You are on page 1of 20

MODUL

NAMA MURID : _______________________________


KELAS : _______________________________
SEKOLAH : _______________________________

DISEDIAKAN OLEH NONIE BINTI MOHD KASSIM


GURU MATAPELAJARAN SAINS TAHUN 1

0
SENARAI KANDUNGAN MODUL

BIL PERKARA MUKASURAT


1. Panduan untuk ibubapa 2
2. Objektif modul 3
3. Sasaran modul 3
4. Tempoh pelaksanaan modul 3
5. PdPr Minggu 12 4 - 11
6. PdPr Minggu 13 12 - 13
7. PdPr Minggu 14 14 - 19

1
PANDUAN UNTUK IBUBAPA

1. Setiap murid Tahun 1 akan mendapat satu set Modul Sains yang disediakan.

2. Murid dikehendaki untuk membuat dan menyiapkan latihan-latihan yang


diberikan dalam modul ini.

3. Ibu bapa dimohon untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
anak anda dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang berada di
rumah.

4. Tuan/Puan/Encik/Cik boleh menghubungi saya melalui kumpulan Whatsapp


pembelajaran kelas anak masing-masing sekiranya terdapat pertanyaan
atau masalah berkenaan latihan yang diberikan dalam modul ini.

5. Kerjasama ibubapa & penjaga amatlah diharapkan agar modul ini dapat
dimanfaatkan dan disiapkan dengan sepenuhnya oleh anak anda.

Sekian, terima kasih

2
OBJEKTIF MODUL

1. Modul 2 Sains ini adalah sebagai bahan sokongan aktiviti PdP murid
semasa berada di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak berlaku keciciran dalam
pembelajaran.
2. Memenuhi peruntukan minima jam setahun mengikut matapelajaran
selaras dengan Penjajaran Kurikulum.
3. Membantu murid untuk menguasai objektif pembelajaran selaras dengan
kemahiran yang diperuntukkan dalam standard kandungan dan standard
pembelajaran.
4. Membantu guru untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi murid
selepas sesi pembelajaran dan intervensi yang boleh dilakukan.

SASARAN MODUL
Modul Sains ini disasarkan kepada semua murid Tahun 1 Bijak dan Tahun 1
Bestari Sekolah Kebangsaan Payang Lahad Datu.

TEMPOH PELAKSANAAN MODUL


Modul ini akan digunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB). Setiap latihan yang diberikan adalah mengikut baki tajuk dalam
Rancangan Pengajaran Penjajaran yang belum diajar bermula dari minggu 12 (19
Oktober 2020-18 Disember 2020).

3
PdPr MINGGU 12 (19 OKTOBER – 23 OKTOBER 2020)
Tema Teknologi dan kehidupan lestari
Tajuk Unit 10: Asas Binaan
Standard Kandungan 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas
Standard Pembelajaran 10.1.2 Mengenalpasti bongkah bentuk asas iaitu kubus, kuboid,
piramid, prisma, kon, silinder dan sfera.
10.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang hasil binaan melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengenalpasti bongkah
bentuk asas dengan betul.
Kriteria kejayaan Murid dapat mengenal pasti semua bongkah bentuk asas dengan
sekurang-kurangnya 50% betul dengan bimbingan.

NOTA

1. Pelbagai bongkah bentuk asas digunakan disekeliling kita.


2. Bongkah bentuk asas adalah BERBEZA dengan bentuk asas. Mari kita kenali bongkah
bentuk asas ☺

KUBUS KON KUBOID

SILINDER PIRAMID SFERA

PRISMA

3. Contoh bongkah bentuk asas di sekeliling kita ialah seperti:


Bola – Sfera Atap rumah – Prisma
4. Murid boleh merujuk buku teks Sains Tahun 1 mukasurat 92-93.

4
AKTIVITI PENTAKSIRAN

LATIHAN 1

5
LATIHAN 2

6
7
LATIHAN 3
ARAHAN: BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL.

1. Yang manakah bongkah bentuk asas berbentuk silinder?

A. B. C.

2.

