You are on page 1of 3

Artikel ‘Bahasa Teras Negara Bangsa’ membahas tentang kepentingan bahasa dalam

sesebuah masyarakat dan konsep negara bangsa yang mustahak untuk diketahui dan
dilaksanakan melalui pengukuhan Bahasa Melayu di negara Malaysia. Terdapat banyak unsur
sistem ejaan dalam penulisan artikel ini.

Antaranya termasuklah unsur diftong. Diftong bermakna gabungan dua bunyi vokal yang
disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, seperti ai, au dan oi. Diftong
boleh terletak pada awal kata,di tengah kata dan di akhir kata. Terdapat banyak perkataan yang
mempunyai unsur diftong dalam artikel bahasa teras negara bangsa. Contohnya:

perkataan diftong Perenggan dan baris


atau au Perenggan 1, baris 6
sebagai ai Perenggan 1, baris 15
mempunyai ai Perenggan 2, baris 23
kedaulatan au Perenggan 2, baris 24
sesuai ai Perenggan 2, baris 26
ramai ai Perenggan 2, baris 30

Selain itu, terdapat juga unsur digraf. Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u)
yang hadir secara berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan. Digraf sama
dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng,
ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Terdapat tiga perkataan
yang mempunyai unsur digraf dalam artikel. Buktinya:

Perkataan Digraf Perenggan dan baris


mendengar ng Perenggan 1, baris 2
antaranya nya Perenggan 1, baris 16
mempunyai ny Perenggan 2, baris 33

Seterusnya ialah vokal berganding. Vokal berganding ialah dua huruf vokal yang dieja
rapat. Vokal berganding disebut dalam dua suku kata yang berlainan. Huruf vokal yang dieja
rapat terdiri daripada -ia, -uu, -ai, ua, io dan ia. Setiap huruf vokal merupakan vokal penuh dan
disebut tanpa geluncuran. Misalnya perkataan daun. Dalam artikel ‘Bahasa Teras Negara
Bangsa’, saya mendapati terdapat banyak perkataan yang mempunyai unsur vokal berganding.
Misalnya:

Perkataan Vokal berganding Perenggan dan baris


iaitu ia Perenggan 1, baris 2
Malaysia ia Perenggan 1, baris 8
sesuatu ua Perenggan 1, baris 19
kesatuan ua Perenggan 1, baris 20
sesebuah ua Perenggan 1, baris 20
perpaduan ua Perenggan 1, baris 32
Di samping itu, terdapat juga unsur konsonan vokal. Konsonan bergabung atau
konsonan rangkap pula ialah gabungan dua huruf konsonan yang hadir secara berturutan dalam
satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Perkataan
yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah perkataan pinjaman daripada
Bahasa Inggeris. Ia adalah gabungan dua konsonan selain daripada gabungan konsonan yang
membentuk digraf. Setelah diamati dengan teliti, terdapat hanya satu perkataan yang
mempunyai unsur konsonan bergabung. Contohnya:

Perkataan Konsonan bergabung Perenggan dan baris


struktur tr Perenggan 1, baris 46

Ditinjau dari aspek yang lain, terdapat juga aspek keselarasan huruf vokal. Keselarasan
huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata
pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal disuku kata praakhir dengan huruf vokal
pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat
keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar, kata dasar hendaklah berakhir dengan
suku kata tertutup dan bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan
tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja,
iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup. Terdapat 18 pola keselarasan vokal.
Pola tersebut terdiri daripada a-a, a-i, a-u, e pepet-a, e pepet-i, e pepet-u, e taling-a, e taling-e
taling, e taling-o, i-a, i-i, i-u, o-a, o-e taling, o-o, u-a, u-i, dan u-u. Terdapat banyak perkataan
yang menggunakan pola keselarasan vokal. Misalnya:

Perkataan Pola keselarasan vokal Perenggan dan baris


pada a-a Perenggan 1, baris 1
aspirasi a-i Perenggan 2,baris
tahun a-u Perenggan 1,baris 1
pernah e pepet - a Perenggan 1,baris 2
sering e pepet - i Perenggan 2,baris 22
dewan e taling - a Perenggan 1,baris 4
ketika i-a Perenggan 1,baris
konsep o-e taling Perenggan 1,baris 17
pembentukan u-a Perenggan 1,baris 7
mungkin u-i Perenggan 1,baris 12
unsur u-u Perenggan 1,baris 19

Melalui pengamatan saya, terdapat juga unsur pola kekecualian keselarasan huruf vokal.
Ssecara ringkasnya, pola kekecualian keselarasan huruf vokal ini bermaksud perkataan yang
tidak mematuhi pola keselarasan huruf vokal. Kebanyakkan perkataan ini ialah daripada
perkataan pinjaman bahasa asing. Terdapat banyak unsur pola kekecualian keselarasan huruf
vokal. Antaranya:
Perkataan pola Perenggan dan baris
etnik e taling-i Perenggan 1, baris 16
nasionalisme i - e pepet Perenggan 1, baris 14
tulen u – e taling Perenggan 3, baris 51
mitos i-o Perenggan 3, baris 48

Akhir sekali ialah unsur kata serapan. Kata serapan juga dikenali sebagai kata pungutan
atau kata pinjaman. Kata ini adalah kata yang berasal dari bahasa asing yang sudah
diintegrasikan ke dalam suatu bahasa dan diterima pemakaiannya secara umum. Bahasa
melayu terutamanya banyak mengambil kata serapan ke dalam lisan dan penulisan kita dan ia
sudah sebati dalam masyarakat dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Dalam artikel “Bahasa
Teras Negara Bangsa”, terdapa beberapa kata serapan yang ditemui. Misalnya:

Perkataan Asal kata serapan Perenggan dan baris


dunia Arab Perenggan 1, baris 14
nasionalisme Inggeris Perenggan 1, baris 1
bangsa Sanskrit Perenggan 1, baris 3
negara Sanskrit Perenggan 1, baris 3
bahasa Sanskrit Perenggan 1, baris 3
etnik Inggeris Perenggan 1, baris 16
kedaulatan Arab Perenggan 2, baris 24
rakyat Arab Perenggan 2, baris 28
moden Inngeris Perenggan 3, baris 38

You might also like