You are on page 1of 3

1.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

2. Tahun : 3 Sabar

3. Bilangan Murid : 30 orang

4. Tarikh : 18 Oktober 2021

5. Hari : Ahad

6. Masa : 8.10 hingga 9.10 pagi

7. Tema : Kelestarian Alam

8. Tajuk : Haiwan Rimba

9. Kemahiran Fokus: Kemahiran mendengar dan bertutur

10. Standard Kandungan

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

11. Standard Pembelajaran

12. 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan dan menilai sesuatu perkara secara bertatasusila
mengikut konteks.

12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima nilai murni yang terkandung dalam klip
video “Kisah Sang Singa dan Si Tikus“ secara lisan dengan betul dan tepat.

ii. Menjawab sekurang-kurangnya tiga daripada lima soalan yang dikemukakan berdasarkan
klip video “Kisah Sang Singa dan Si Tikus” dengan betul dan bertatasusila.

13. Kriteria Kejayaan

i. Menyatakan nilai-nilai murni yang terkandung dalam klip video “Kisah Sang Singa dan Si
Tikus“

ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan klip video “Kisah Sang
Singa dan Si Tikus”.
14. Sistem Bahasa

· Tatabahasa: morfologi – bentuk kata

· Kosa kata: orang asli, jasa, rimba

· Sebutan dan intonasi

15. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

· Ilmu: Pendidikan Islam, Pendidikan Moral

· Nilai Murni: Tolong-menolong, prihatin, kerjasama

· Pendidikan Alam Sekitar: bertanggungjawab terhadap kesejahteraan haiwan rimba

· Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK

· Kreativiti: Pergerakan kreatif – Imaginasi dan visualisasi

· Bahasa: menekankan aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, dan istilah

16. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)

· KB: menghubung kait pengalaman, sebab dan akibat menjaga haiwan, menganalisis

· maklumat

· KP: verbal linguistik, interpersonal, kinestetik, dan audio-visual

· BCB: mengumpul maklumat dan memproses maklumat dalam tayangan video

· Pembelajaran Kontekstual: menghubung kait melindungi haiwan dalam kehidupan


seharian

· Pembelajaran Konstruktivisme

You might also like