Lihat gambar di atas. Gambar di atas adalah mempunyai bongkah bentuk asas
A. Kubus B. Kon C. Sfera

3. Objek yang manakah mempunyai bongkah bentuk asas prisma?

A. Pensel B. Bumbung rumah C. Kon aiskrim

4. Yang manakah bongkah bentuk asas berbentuk kubus?

A. B. C.

8
Tema Teknologi dan kehidupan lestari
Tajuk Unit 10: Asas Binaan
Standard Kandungan 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas
Standard Pembelajaran 10.1.3 Menaakul kepentingan pelbagai bentuk bongkah.
10.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang hasil binaan melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan kepentingan
bongkah bentuk asas.
Kriteria kejayaan Murid dapat menyatakan kepentingan bongkah bentuk asas dalam
kehidupan dengan betul dengan bimbingan.

NOTA

9
AKTIVITI PENTAKSIRAN

LATIHAN 1

10
11
PdPr MINGGU 13 (26 OKTOBER – 30 OKTOBER 2020)
Tema Teknologi dan kehidupan lestari
Tajuk Unit 10: Asas Binaan
Standard Kandungan 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas
Standard Pembelajaran 10.1.2 Mengenalpasti bongkah bentuk asas iaitu kubus, kuboid,
piramid, prisma, kon, silinder dan sfera.
10.1.3 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bongkah
bentuk asas.
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat mereka bentuk sturuktur
menggunakan bongkah bentuk asas.
Kriteria kejayaan Murid dapat membina satu objek menggunakan bongkah bentuk
asas dengan bimbingan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1. Anda dikehendaki untuk menghasilkan satu rekabentuk robot dengan bongkah bentuk
asas menggunakan tanah liat. Sila rujuk buku teks muka surat 94 langkah-langkah untuk
membina robot.
2. Anda boleh menggunakan tanah liat yang di beli atau anda boleh menghasilkan tanah
liat sendiri.

CARA MEMBUAT HOMEMADE TANAH LIAT:

1 cawan tepung
½ cawan air
2 sudu the baby oil
1 cubit garam
Pewarna makanan (jika ada)

3. Setelah selesai, simpan hasil rekabentuk anda dan hantar semasa sekolah dibuka
kembali.
4. Selamat mencuba!

12
CONTOH HASIL

13
PdPr MINGGU 14 (2 NOVEMBER – 6 NOVEMBER 2020)
Tema Sains hayat
Tajuk Unit 6: Tumbuhan
Standard Kandungan 6.1 Bahagian tumbuhan
Standard Pembelajaran 6.1.1 Membanding dan membezakan bahagian pada tumbuhan
iaitu:
daun: jenis urat daun;
bunga: berbunga, tidak berbunga;
batang: berkayu, tidak berkayu; dan
akar: akar tunjang, akar serabut.
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan bahagian pada
sesuatu tumbuhan.
Kriteria kejayaan Murid dapat menyatakan bahagian pada sesuatu tumbuhan dengan
betul dengan bimbingan.

NOTA

Kenali bahagian tumbuhan:

14
Setiap tumbuhan mempunyai ciri bahagian yang berbeza:

JENIS URAT DAUN


Terdapat tumbuhan yang mempunyai daun urat jejala dan ada juga tumbuhan yang
mempunyai daun urat selari

BUNGA
Terdapat tumbuhan yang berbunga dan ada juga tumbuhan yang tidak berbunga.

15
AKAR
Terdapat tumbuhan yang mempunyai akar serabut dan ada juga tumbuhan yang mempunyai
akar tunjang.

BATANG
Terdapat tumbuhan yang mempunyai batang berkayu dan terdapat juga tumbuhan yang
mempunyai batang tidak berkayu.

16
AKTIVITI PENTAKSIRAN

LATIHAN 1

17
LATIHAN 2

18
LATIHAN 3
ARAHAN: BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL.
1.

Lihat gambar bahagian tumbuhan di atas. Bahagian tumbuhan berikut ialah:


A. Jenis batang B. Urat daun C. Jenis akar

2. Yang manakah merupakan tumbuhan tidak berbunga?

A. B. C.

3.

Bahagian yang bertanda R ialah


A. Daun B. Batang C. Akar

19

You might also like