You are on page 1of 2

Berdasarkan teks mantera yang telah diberikan.

Sila huraikan pemikiran atau akal


budi masyarakat Melayu.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wa’alaikumussalam
Salam pada keramat jaga tahyat syafie
Guru tua guru muda
Peran tua peran muda
Dewa tujuh dewa sakti
Minta ampun minta maaf
Tabik sorang tabik semua

Sebab kita nak buat bermain


Nak sambut guru
Sebab hari dah cukup kuap, sampai musim
Minta tolong tak ganggu
Tolong kawal jaga
Jangan senak kembung
Jangan pening kelam
Jangan cacat cedera semua
Bagi pihak panjak pemain.

Petikan 1: jampi seru minta izin oleh Ketua

1. Masyarakat masih mengamalkan ajaran agama islam.


Pada bahagian permulaan mantera mengandungi penghormatan kepada tuhan dan wali
Allah. Misalnya, ayat pada baris pertama ‘bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum
wa’alaikumussalam’ dan penghormatan pada wali Allah iaitu imam syafie yang merupakan
kitab agama islam yang menjadi kepercayaan majoriti masyarakat melayu iaitu pada ayat
‘salam pada keramat jaga tahyat syafie’ .

2. Masyarakat masih mengamalkan kepercayaan animisme


Animisme ialah kepercayaan bahawa alam sekeliling itu mempunyai roh. Masyarakat pada
zaman dahulu bersahabat dengan makhluk-makhluk halus untuk membantu kesejahteraan
hidup mereka. Buktinya pada ayat ‘minta tolong tak ganggu, tolong kawal jaga’
menggambarkan bahawa masyarakat melayu percaya terdapat makhluk halus di sekeliling
mereka dan meminta supaya mereka tidak mengganggu program atau tarian yang ingin
dilaksanakan dan malah menjaga ahli-ahli tari menari yang dilaksanakan.

3. Masyarakat melayu mempunyai kesantunan berbahasa


Menurut Kamus Dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa atau “berbudi pekerti”
dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses
berkomunikasi. Ciri-ciri kesantunan yang dapat dilihat dalam mantera diatas ialah pada ayat
‘minta ampun minta maaf, tabik sorang tabik semua’. Selain itu, kesantunan juga dapat
dilihat melalui ayat yang memberi salam kepada tahyat syafie, guru-guru serta orang tua
dan muda. Contohnya ayat ‘salam pada keramat jaga tahyat syafie, guru tua guru muda,
peran tua peran muda’.

4. Masyarakat masih mengamalkan kepercayaan Hinduisme


Hinduisme ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India yang mempercayai
akan kewujudan dewa-dewi sebagai penjelmaan roh Kosmo monistik yang agung
(Brahman). Masyarakat melayu pada zaman dahulu masih percaya kepada kewujudan
dewa-dewi yang dianggap keramat. Buktinya, pada ayat ‘dewa tujuh dewa sakti’.
5. Masyarakat melayu sangat menitikberatkan tentang kesihatan diri.
Masyarakat melayu pada zaman dahulu mengganggap bahawa kesihatan mereka
bergantung kepada alam sekeliling mereka. Maka, mereka masih mengutamakan kesihatan
diri. Buktinya pada ayat ‘jangan senak kembung, jangan pening kelam dan jangan cacat
cedera semua’.

You might also like