2018. Ini menunjukkan Malaysia negara
aman walaupun terdiri pelbagai etnik, bahasa, budaya dan agama pada mata dunia.
Iasecara tidak langsung menggambarkan rakyat Malaysia mempunyai sikap toleransi
yang tinggi. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang baik kerana
toleransi bukan sahaja akan membawa kepada kekuatan dalam hubungan antara
kaum, agama dan latar belakang sosial, tetapi juga dapat mempromosikan
kehidupan yang harmoni di Malaysia.Pengalaman toleransi beragama yang baik
dengan penganut agama lain merupakan elemen penting dalam mewujudkan
masyarakat yang bersikap toleransi dalam masyarakat pelbagai agama seperti
di Malaysia. Pengalaman merupakan peristiwa yang berada dalam ingatan setiap
orang yang akan memandu kepada tingkahlaku mereka kepada situasi yang akan
dilalui pada masa akan datang. Pengalaman berbeza bagi setiap orang dan
merupakan sesuatu yang berharga yang tidak dapat diulangi lagi. Dalam konteks
toleransi beragama ini, pengalaman bertoleransi dengan penganut agama lain yang
telah dilalui akan memberi kesan kepada diri belia untuk bertingkahlaku dengan
penganut agama lain. Setiap beliaperlu dipupuk agar menghormati penganut agama
lain supaya setiap orang dapat menjalankan cara hidup agama masing-masing
dalam suasana yang harmoni.

You might also like