You are on page 1of 1

2.

0 TEORI-TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA


Pada umumnya, sememangnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia
Tenggara. Antara teori-teori tersebut ialah teori kdatangan Islam dari Semenanjung Tanah
Arab, China dan negara India.
Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Tanah Arab telah dikemukakan oleh
John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al.Attas. Menurut John Crawford,
Islam datang dari Arab melalui aktiviti pedagang. Buktinya, melalui catatan China ada
mengatakan orang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat
Melaka kerana kedudukan yang sangat strategik untuk laluan aktiviti perdagangan.1 Oleh
itu, ada pedagang Arab yang tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara mengahwini wanita
tempatan dan memperkembangkan Islam. Manakala menurut Syed Muhammad Naquib alAttas, mengatakan bahawa wujud petempatan Arab di Sumatera Utara di Ta Shih.2
Seterusnya ialah teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari negara China. Teori
ini dikemukakan oleh E. G. Eredia dan S. Q. Fatimi. Menurut Eredia, Canton pernah menjadi
pusat perdagangan Arab hingga telah mempengaruhi pedagang China memeluk Islam.3
Menurut S. Q. Fatimi pula, pedagang China di Canton pernah berpindah beramai-ramai ke
Asia Tenggara. Bukti kedatangan Islam di China boleh dilihat pada Batu Bersurat
Terengganu.4
Teori yang ketiga pula ialah teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.
Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje. Beliau mengatakan bahawa Islam datang
dari Gujerat dan pantai Koromandel.5 Selain itu, hubungan perdagangan dengan India telah
lama wujud dan hal tersebut telah memberi peluang pedagang India yang beragama Islam
menyebarkan Islam. Antara bukti kewujudan India di Asia Tenggara ialah terdapat batu
marmar pada batu nisan yang mempunyai ciri buatan India iaitu batu nisan Raja Malik
Pasai.6

1
2
3

Azyumardi Azra, Islam di Nusantara: Jaringan Global dan Lokal, Bandung: Mizan Media Utama, 2002, hlm 28.

Ibid.

Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Edisi Kedua, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd,
2003, hlm 12.
4
5
6

Ibid.

Samri Sainuddin, Titas Tamadun Melayu, Perak: Quantum Books, 2003, hlm 21.
Samri Sainuddin, op. cit., hlm 21.

You might also like