You are on page 1of 2

Sikap negatif

Pertama ialah sikap negatif pelajar di mana pelajar beranggapan bahawa tulisan Jawi amat susah
dipelajari , tidak penting dan tidak dinilai di dalam peperiksaan . Hal ini memberi kesan terhadap
pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ( Sulaiman Ngah Ghazali , 1990,
Azman Wan Chik , 1986 ) . Kebanyakan pelajar juga kurang berkeyakinan menggunakan tulisan Jawi
disebabkan mereka kurang menguasai suku kata terbuka dan mereka juga tidak dapat membina
perkataan untuk suku kata tersebut .
Kedua , pelajar kurang minat mata pelajaran jawi . Pelajar selalu melakukan kerja lain semasa guru
sedang mengajar Pendidikan Islam . Perkara ini mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran Pendidikan
Islam yang tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar sama ada mereka lemah , sederhana atau
baik dalam Jawi .
Ketiga , Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu
mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah menengah. Perisytiharan ini merupakan
satu kecaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan pelajar Melayu Islam . Sikap
sedemikian seolah - olah tulisan tidak pernah berjasa di dalam Negara kita . ( Harakahdaily , 5 Julai :
2007 ).

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI.

Meningkat penguasan penulisan jawi dalam kalangan pelajar merupakan suatu perkara perlu di titik
beratkan oleh golongan pendidik. Oleh yang demikian, kaedah dan strategi yang sesuai perlu di rancang
agar mudah untuk meransang minat pelajar terhadap jawi.

a) . Menggunakan kedua bahasa Jawi-Rumi.

Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan kedua-dua bahasa iaitu Tulisan Jawi dan
Rumi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua pelajar dapat memahami Pendididkan
Islam yang diajar oleh guru di sekolah.

b) . Mempelbagaikan kaedah pengajaran Pendidkan Islam.


Kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang
mempunyai latar belakang dan minat serta keupayaan yang berbeza dalam penguasaan jawi.
Sehubungan itu , guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar .
Contohnya , guru boleh mengadakan program nyanyian suku kata dengan menggunakan kaset ataupun
menggunakan kad gambar bagi mengeja suku kata perkataan ataupun kad gambar untuk mengeja
rangkai kata .

c) Pengubahsuaian buku teks mengikut tahap umur dan pencapaian pelajar.


Menurut Kamarudin Hj Husin ( 1989 : 32 ) , buku teks merupakan bahan pembelajaran yang sangat
penting untuk pelajar - pelajar dan ia menjadi sumber rujukan utama bagi membantu guru dalam proses
pengajaran . Dunia semakin hari semakin maju dan banyak masalah baru yang timbul dalam masyarakat
. Oleh itu , isi kandungan buku teks juga perlulah sesuai dengan keadaan semasa .
d) Menambah baik program J-Qaf dan memperkasakannya .
Program J - Qaf mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah baik untuk memperbaiki
penguasaan Jawi di kalangan pelajar . J - Qaf bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui
penekanan khusus kepada jawi , al – Quran , Bahasa Arab dan fardhu Ain . Ianya adalah satu usaha yang
baik demi untuk memberi keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar . Program J - Qaf yang sedia ada
hendaklah diperbaiki untuk membolehkan pelajar sekolah menengah menguasai jawi dan jawi bukan
lagi menjadi halangan dalam mempelajari Pendidikan Islam .

You might also like